Sunday, April 27, 2014

Hello

Salam everyone...
Kak Ton kembali bersiaran...
Actually baru semalam sampai dari Kuching. Ada urusan rasmi disitu.
Insya Allah akan ku update kemudian.

Hapdet dari 'baby' terbaru aku.
Samseng Nota 1....hew hew hew...

Wednesday, April 9, 2014

Musibatun Numero Uno!

Sebelum aku mulakan, aku nak bagitau entry ni ada unsur unsur makian yang mungkin melampau.

*Tarik nafas...hembus* (ulang 80 kali)

Aku paling benci manusia yang suka spin kesalahan sendiri.
Sudah terang terang kau salah, mau lagi menegakkan benang yang basah.
Mari aku gelarkan si bedebah ni sebagai Musibatun.
Dia ni, tiap kali booking tiket mesti bagi details separuh separuh.
Agaknya sexcited kot dengar suara aku yang lemak merdu ni di telefon, tu yang asyik kol berkali kali.
Dah tu degil nak mampus..jenis tak mau dengar cadangan orang.
Berkali kali weols cakap kalau nak booking sila hantar fax.
Tak nak dia derrr...ntah ntah tak tau pakai mesin fax kot.
Asyik nak ikut kepala dia yang tak berapa betul tu. Hish...geram!

Ok malas aku mau buka mukadimah panjang, uols baca la dialog di bawah.
Baru korang faham macam mana letih melayan makhluk cap setan sorang ni.

(M = Musibatun, A=Aku)
Conversation lebih kurang seperti yang aku boleh ingat. Tapi tiada penambahan, ok!

Friday, 04 April 2014
*Call masuk*
A: Good morning ***** Travel, how may I help you (standard greeting la nih)
M: Halo Linda, aku ba ni si M. Aku mau book tiket ni tau, tapi belum ada tarikh lagi...(waddehel?)
A: Oh, kalau macam tu prepare dulu details dia semua lepas tu call sini balik & book teruslah ya..
M: Bah..aku check dulu nanti aku kol kau balik
A: Ok

Selang beberapa minit, call masuk lagi
A: *greetings as usual*
M: Halo..aku ni si M. Dapat suda tarikh dia semua..tapi tidak tau pula flight apa dia mau naik ni tau..Air Asia atau MAS, lupa pula aku tanya.
A: Emm...bagus kamu tanya dulu betul betul details dia. Nanti salah susah pulak kan. Ataupun macam ni lah, why don't you fax over the booking with all details included supaya ada black & white dan tiada kesilapan apa apa (belum habis cakap, dia potong)
M: Alah tidak payah la main fax fax tu..aku cakap kau tulis la details dia. Sekejap aku kol kau balik.
A: *Speechless*

3 minutes later, call masuk lagi
A: *greetings as usual*
M: Halo..nah dia mau naik Air Asia pula ni tau. Nama dia ***** bin *******
A: Oookayyy..boleh bagi IC number & handphone number dia sekali?
M: Alah...belum pula aku minta sama dia.
A: Kalau macam tu, baik kamu fax la sekali lengkap details dia tu supaya tiada issue silap nama ka, silap tarikh ka. Lagipun..(belum habis cakap, dia potong. Again!)
M: Ish..tidak perlu ba tu. kau tulis ja details dia pun sama juga. Payah ba mau fax lagi. Aku kol ko balik. (terus letak telefon)
A: (Masih bersabar)

*Call masuk lagi*
A: *greetings as usual*
M: Aku ni si M. Nah ambik details dia. ***** bin *******, I/C No.******-**-****.
     HP No.*** *******. Perjalanan dari SDK to BKI pada 8/4/2014
A: (Tulis atas kertas) Ok..SDK/BKI pada 8/4/2014, mau flight jam berapa?
M: Flight petang
A: (Checking on computer) Flight petang jam 230pm
M: Haa..ok yang itulah dia mau
A: Ok..baliknya bila?
M: 11/4/2014..pun sebelah petang juga. Jam berapa tu?
A: (writing & checking) BKI/SDK, 11/4/2014..kalau petang yang ada jam 120pm.
M: Ngam la tu. Kasi la dia itu flight.
A: Ok kalau macam tu saya ulang lagi ya...SDK/BKI pada 8/4/2014 jam 230pm. Betul?
M: Ya ngam..betul la tu.
A: BKI/SDK, 11/4/2014 jam 120pm. Betul ya?
M: Ya ya betul la tu.
A: Issue terus ni kan Encik? Tiada tukar tukar lagi kan? Sebab kalau tukar lepas issue kena beli tiket baru.
M: Bah kau issue la terus, memang confirm la tu.
A: Ok kalau macam tu sebelum saya issue saya kena double check lagi ya...
M: OK..
A: Tiket untuk Encik ***** bin *******, SDK/BKI pada 8/4/2014 jam 230pm..BKI/SDK, 11/4/2014 jam 120pm. Betul ya dia travel dari SDK/BKI/SDK? (Aku ada sikit musykil sebab setahu aku passenger ni based in BKI, bukan SDK)
M: Confirm betul. Issue la tiket nanti kami ambil.
A: Ok saya issue.

Maka aku pun mengarahkan staff baru di office untuk issue tiket berdasarkan maklumat dan arahan si Musibatun yang aku tulis diatas sekeping kertas.

Bukti yang aku dah tulis mengikut arahan Musibatun Lahabau ittew...

Selesai hal issue tiket nih. Weols pun pulang dengan senang hati.
Come Monday (yakni semalam, 07/04/2014). Si Musibatun datang ofis nak collect ticket.
Weols pun handover the ticket berserta invoice sekali.
Sempat lagi kami suruh si Musibatun check tiket tapi takde maknanya nok...dia ignore jugak.
Sukati kau la nok. Aku dah ikut procedure yang sepatutnya.
Bukan nak lepas tangan ok, tapi dah dia yang menolak.
Decline at your own risk la kekdahnye ye dok?

Tak lama lepas tu, dapat pulak call dari Musibatun.
Menjerit jerit dia kat telefon, katanya aku dah salah issue tiket.
Aik..salah apa pulak?

M: Kau ni macam mana buat kerja hah? Lain aku suruh lain yang kau buat! Kau tengok tu tiket, salah!
A: Encik..cuba bagitau apa salahnya, tarikh kah, namakah...?
M: Bukan! Kenapa kau book 8/4/2014 tu SDK ke BKI? saya sudah cakap BKI/SDK bukan SDK/BKI! Kau ni faham ka tidak arahan?
A: Maaf encik, masa booking tu saya sudah ulang jadual penerbangan dengan encik..
M: Aaah kau jangan mau pusing cakap la sekarang. Kau yang salah! Macam mana kau buat kerja ni! Bodoh betul! (Kau tengok bahasa si Musibatun Tua Kutuk ni, sedap cakap aku bodoh! Kimaaaak!)
A: (Masih bersabar) Encik, cuba encik bertenang, ingat balik hari Jumaat tu kan saya ada request supaya Encik hantar fax untuk booking ni..(belum habis cakap, dia potong)
M: (Jerit meroyan) Aaah..kau jangan cakap pasal fax sama saya, itu bukan kerja saya! Bodoh! (Kurang ajar  ni dah dua kali dia cakap aku bodoh! memang menyirap darah aku!)
A: Hello, kau tidak perlu teriak sama saya di telefon macam tu ok! Masa booking hari tu saya ulang itu itinerary TIGA kali sebelum saya issue tiket! Bukan sekali tau, TIGA kali!
M: Kau ingat saya bodoh! Saya tidak bodoh ba..staff saya dari sini KK kenapa pula saya mau book dia jalan dari Sandakan? Kau yang salah!
A: Hey, kau yang kasi arahan macam tu, saya siap tulis lagi tau and kertas tu saya masih simpan! Cuba fikir la bila saya sudah ulang TIGA kali tu tapi kau juga yang cakap betul dan suruh issue tiket...apa maknanya? Kalau sekali saja saya ulang, saya terima mungkin ada silap saya tapi bila sudah tiga kali, apa cerita? (Kak Ton dah hilang sabar, balas jerit jugak! Habis lenyap keayuan I tau!)
M: (Diam)
A: Dan lagi satu, kan saya ada minta fax details untuk booking ni. kalau encik fax hari tu tidak mungkin ada kesilapan macam ni. Staff pejabat encik dulu kalau mau booking mesti diorang fax.
M: Manada! Tidak pernah kami fax kalau mau buat booking! (masih degil lagi. And masih menjerit! Grr!)
A: Ada! Siti Rahmah (staff yg buat booking before he took over) kalau book mesti dia fax.
M: (Diam). Jadi macam mana sekarang?
A: Macam mana lagi? Kena issue tiket baru lah. Tiket lama tidak ada refund ya. Kami akan charge juga ke pejabat encik.
M: (Suara lemah) Ok lah. Kau issue lah. nanti kami ambil.

Haaaaa.....padan muka kau!
Ada hati kau jerkah jerkah aku ye. Aku takkan mengalah kalau aku dipihak yang benar.
Akan ku pulangkan paku buah keras kepadamu.
Rasain! Nasib baik boss sokong aku.
Actually boss aku pun dah naik meluat dengan perangai si Musibatun ni.
Eksyen kooo....bila kami kol nak mintak payment, kemain kerek lagi jawapan dia.
As if dia yang keluarkan cek tu. Berlagak siot!
Dah la payment lembab gila babi, ada hati tunjuk samseng. Ptuih!

Yeee...aku tau sebagai front liner aku tak sepatutnya buat macam tu (read: jerit balik kat customer).
Aku seharusnya bersabar dan terus bersabar walau macam mana pun kerenah customer.
Al maklumlah, Customer Is Always Right.
Tapi sori ek..that motto dah lama aku flush kan ke jamban.
You overstep my border, memang aku balun.
Lelebih lagi bila dah kurang hajar memanggil aku bodoh.
Macamkan kau pandai sangat. Babik la!

So yesterday boss suruh aku draft surat bagi kat boss si Musibatun.
Tapi hari ni baru aku buat..hew hew hew..
Ye lah, baru amukan naga berapi..kang aku draft terhambur kata kata makian, jadi satu hal pulak.
Ambil jalan selamat, aku buat hari ni.

Hambek! Tapi..maafkanlah surat Kak Ton, banyak berterabur nahu dan tatabahasanya. Hiks!
Pueh ati den! Aku harap aku tak perlu lagi berurusan dengan si Musibatun dalam hal-hal booking.
Harap dia di ganti dengan orang lain dan mintaknya janganlah orang itu pun menjadi musibatun macam dia jugak. Buat hal kalu, gua sebat sama lu!

Ingat tu!

Wednesday, April 2, 2014

The Journey



Hajat hati memang nak tengok wayang ni di panggung.
Sebab aku selalu baca review yang bagus tentang movie ni.
The best Malaysian made movie katanya.
Namun, apakan daya masa (dan RM) adalah jealous yang teramat terhadap diriku.
Tiap kali nak menjejak kaki ke panggung rasanya payah bebenor, ada je halangan (RM le tu..hew hew hew)
Jadi kita subscribe di Astro saja.
So aku subscribe movie The Journey on Saturday night.
Aku tak letak expectation yang tinggi sangat, takut kecewa.
The movie package disertakan dengan The Making Of sekali, berselang seli dengan movienya.
Tapi aku tak nak tengok The Making tu, sebab selalunya dari The Making aku boleh tangkap jalan cerita.Takut spoil mood pulak nanti.

Let's layan sinopsis dulu:-

The Journey tells the story of Uncle Chuan (Frankie Lee), a conservative father with a rigid set of rules. When his daughter, Bee (Joanne Yew) returns home after spending most of her formative years in England with a fiance, Benji (Ben Pfeiffer) in-tow, Uncle Chuan refuses to give his blessing. With cultural differences and language barrier that could potentially damage the union between Benji and his loved one, he feels that something must be done quick. Uncle Chuan reluctantly allows them to marry but on one condition — the wedding ceremony has to be in the traditional way. Despite their lack of understanding towards one another, Benji and Uncle Chuan embark on a nationwide journey to hand-deliver wedding invitations to the latter’s childhood friends. Throughout the journey, the two learn valuable lessons about accepting each other’s differences.

Begitu lebih kurang ceritanya.

You might be surprised when you know that almost semua casts ni sebenarnya pertama kali berlakon.
Aku pun tau bila tengok 'The Making Of' tu.
And I must say for a newbie, they're not bad at all.
Maklumlah kebanyakan pelakon dah warga emas but then they deliver well!
Kalah some actors/actresses yang kononnya dah bertahun pengalaman (tapi hasil sedehhhhh).
One thing I do not like is the girl yang bawa watak Bee.
A bit unrealistic sebab katanya dah lama tinggal di England.
Tapi accent pekat Manglish (Malaysian English)
Patutnya kalau dah lama tinggal di England (since 11-12 yrs old as portrayed in this movie) haruslah accent kau English pekat.
Selain tu, aku bagi thumbs up.

Overall, bagi aku memang cerita ni best, lain dari typical Malaysian movie.
It's a light kind of movie about family, friendship, customs and so forth.
Funny, yes. Heartwarming, yes. Worth watching, yes.
Tak menyesal aku subscribe and tengok berkali kali :)

Here's are some photos from the movie, ihsan Google.Com:-
Benji & Bee baru sampai di kampung si Bee. Cubaan memecahkan pintu sebab Benji nak terberak but no one at home.
Uncle Chuen & Benji during their mission. Uncle Chuen terpaksa bawa motor pulak sebab benji kehilangan dompet & lesen memandu.


Dunring Uncle Chuen's bff's funeral but he did not enter the Funeral House due to customs (because his daughter is getting married so it is considered a bad luck for brides/grooms family to attend any funeral). Benji is upset because he don't understand why Uncle Chuen refused to pay his last respect and begin to question his loyalty to his friends. The little boy is the grandson of the deceased and Benji's getting his help to translate his words to Uncle Chuen but the translation came out quite funny.


Uncle Chuen visiting Fatimah (old classmate) sambil hantar kad jemputan


The 'plastic hot air baloon'. Original idea by Uncle Chuen's classmate (dubbed 'ketua kelas' a.k.a Pig according to Chinese Zodiac Calendar). It was his dream to build a hot air baloon out of plastic garbage bag, however unable to do so due to his passing. To materialize his dream, Benji, with help from Uncle Chuen and his crews of 9 others (except Fatimah) begin building the baloon. Needless to say, it's a success.


And here's the catchy, ending song of the movie. Enjoice!



Foiled Plan & The Biggest Loser Power Walk 1

Dalam entry semalam aku ada mention pasal nak berpower walk di Bukit Padang kan?
Plan kensel sebab hujan. So tukar ke Plan B = treadmill & cycle kat gym dekat kawasan rumah aku.
Aku pun dengan sexcitednya tukar baju bagai. Siap beli track suit baru lagi uols!
Dah ready semua tu, off we go to our destination.

Of all days, semalam punya traffic adalah annoying tahap tertinggi.
Heran jugak aku sebab selalunya takdelah sampai jammed teruk like yesterday.
Seriously the traffic congestion macam haremmmm.
Aku rasa kalau kereta kereta di jalan raya tu lumba dengan siput yang nazak, gerenti siput yang menang.
Yeah, it's that bad.
Dalam hati menyumpah seranah berbakul bakul.

Halfway to reach the gym, kereta kawan aku pulak meragam.
It went dead in the middle of the road.
Masa tu dah jam 6 lebih kot...and by the look of it memang tak dan lah nak bergym dah.
Thank GOD my friend's sister contacted their regular mechanic and he's on his way to rescue us...phew!
And ada abang polis trafik tu tolong park kereta kat tepi.

After the car is fixed kami teruskan perjalanan.
Tapi memang plan untuk berexercise tu kensel habis dah.
Perut lapar pulak..so aku suggest for us to have dinner kat mana mana.
But kawan aku tak nak dah. Nak balik terus katanya.
Besides, traffic congestion masih macam celaka walaupun dah almost 8pm.
Lepas hantar aku dia kena menempuh another jammed to go back to her house.
Takpelah, maybe next time.

Sampai rumah, aku yang dah gigil kelaparan ni terus serbu nasi.
Ikutkan hati nak je makan banyak tapi perut dah masuk angin.
Mampu makan sikit je pun. Sempat lagi berwechat dengan si Alizam.
Lepas tu mandi & solat, terus tidur.

Oleh kerana tak jadi bersenam semalam, maka pagi ini aku gigih berexercise sambil di temani oleh abam Bob Harper.
Gila tak gigih, jam 6 pagi aku dah ready kat ruang tamu, siap dengan kasut bagai!




Aku suka sangat la cara Bob Harper bagi instructions dalam video ni.
Very motivating and sangat senang nak faham.
Routines yang ada ni pun sangat senang nak ikut, yet kau berpeluh bagai nak rak!
Lencun haku pepagi tadi tau! I can say for me, head to toe basah oleh peluh.
Highly recommended guys, especially bagi beginner yang baru nak start exercise.
Try it to belive it...chewah! Tapi betul ok, memang puas hati.
Credit to Alizam sebab dia yang share pasal benda ni kat aku.

Actually video ni ada 4 parts, but for now aku buat part 1 ni dulu, saja nak get used to it.
Nanti nak upload yang part 2, 3 & 4.
It's okay, one step at a time.
Kalau terus menerus kang tokojuit pulak lelemak lat badan aku nih...hew hew hew!

Until next update, see ya!