Monday, July 18, 2016

Luahan Perasaan (10% dari cerita sebenar)

Assalamualaikum.

Sorry in advance ye sebab dalam entry kali ni bahasa aku agak kasar.
Geram sangat nih...
So korang layan ajelah aku yang nak meluahkan perasaan ni ye..

Ada sejenis manusia yang mengundang kemenyampahan tahap tertinggi dalam aku.
Jenis cakap x serupa bikin.
Kalau bercakap tu bukan main lagi pung pang pung pang macam kau laaa yang paling hebat.
Dunia ni macam kau yang pegang. Over confident.
Ok la confident tu bagus tapi jenis kau punya confident ni x agak2.
Jalan belum kena sukat lagi kau sudah curah tar 3 tan. Gitu.
Kemain janji setinggi langit ke tujuh. Ye langit ke 7. Selalu orang cakap janji tinggi gunung kan?
Haa kali ni  ambik kau sampai ke langit perginya.

Bukan orang tak bagi peringatan supaya ukur baju di badan sendiri.
Agaknya measuring tape kau rosak, tu yang sampai terlajak lajak ukurannya.
In the end, kau tak mampu deliver. Lepas tu stress sendiri.
Bila dah stress mulalah cari mangsa a.k.a punching bag.
Cari pasal dengan staff one person after another.
Benda kecik kau jadikan as if benda tu jenayah berat.

Selama ni aku ikut saja rentak gila si musibat ni.
Sampai ex staff pun hairan macm mana aku boleh bertahan.
Honestly kalau ikutkan hati memang tak lama aku kat sini.
And sejujurnya juga if ada offer lebih baik, aku tak akan tunggu lama.
Cuma rezeki nak berhijrah belum ada.
Yang aku mampu buat sekarang ni adalah berdoa.
Sekiranya rezeki aku ditakdirkan panjang disini, maka sabarkanlah hati aku untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Sekiranya aku ditakdirkan untuk mendapat rezeki yang lebih baik dari sini, maka segerakanlah dan bukakanlah jalannya serta permudahkanlah bagi aku untuk menemuinya.
Inilah doa aku. Dan aku sentiasa beringat bahawa perancangan Allah Taala adalah sebaik baiknya buat aku.
Dia letakkan aku dalam keadaan ini bersebab.
Aku ni memang terkenal dengan sifat kurang sabar. Jadi Allah Talla uji aku dengan situasi yang kurang menyenangkan ini, mungkin untuk mengajar hati aku agar menjadi lebih sabar.
Wallahualam.


Banyak lagi sebenarnya yang belum terluah.
Tak apalah, sekurang kurangnya aku rasa a bit better.
The rest, aku serahkan pada Allah Taala.
Macam mana pun aturan Nya, aku redha dan berlapang dada.
Hope selepas ni things will get better, Insya Allah.