Sunday, November 30, 2014

BDC - Day 30 (Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini)

Dalam kepeningan akibat penyakit dan sakit kepala penangan side effect ubat, aku gagahkan juga mengupdate task hari ke 30.
Pasal sakit dan ubat tu, nantilah aku citer.

Okay...sebenarnya perkara yang nak diceritakan ni kalau diikutkan bukanlah masuk dalam kategori menarik.
More to heartwrenching moment.
Dan sepatutnya aku luahkan dah lama tapi aku pendam sebab aku tak ready nak cerita.
Kebetulan tajuk task hari ini bersesuaian, maka aku ambil kesempatan untuk berkongsi dengan korang semua.

December tahun lalu, mommy mengalami bleeding teruk. Memang teruk, bayangkan 4 pampers budak size XL penuh dengan darah..tak termasuk yang tumpah kat tilam and kain sarung 2 helai. Kami bawa mommy ke klinik kesihatan...diagnosis cuma banyak darah beku due to menopause dan mommy di tambah air serta ubat ubatan.

Beberapa hari lepas tu mommy masih x senang hati. Dia mintak aku bawakkan ke klinik swasta nak check balik sebab dia pucat dan tak bermaya. Maklum aje dah hilang banyak darah. Bila doktor kat klinik nampak mommy je, terus dia suruh bawak ke hospital sebab mommy perlu tambah darah katanya. Dia issue surat dan kami bawak mommy ke emergency. Disana mommy diperiksa sekali lagi. Setelah beberapa lama menunggu, doktor panggil aku. Dari pemeriksaan, dia syak mommy menghidap kanser serviks.

Aku tergamam...tak terkata apa pun. Bergegar badan aku bila doktor cakap macam tu. Mommy kena admit dekat ward untuk tambah darah dan pemeriksaan lanjut.
Malam tu jugak doktor pakar periksa mommy and she also confirmed the same thing.
Still, kena tunggu pengesahan from another pakar yg juga merupakan ketua unit.
So adik aku temankan mommy..and kami pulang. Needless to say, it was a sleepless night for me.

Esoknya, doktor pakar sekali lagi mengesahkan yang mommy menghidap kanser serviks tahap 2B. Aku tengok mommy pasrah dan tabah mendengar keputusan doktor. Walaupun begitu dalam hati hanya Allah yang tahu. Ofkoz rasa sedih but kami kuatkan hati demi mommy.

Mungkin Allah permudahkan segalanya buat mommy, segala urusan menjadi mudah.
Schedule rawatan radiotherapy, chemotheraphy dan rawatan susulan di Kuching berjalan dengan lancar. Kalau diikutkan lama lagi turn mommy namun Allah maha berkuasa, mommy dapat slot awal. Ingat tak entry Kuching? Ya, sebenarnya aku ke Kuching temankan mommy buat treatment kat Hospital Umum Kuching. Kat sini (Kota Kinabalu) belum ada machine utk treatment brackee so kena ke Kuching untuk completekan rawatan.

Alhamdulillah...sekarang mommy dah sihat tapi still kena buat review every 3 months. So far review menunjukkan keputusan yang baik dan aku harap akan terus kekal baik sampai bila bila.

Aku tabik dan bangga dengan mommy sebab dia sangat tabah mengharungi dugaan. Semangat dia kuat melawan sakit yang ditanggung. Satu sikap mommy yang aku sedang belajar, iaitu sentiasa berfikiran positif. Katanya, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Yang penting jangan putus asa.

Mom, I'm so proud of you. You've been through a lot...and I don't know if I could hold it together if I'm in your shoe. Semoga Allah melindungimu dari sebarang musibah, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat..aamin ya rabbal alamin...


No comments:

Post a Comment