Tuesday, November 26, 2013

Mahal Belaka

I don't know about you guys, but aku rasa harga makanan/minuman adalah mahal melampau. 
Some restaurant/cafe tu sesuka hati je letak harga sampai ke tahap tak masuk akal dah aku rasa. 
Contoh terdekat is around area ofis aku. Ada yang charge minuman sejuk sampai RM3.
Kalau kau kedai like franchise tu aku faham la jugak kan, ini setakat restoran biasa. 
Sorry, aku bukan bias or apa but I think it's too much la letak harga sampai macam tu sekali. Lepas tu if sedap takpe, ni rasa macam...alahai, x sanggup aku tulis. 

*panjang mukadimah* 

 Pasal benda2 macam ni, aku dah jarang tapau food or drinks from outside. 
Most of the time bawa from home. 
Biarpun mata aku rasa nak rabak pepagi buta prepare food for breakfast and lunch pun takpe. Janji jimat. Bukan food saja tau, drinks pun aku prepare sekali.
Aku rasa buat sendiri lebih berbaloi sebab we know our own tastebud. 
Daripada kau beli lepas tu rasa macam tah apa apa, end up kau memaki dan menyumpah seranah. Free2 dapat dosa. Baiklah buat sendiri. 
Jimat sudah tentu, kebersihan pun terjamin. Gitewwwww...... 
 Ok lah tu je nak cakap. 
Seksa hapdet through hp ni, memanjang typing error. 
Tp olh kerana jammed gila babas maka aku kill d time dengan menghapdet. 

 Kelas tak Kak Ton? Miahaha!

Saturday, November 23, 2013

Kebodohan Apakah Ini???

Semenjak dua menjak ini aku adalah sangat menyimpan kegeraman terhadap sejenis makhluk dalam office.
Aku tau la dia tu manager. Tapi gaya dia ni sangat membuatkan darah aku mendidih.
Aku tak taulah kalau dia masih menyimpan dendam gara gara kes kunci dulu, tapi lately macam sentiasa cari pasal dengan aku. Selalunya pasal benda kecil la but benda kecil boleh jadi besar kalau kau tambah asam garam.

Contoh 1
Her  : Check the *** airline punya promo sudah masuk system or not.
Me   : Ok (terus check). Hmm...belum lagi lah, still using the old fare.
Her  : How you know? 
Me   : Err..because I can see from the system?

Cuba cakap dengan aku, musibatun ka tidak soalan dia tu?
Sudah suruh aku check di system then tanya lagi macam mana aku tau?
Baik kau berdiri di tengah jalan minta langgar kereta ok!

Contoh 2
Her   : If *AAA* from *BBB* company issue ticket, you mark up higher aah, dalam RMxxx macam tu. Ingat aah!
Me    : Okay. 
Tak lama tu *AAA* from *BBB* company pun issue ticket so aku yang menurut perintah mark up ikut harga yang dia bagi. Then on the next day dia check sales. Terus terpekik macam polong.
Her   : Haiyaaaa, why you mark up so high? Mati la mesti they complaint ni. Next time you check with me first before issue ticket. Bla bla bla bla bla bla *banyak la dia meroyan aku malas mau type, memenatkan je*
Me   : I just follow whatever you told me the other day, you said mark up RMxxx so I mark up RMxxx la. 
Her   : Ya la, but must check with me also bah don't simply2 kasi harga.
Me    : Malas mau layan kau, lain kali kau issue la sendiri *dalam hati je lah. In actual scene aku diam and buat2 tak dengar*

Kalau kau jadi aku, confuse or not dengan arahan yang sebegitu rupa?
Salah aku kah sebab ikut apa yang diarahkan?
Kau rasa kalau aku kasi kurang harga from what she asked me to mark up earlier tu aku akan dapat puji pujiankah?
Memang TIDAK la! Di hambur maki makian lagi ada.

Banyak lagi contoh yang aku boleh bagi tapi aku rasa dua ni pun sudah cukup untuk portray kebangangan maksima makhluk tersebut.
Pakal saja dia ni bertitle 'warga emas' maka aku cuba sehabis daya untuk refrain diri aku dari menjadi kurang ajar.
Dan aku harap sangat sabar aku masih dapat bertahan, walaupun cuma tinggal senipis kulit bawang.






Monday, November 18, 2013

SEMBUNYI

Rasanya dulu pernah aku post dalam blog yang lagi satu.
Tentang how I love this song so much.
Sebab masa tu aku sedang *ehem ehem* involved dengan someone.
And lirik lagu ni sangat spot on untuk kedua pihak.
Tapi tak payah la aku elaborate pasal tu sebab dah jadi kenangan yang tak berapa nak indah.
So KITA TUTUP BAB ITU!

Tapi sampai sekarang aku masih terkesan. 
Macam ada satu rasa yang sangat best dalam hati setiap kali dengar lagu ni.
Mungkin cara penyampaian atau suara penyanyi yang mengasyikkan, maybe?
Yang pasti aku rasa terbuai buai bila lagu ini berkumandang.
Isk..jenjangan berhantu kot? Nauzubillah....

Anyways, aku nak tepek jugak disini. Siap dengan lirik lagi.
Supaya korang pun boleh terbuai buai sama.
Kalau tak pun, ada aku kesah?

Enjoy!





Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya
Biarpun mengutus ilham menuju jiwa
Teguhmu suatu azam melamar rasa
Biar pun kita mencuba
Sembunyi .. namunkan terlihat
Yang jelas di wajah
Kata memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala
Bertentang mata sebentar
Dihanyut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangnya diri terasa ke mana
Renungan aku nak alih
Bertentang mata sebentar
Dihayut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangnya diri terrasa ke mana
Renungan aku nak alih
Sembunyi ….namunkan terlihat
Yang jelas di wajah
Kita sememangnya sarat
Merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala
Walau kita cuba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang
Tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala
Walau kita cuba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang
Tersimpan di hati.....

Friday, November 15, 2013

Not Scary. At ALL!

Semalam purchase filem Highland Tower di Astro First.
Adik aku la teringin sangat nak tengok.
Dalam hati aku memang sudah rasa filem ni memang hampeh.

Sebelum tu aku baca juga review from internet.
Ramai kata seram. Tapi aku memang tak percaya lah.
Dulu filem khurafat pun seram gila katanya tapi aku rasa tidak pun menakutkan.
Jadi kita layan ini cerita.

Tapi aku malas la mau buat review panjang panjang...boleh?
Aku copy paste sinopsis and buat short review je lah ye...

"Highland Tower" mengisahkan pengembaraan Shima yang merupakan pengacara untuk satu program televisyen. Shima mahu menghasilkan sebuah dokumentari mengenai paranormal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang pernah runtuh pada 11 Disember 1993. Penggambaran telah dilakukan pada waktu malam. Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri dan disitu bermula pelbagai kejadian aneh"

Poster promo filem Highland Tower

 Dalam bulatan merah tu kononnya 'entiti'

 Ni scene Shima & Atikah kena rasuk

Ok lets review pantas pantas pakai pointer je ye..

The good
*Sedang shooting, lampu tetiba padam. Bila lampu pasang balik, Shima hilang. Jumpa jauh pulak dari tempat shooting.

*Atikah & Niezam yang sedang berehat di 'Base' tiba2 hilang. The whole team siap jerit2 cari diorang tapi tak jumpa. Walhal diorang ada je kat situ sedang tidur. 

*Part Shima & Atikah kena rasuk. Still, tidak menakutkan bagi aku.

Tu je kot. Sebab tak menarik sangat maka aku kurang ambil perhatian scene2 yang lain. Bagi aku biasa je.

The bad
*Baca sinopsis, seolah olah Projek HT ni idea Shima. Padahal dia cuma part of the team. The actual mastermind of the project is Mika & Niezam.

*Yeeee...memang ada part si Shima ambil2 gambar bagai..tapi takde pulak di tunjukkan which part of the photo yang dia terambil 'objek misteri' tu.

*Each shot macam main hentam asal ada. Serabut, bising, kecoh. Macam no planning at all. Yes aku tau la ini kononnya dokumentari tapi buat dokumentari pun mesti ada plan, kan? Ini tak, bertabur!

*Takde pun kejadian yang misteri sangat. The peak was Shima & Atika kena rasuk je kot. And masa ending yang kononnya si Mikail ada 'pendua'. 

*Tiba2 habis macam tu je. 1 jam 10 minit to be exact. Aku dah macam 'Haaaa? Habis? Apa ni apa ni apa niiiiiiiiiiiii????'. Potong stim! 

Kesimpulannya, memang tidak menakutkan langsung!
Nasib tak jadi tengok masa di KL hari tu.
Kalau tak memang aku meroyan dalam panggung sebab tak puas hati.
Benci betul! Kalau nak buat cerita seram bagi lah yang seram betul betul.
Jangan mainkan perasaan orang yang berkobar nak feel takut tapi akhirnya menyampah!

And that's why aku malas tengok cerita melayu.
Gebang kemain. Hasil? NAN ADO!

Macam mana pun, ini pendapat aku.
Kalau korang suka bagai nak rak dengan filem ni, terpulang.
For me, it's not up to my standard.
Sorry kalau korang penyokong tegar filem melayu.
I'm sticking to my opinion.

Dah. Layan cerita Tamil lagi best. 

*Pasang Avvai Shanmugi*

Rukku rukku, rukku rukku....


Thursday, November 14, 2013

Jalan Jalan KL


Assalamualaikum...

Agak lama menyepi dari blog kan? 
Eleh, macam korang kisah sangat aku update ke tak.
Ahhh...lantaklah. Aku pun tak kisah....kah kah kah!

This entry berkisar tentang me & my sisters trip to KL on 9 - 12 November lalu. 
Just four of us. Short trip je pun. Saja melawat ibu negara Malaysiaku tercinta. 
Lagi pun tiket murah, jadi moh le kite jalan jalan...hehe!

My bag is packed, I'm ready to go. Nampak kecil beg ni tapi segala macam aku sumbat dalam tu. Baju & tudung pun terlebih bawa, pakainya cuma beberapa helai aje.

Actually kami sampai awal coz one of my sister (Teha) ikut flight yang slightly earlier than ours so sampai T2 dalam jam 130pm.
Teha's flight scheduled to depart at 245pm, kami pula at 345pm. Selang sejam.
Apa apa hal pun haruslah cari sappedek dulu kan.
So weols pun terjah la KFC. Sorry nan ado pictures sebab lapar gilbabs.
Aku pun hairan apasal boleh lapar lagi walhal sudah makan pun di rumah.
Aku siap masak kurma daging and sayur apa ntah. Lupa sudah.

Siap makan di KFC, Teha turun ke boarding hall. 
Yang kami sambung lagi lepak di Asian Cafe (not sure if the name is right).
Minum je la. Kalau makan lagi, melampau rakus namanya kan.
Lepas tu terus ke boarding hall.
Actually masa masuk boarding tu ada insiden lucu.
Tapi malas pulak aku mengulas disini. Lain kali sajalah ye...itu pun kalau aku rajin :D

Boarding Hall, Terminal 2 LCCT Kota Kinabalu.

Dalam flight aku bertekad konon tak nak order apa apa. 
Kononnnnnn je lah kan. Setelah dipengaruh oleh Ija, order jugak.
Dasar perut tangki besar tak dapat di tolong.
Jadi kami order ini:-


Kamal's Mamak Fried Mee. Menu baru katanya. Pedas tu dah ok, cuma masin ya rabbi! Perah limau pun masih masin. Tak sesuai langsung dengan harga sepuluh hengget!

**Ira order Tuna Wrap. Dia makan satu, yang satu aku ngap dalam bas in the way to KL Sentral. Oh, mee goreng tu aku share dengan Ija**

Sampai LCCT, Teha suda menunggu di arrival hall. 
Rupanya dia pun baru sampai sebab flight delayed a bit.
Terus keluar cari bas ke KL Sentral.
Sampai KL Sentral lebih kurang jam 730pm, terus cari teksi menuju hotel.
We booked our stay at V'La Garden Jalan Pudu.
Dekat je dengan Bukit Bintang.

First impression aku (about the hotel area), agak scary tempatnya.
Maybe because of the ongoing MRT project membuatkan surroundingnya nampak begitu.
Check-in, tengok bilik...ok lah. Kami ambik triple room. 1 queen, 1 single. 
Ada TV flat screen yang comel, rasanya 14 inch. 
Yang aku x berkenan, tiada cermin dalam bilik tu. Cuma ada dalam tandas je.
And soket cuma satu! Terpaksa beli extension semata mata untuk charge handphone.
Kalau tidak memang berebut.
However, it's a budget hotel pun kan...what do you expect. Terima je lah.
Bersyukur ada tempat tidur..hehe. And syukur tandasnya bersih *phew!*
Tapi akak tak kosser nak ambik gambar. Malas......
If korang nak tau sangat, sila google V'La Garden Hotel.

Malam tu weols makan kat gerai Bonser. Matik la nama gangster sangat kan..haha!
Order Nasi Goreng Pattaya Seafood (me), Mee Goreng Seafood (Teha), Nasi Goreng Cili Padi (Ija), Sup Daging, Kailan Goreng..aku tak ingat si Ira order apa. 
Minuman pun aku tak ingat apa yang kami order.
Tapi sedap dan berbaloi lah makan di situ.
Again, malas mengambil gambar. Bateri henfon pun ala2 hidup segan mati tak mau.

Lepas tu berjalan menyusur Jalan Alor menuju ke Pavillion.
Bukan untuk shopping ye, tapi semata mata untuk membeli Aunty Anne's Pretzel.
Padahal kalau beli di Sungei Wang pun boleh.
Saja memenatkan kaki. Tsk.
Then from Pavi  terus balik hotel. 
End of Day 1.

 View from our hotel room. Good morning KL!

Day 2, kami bangun awal just because nak membeli breakfast nasi lemak yang sedap.
Yes, aku rasa di KL nasi lemak dia banyak variety berbanding KK. 
Jarang jumpa orang jual nasi lemak dengan varieties of lauk sambal di KK.
Jadi alangkan ada di KL kita terjah sama dia.
Tapi aku tak ikut pun diorang. Aku stay and bersiap awal.
Maklumlah kalau aku bersiap boleh tahan lama.
So takpa, biar diorang je pegi beli. I just kirim duit and pesan apa aku nak.

 Tuuuuu dia! Breakfast with style kata ko! 

After semua orang dah siap, kami menuju ke KLCC. Naik Monorail then sambung naik LRT. 
Sampai di station terus masuk KLCC. Tapi, agak hairan sebab senyap sunyi je.

Ira: Kita di mana suda ni?
Me & Ija: KLCC la! (dengan penuh confident)
Ira: ooh...

Tapi dalam hati ni ada rasa pelik, sebab lain rupa kedai kedai dalam bangunan ni.
Macam tengah renovation pun ada. 
Naik dari satu tingkat je satu tingkat, pusing balik area yang sama jugak.
Masing2 buat spekulasi.
Maybe salah entrance, kena masuk another entrance kot.
Ye la sebab macam renovation gitu kan..
So keluar lah kami. And guess what? Suria KLCC is actually seberang jalan!
Yang kami masuk tu sebenarnya AK Avenue! *tepuk dahi berkali kali*
Paaatut la lain macam kedai kedainya. Aaaaaaaaaaa!!!
Gelak2 je kami menuju KLCC.
Ingatkan kebodohan ini berakhir di situ. Oh nooooo...ada lagi! Nanti kita cerita.

Masuk KLCC, masing masing kehausan. 
Cari La Cucur, pun boleh terpusing2. 
Tapi akhirnya jumpa juga. Legaaa...boleh duduk minum :)

Minum & makan light light di La Cucur. Kuih Kaswi/Kusui dia sedap la. I loike! Yang lain tu biasa biasa je.

Masuk Mark & Spencer tapi bukan cari baju, tapi cari biskut2 yang on sale. 
Maklumlah kalau M & S lelong biskut gila murah! But no luck hari tu tiada pula.
Kehampaan lalu kelaur dari KLCC.
Next destination is Masjid India. Decide nak naik LRT.
Elok je sampai LRT station, kami ternampak sesuatu.
Rupanya entrance ke KLCC adalah bertentangan dengan entrance yang kami masuk awal tadi!
Apakah ertinya ini??? Adakah di sesatkan oleh *tuttttt*??
Mistik sungguh. (Ye la mistik, padahal sah sah kebodohan sendiri)

 Ija membuat aksi tepuk dahi sempena kebodohan di hari minggu

Dalam LRT on the way to Masjid India

Niat di hati ke masjid india tu ada dua: beli tudung and beli 'cucuk cucuk' or kebab or apa apalah snacks yang ada. Last June we went there banyak bersepah sana sini.
On the way to Sogo tu...banyak kan macam food truck/gerai2 jual snacks.
So berhajat lah kiranya. Tapi sekali lagi kehampaan.
Rupanya Saturday je meriah sebab pasar malam. Kalau Ahad tak jual.
Haish..takpe lah bukan rezeki. But dapat juga beli tudung, serkup and brooch.
And kain ela kiriman my aunty.

Then naik teksi dari Sogo ke Berjaya Times Square. 
Masa ni aku dah laparrrrrrr...ye la it's almost 2pm kot.
Menangis lelemaks di badan.
Tapi diorang ni kerek..cakap tak lapar la apa la..
So turun ke basement makan bubur, you tiao and pertama kali aku merasa savoury Tau Foo Fah. Itu pun pasal Ija salah order.

Lupa ambik gambar awal, sudah gaul gaul baru ingat snap pic. Ada udang kering, seaweed, daun sup, daun bawang and sambal yang pedas tapi sedap. Boleh laa dimakan buat snack tapi tidak sampai teringat ingat *pendapat aku*

Aku tak ingat if ada beli apa apa di Times Square on this day. 
Yang aku ingat, kami balik hotel rehat sekejap & lepas tu ke Sungei Wang.
Oleh kerana aku masih kelaparan (manakan tidak, makan tau foo fah tu saja alas perut), maka aku paksa diorang makan juga. Kali ni kami ke Q Bistro (dulu nama dia Hajris).

Telur Sotong Goreng - SEDAP!

Mihun Goreng & Ayam Goreng - SEDAP JUGA!

Kerana lapar aku mampu snap dua gambar ni saja.
Ija makan Nasi Kandar. Yang aku ingat lauk dia kari ikan tenggiri. Lain aku tak ingat dah.
Ira makan murtabak daging. Teha, aku tak ingat dia makan ke tak...haha!
Minum sirap limau & honey lemon. Over manis aku rasa.
Oh, terkejut weols nampak murtabak daging tu di hidang dengan bawang cincang bersirap ros! Is it normally served that way? Konfius di situ.

Round2 Sungei Wang, singgah Giant beli barang sikit then terus balik hotel. 
Malam tu cadangnya nak tengok wayang Highland Towers kat Times Square.
Bersiaplah weols. Sekali lagi HAMPA sebab show jam 820pm fully booked!
Apalah nasib...asyik kehampaan je the whole day. 
Dah tak jadi tengok wayang tu, divert ke Subway pulekkkkk...

 I had these! Steak & Cheese with Onions, Lettuce, Capsicum & BBQ Sauce. Yumsss!
Dang it, nampak ni macam teringin lagi. Bila laaa Subway buka di KK ni. I waaaaaannnntttttttttttttt!!!

Lepas tu menyopping sikit. I cannot remember nama kedai but it's a big shoplot. 
Beli baju satu helai, ten ringgit only. 
Diorang pun merembat baju & seluar.
After that balik hotel. End of Day 2.

Day 3, sama jugak tapau nasi lemak and aku tak ikut.
Hari ni weols ke Kenanga Wholesale Centre.
Aku beli baju untuk Ajib & anak2 buah aku di sini.
Cuma baju untuk Baby Simba aku decide beli later kat Sungei Wang.
And sempat juga beli satu baju di sini. 
Siap membeli belah di Kenanga, aku sudah gigil gigil parkinson kelaparan.
So decide untuk ke Times Square lagi. 
This time aku paksa diorang makan di Food Court.
Lain pulak sistemnya...kena beli card, then swipe2 di dalam tu. 
Ada balance nanti refund. Apa apa je lah ye.

Perut lapar tak boleh tahan, aku makan nasi campur.
Ira & Teha makan nasi ayam. Ija pun makan nasi campur + Yong Tau Foo semangkuk.
Berjemaah kami mengerjakan Yong Tau Foo tu.
Okay laa...boleh tahan. 
Kerana lapar, sotong & paru yang macam getah tu pun aku bedal sampai habis.
Eh, almost habis..ada baki sikit.

Muka ceria selepas kenyang. Excuse the pic quality. Pakai flash terus muka putih 'cahaya keimanan'

Siap shopping sikit sikit di Times Square, balik ke hotel. 
Malam tu plan lain lain sebab Ija and her friend nak meet up & tengok wayang. 
Mula mula ke Sungei Wang dulu sebab nak beli baju Baby Simba.
Alhamdulillah, jumpa juga. Then kami split. Ija terus ke Times Square. 
Me, Ira & Teha beli jajan, then singgah Restoran Ali Mama at Plaza Berjaya tapau dinner.

 Keropok ikan, fishballs & sau mai goreng

 My mihun goreng seafood yang ermmm....x syedap! Boleh tak aku jumpa 2 ulas bawang putih yang tak masak langsung dalam tu! And bawang putih cincang dia pun x masak! You can taste thw raw garlic in the food. Aku suka je garlic tapi kalau dah terlebih lebih tu memang hilang kesedapannya. AND the udang is not fresh at all. Mahal pun ye jugak tapi sangat tak berbaloi. Aku makan dalam 5 suap je kot. Anyways, Teha's Mee Goreng Seafood tasted okay, though.

Lepak di bilik hotel melayan cerita apa ntah.
Sambil packing barang. Esok nak balik dah.
Tak lama tu Ija kol bagitau dia tapau burger.
Oh gumbira! Haruslah kan, sebab mihun yang aku tapau earlier tu sangat menghampakan.
Ija sampai ja terus serbu burger.

 Burger yang sedap tapi ada sos...I is not loike sos in a burger so ada unsur kehampaan di situ. Anyways habis juga.

Layan cerita Pendekar Bujang Lapuk sekejap..then tidur dengan jayanya.
End of Day 3.

Day 4. Final day in KL. Same routine, they went to tapau breakfast and aku cuma kirim. 
Kali ni aku tukar selera, makan mihun + ayam goreng pula.
Oh I loike veru much..kena dengan selera aku mihun dia. 
They bought extra packet tapi aku tak makan. Sepeket cukup.
Sementara menunggu check out time, buat final checking barang barang semua.
Then golek golek atas katil menghabiskan masa.
Bergerak dalam jam 1145 macam tu, check out & menuju ke Sungai Wang.
Aku lapar, and paksa diorang semua  ke Q Bistro for lunch...heheheheh.

Teh Tarik Ping yang sangat sedap! 

 Ini saya punya. Naan Cheese, Dhal & kari kambing. Naan tu almost habis, tapi kari kambing masih banyak. Jadi aku order lagi nasi, makan dengan kari tu. Gila ketat perut! Tapi sedap!

Bila sudah kenyang baru muka ata sinyummmm. Shawl itu baru beli di Masjid India :)

Tapau Auntie Anne's Pretzel untuk mama :)

 Dalam bas menuju LCCT

Sampai di LCCT masing masing mencari port untuk charge HP.
Mula mula ke Mc D. Tapi suis yang available only di luar. 
Sudah la panas membahang kalau duduk di luar tu.
Bertahan sekejap je la, then pindah ke Marry Brown.
Puas cari suis. Jumpa juga tapi alangkah geramnya bila suis tak berfungsi.
Siap makan terus menuju ke ruangan sebelum check in tu.
Nampak tiang yang ada suis....bersyukur terus!
Ceppat cepat charge phone, then sampai masa terus masuk boarding hall.

Sanggup menjadi penunggu trolley gara2 mau charge HP.

Adalah menjadi satu kewajipan kalau datang KL mesti beli varieties of buns and bread ini:-

Must buy!

Kalau tak beli macam tak lengkap trip ke KL. Tapi hari tu tak banyak pilihan. 
Maybe belum re-stock so angkut apa yang ada.

Flight balik adalah delayed for about half an hour kalau tak silap.
Itu pun tiada announcement langsung! Dalam kapal baru apologize. 
If bagi complimentary drinks ke apa ok jugak kan.
Hangin je passengers menunggu lama. Pfffft!

Landed around 820pm mcm tu. 
Ajui ambik kami di airport. Sampai rumah terus serbu anak2 buah yang dirindui.
Tapi lepas tu aku serbu nasi. Lapar dowh, dalam flight minum milo n makan muffin half je.
Then kasi pass baju tudung seluar for them.
Mandi, kemas apa yang patut then tidur.

Begitulah adanya kisah percutian kami.
Sekian, terima kasih.


Macam karangan cuti sekolah jer...isk!
Aaah...pedulik! Yang penting sudah update.

Monday, November 4, 2013

Aktiviti 3 Hari

Hola!

Agak malas mengupdate.
Marilah kita membuat entry secara rawak.
Bermula dengan cerita hari Jumaat (petang).

Baca twitter. Nampak tweet viruspadu, dia ada di KK.
Entah apa angin aku, terasa nak bagi dia try bambangan.
Bambangan ni lebih kurang macam mangga la tapi lebih masam dari mangga.
Selalu dijeruk dengan garam and parutan biji bambangan tu sendiri.
Then boleh la buat sambal (ala2 sambal mangga) ataupun campur dengan ikan rebus/singgang.

Bambangan yang sudah di jeruk. Gambar ambik dari Google.

Dah wassap2 dgn VP nak hantar jeruk bambangan terus ke hotel tempat dia menginap tapi agak kurang bernasib baik sebab a) puas round tamu petang tu tapi bayang bambangan tidak kelihatan, dan b) kereta tak free. Apa nak buat, terpaksa delay lagi sehari.

Sabtu pagi, cuti Deepavali so mama bercadang nak balik kampung. Kebetulan on that day, uncle aunty aku semua buat upacara rosary & sembahyang for my late grandma (my mom is a convert). Alang alang tu baiklah semua berkumpul. So paginya aku bawa mama ke tamu beli lauk pauk sikit and jeruk bambangan yang aku niat nak bagi VP tu. Alhamdulillah misi berhasil.

Send mom to kampung around 10am macam tu. Mula mula aku plan nak stay kat rumah je sebab nak cuci tandas yang dah macam hapa tah rupa dia. Kalau aku tak cuci memang foreverlah tandas tu serupa *(&^@^%@#*&!@*%&. #truestory. Tapi macam tak best pulak dok rumah sorang so ikutlah jugak. But aku tak tidur kat kampung sebab malam dah ada plan dengan Alizam & Suzie.

Sampai rumah je aku kemas mana yang patut dan terus siap2. Cun2 nak solat maghrib Alizam & Suzie pun sampai. Si Alizam sempay snappy2 lagi kat luar rumah aku. And time aku solat tu boleh dengar sayup2 lagu hindi berkumandang. Sah, mesti dia pasang channel Zee. Menyempat lagi tau mamat sorang ni! Oh, sebenarnya weols nak tengok wayang and dinner afterwards. Di belanja sepenuhnya oleh En. Alizam :)

 Mr Alizam

Bergerak sekitar 615pm dari rumah aku, tak sangka pulak traffic congested dengan teruknya. Dah la beli tiket show jam 645pm, takut lambat. Stress si Suzie drive all the way. Aku dah bebel bebel dalam kereta, takut tak sempat beli jajan. And yes..memang tak sempat pun sebab by the time sampai Suria Sabah dah almost 655pm so terus menuju panggung.

We watched this. Overall ok la. Cuma aku tak tengok yang first movie tu so agak lost sikit. However, not really my cup of tea.

Usai menonton, Suzie pulak nak singgah kat Filipino market. Ada 'sesuatu yang istimewa' dia nak beli. Apakah itu? Sorry, tuan punya badan tak izinkan kami reveal bendanya. 'Ini rahsia kita bertiga' kata Cik Suzie. Baiklah, kami menurut perintah. #pegangamanah. Tapi sebelum itu, kami ke Promenade Hotel dulu untuk menyampaikan sebekas jeruk bambangan untuk Viruspadu a.k.a Jemah. Berdebar juga aku sebab pertama kali jumpa blogger femes. So aku text dia, bagitau aku dah sampai lobby. Tak lama tu dia pun turun dengan En Badang (husband dia la), Nisa & Anoi (anak2 dia). Terkagum kagum juga aku bila jumpa VP ni face to face. Pertama, sebab dia cantik sangat! Muka flawless gitu. And dia tinggi. And suara dia sangat lembut. And dia adalah kurus okeh! Memang kalau tengok gambar di blog nampak macam tembam, padahal nan ado. Gambar tu tipu belaka. Kurus je aku tengok. Cerita lebih kurang, sebab Alizam & Suzie tengah pusing2 cari parking. Paling menyedihkan, satu gambar dengan VP pun takde sebab bateri hp aku dua2 dah kong. Menunggu si Alizam tolong ambik, tak masuk2 pula ke dalam hotel jadi aku lupakan je hasrat nal bergambar :'(. Ada jugak VP ajak ngeteh di cafe Promenade but I is segan sangat jadi aku tolak dengan baik..hehe.

Lepas tu kami menuju ke Medan Selera Putatan. Lama jugak plan nak makan char kuay teow di sini (aku la pakat promote tempat ni kat Alizam..hehe) akhirnya dapat juga last Saturday. Eh, actually dah makan sekali dengan mama on Thursday night. Memang sedaaaaaap! 

Me & Suzie

Char Kuay Teow Besar Special. Lapan hengget noks...tapi berbali baloi!

Nak tahu cerita? Rupanya on Saturday tu adalah birthday si Alizam! Selama ni aku mati mati ingatkan yang birthday dia on December sebab dia yang bagi tau. Kong ajo punya Alizam..tipah tertipu you! By the way, gambar gambar bermula dari muka Alizam tu aku cilok dari blog dia. Baca sini perihal dia men'trick' aku and Suzie on his birthday.

Sunday me & my sisters ke kampung semula. Asalnya nak ambik mama tapi si mama extend tidur di kampung sampai esok (Tuesday). Memandangkan Isnin tak cuti kami terpaksa balik petang tu jugak. Oh, sedihnya tak dapat tidur di kampung..tsk!

On the way balik rumah tu asyik teringat spaghetti. Terus singgah beli bahan bahan and projek spaghetti for dinner semalam.

Tadaaaaa....my creamy spaghetti. Resepi nanti aku upload di blog masak memasak.

Ada peristiwa sentap menyentap semalam tapi takde mood aku nak cerita pasal apa. Nanti la kalau aku rasa nak meluahkan. Buat masa ni, biarkan dulu. Biarkan aku membawa hati yang lara. Kemain bahasa aku kan. Bak kata Alizam, muka balada tapi hati dangdut. Isk, macam tak kena je kan. Lantaklah, sukati aku tulis apa pun. Ada ku kisah? 

Takat ni je dulu ye..ewah kemain lagi 'takat ini' padahal berjela dah aku meraban dalam entry kali ni. Nasib la siapa yang baca. Kah kah kah kah kah.....