Monday, November 17, 2014

BDC - Day 17 (5 Perkara Yang Anda Rindukan, Apa Saja)

Maaf la sepatutnya publish entry ni semalam.
Tapi bila menaip dengan sebelah mata tertutup, jangankan publish...complete pun tidak jadinya.
However, demi menyahut cabaran, aku gagahkan juga kasi habis task yang ada.

Oh my..kalau nak cakap pasal perkara yang aku rindukan memang never ending entry ni.
Sepuluh hari pun tak habis korang baca. Serius aku tak tipu!
Tapi jangan risau, aku belum berhasrat nak convert blog ni kepada novel 500 mukasurat, walaupun secara harfiah boleh dikatakan begitulah tebal cerita rindu dalam hidup aku.
Ni nasib baik dia mintak lima aje, kalau lebih memang kejung jari jemari gemuk aku ni nak menaip.

Jom skodeng apa dia benda yang aku rinsukan sangat tu:-


1. Rumah 711 Jalan Muhibbah
Tempat aku dibesarkan sehingga umur aku 13 tahun. Rumah yang menyimpan pelbagai kenangan zaman kanak2 hingga aku beralih ke zaman pra remaja. Dah dibeli orang dan diubahsuai jadi macam office. Kalau tengok memang jauh beza dari rupa bentuk asal tapi aku masih ingat every details of the house dalam reka bentuk asal.

2. Zaman Sekolah
Yes..aku memang rindu sangat. Rindu perasaan bangun awal pagi and bersiap ke sekolah. Rindu masa belajar kat kelas (walaupun aku lebih banyak bersembang drpd belajar), rindu berebut rebut beli makanan kat kantin, rindu sembang kat pondok ilmu dengan kawan2, rindu lepak kat Mc D...rindu nak bersukan..rindu

3. Boybands
Aku tak malu mengaku yang aku minat boybands seperti NSYNC, Backstreet Boys, NKOTB, 5ive, A1, Blue, 911, Take That, BoyzIIMen dan yang sewaktu dengannya. Aku sanggup berhabis duit membeli kaset/cd and subscribe magazine direct from US & UK untuk dapat latest news pasal grup boybands kesayangan aku. Aku suka lagu2 drg yg catchy and tarian drg yg energetic..especially NSYNC & NKOTB. Power gila! Agak2 ada tak boybands sekarang yang power macam diorang? Jangan cakap boyband Korea ya, itu aku tak iktiraf!

4. Drama Bersiri Jepun
Rindu gilaaaaaaa dengan drama Jepun! Aku follow drama Jepun dari kecik lagi tau..sejak dia alih bahasa sampai guna sarikata. Kenapalah dah takde drama jepun kat tv? Drama Korea yang ntahapahapa tu pulak bersepah disiarkan. Menyampah tau tak! Kembalikan drama Jepun ke tv! Kembalikan!

5. Kad Raya
Haa..jangan gelak! Memang aku rindu dengan kad raya. Teringat dulu bila malam raya aku and adik2 tolong makcik aku gantung  kad raya. Tugas weols adalah sort out kan kad raya mengikut saiz. Memang banyak bertimbun! Penyumbang utama adalah peminat2 makcik aku - deejay RTM and peminat2 uncle aku - ex state football player. Sekarang semua main virtual je. Tak meriah langsung!

Tu dia perkara perkara yang aku rindukan. Quite tacky, I know but benda2 tu la yang selalu berlegar di kepala aku semenjak dua menjak ni dan secara tak langsung menggamit kerinduan. Especially yang no 1 & no 2 tu. Kalau dapat diulang, alangkah bestnya! Tapi minus the parts yang aku nak erase dari hidup aku  la..hehe. Berangan je lebih...memang tak dapek la jawabnya. What's done is done, past is past and now we just have to brave what our future has to offer. Gittew.

See you in my next entry, soon!

No comments:

Post a Comment