Thursday, November 6, 2014

BDC - Day 7 (Sejauh Manakah Pendidikan Itu Penting Bagi Anda)

Hai, hello bertemu lagi dalam cabaran hari ke 7.
Amboi3x..tajuk cabaran dah macam soalan peperiksaan pulak.
Dah jadi kerjaan otak aku nak memikir pulak.
Takpelah...aku cuba bagi pandangan jujur.
Tapi kalau ayat caca marba sila maafkan aku ya..hehe.

Baiklah, bagi aku pendidikan ni memang sesuatu yang sangat penting.
Baik yang formal mahu pun informal, ia merupakan asas untuk membentuk peribadi kita.
Membuka minda kita terhadap sesuatu dengan perspektif yang lebih luas.
Tidak kurangnya membuka peluang untuk mendapat pekerjaan yang menjanjikan pulangan lumayan.
Aku akui kesahihannya walaupun tidak semua graduan universiti berjaya menjana pendapatan 4 ke 5 angka.

In my case, aku belajar setakat sekolah menengah. Pendek kata takat SPM aje.

Di tawarkan masuk ke ITM (sekarang UITM) untuk Diploma in Business Management
Bila dapat surat tawaran, aku nangis sebab happy dapat sambung study.
Tapi tak lama lepas tu, the reality hits me hard in the face.
Mana aku nak cekau duit bayar yuran semua?
Dah la masa tu my dad baru je meninggal tak sampai setahun and life was pretty hard for us.

Time aku dulu mana ada pinjaman PTPTN. Loan Mara pun tak dapat.
Adik adik masih sekolah. Cuma aku and my mom je yang kerja.
Kalau aku sambung jugak, sapa nak tolong mak aku support diorang?
Macam mana nak survive? Mampu kah mak aku kerja sorang?
Terlalu banyak yang aku kena fikir the pro & cons, akhirnya aku decide to decline the offer.
Menangis jangan cakaplah. Tengok calendar nampak date yang aku sepatutnya pegi mendaftar pun aku nangis. Tapi nak buat macam mana. Aku takde pilihan.

Walaupun begitu aku masih simpan hasrat nak menyambung pelajaran jugak.
Biarlah dikatakan dah berkarat pun masih nak asah otak, aku tak kisah.
Kerana mencari ilmu itu sifatnya sangat dituntut.

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".

Begitulah sedikit sebanyak pendapat aku tentang pentingnya pendidikan.
Dah berkira kira nak apply kat Open University, tapi aku kena buat research and comparison dulu.
Kalau ada rezeki, aku pasti akan bergelar pelajar lagi satu hari nanti, Insya Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya."

Ilal liqa'

2 comments: