Wednesday, November 12, 2014

BDC - Day 13 (5 Blog Kegemaran)

Aku pilih blog kegemaran macam aku pilih buku yang aku suka nak baca.
Well, it's just about the same cuma mediumnya berbeza.
Buku - hard copy. Physical.
Blog - soft copy. Virtual.
Gittew. Macam bahasa ilmuwan pulak dah perkataan yang aku pakai ni.
Padahal in reality bahasa aku entah ke mana mana.
Padanlah dapat skor 4 saja dalam SPM dulu. Hew3x.

Baeklah sedara sedari...
Dalam banyak2 blog yang aku dah baca, memang ada beberapa yang aku suka.
More than 5, obviously tapi ada jugak blog2 yang aku selalu baca tu dah tak berupdate.
And some, bila kita jengah tetiba dah private.
Aisehmen...potong stim betul! Tapi apo nak buek, redhaaa je lah. Dah blog dia, sukati dia le, ye dok?

Okay, jom tengok blog siapakah yang menjadi pilihan aku..jeng jeng jeng!

1. Peej Burhan (peejburhan.blogspot.com)

Aku mula terjebak dalam dunia blogging ni setelah accidentally terbaca blog Peej. That was like 5 tahun sudah kalau tak silap aku. Aku suka cara penulisan dia yang sangat sempoi dan mudah difahami. Mostly dia cerita pasal family, husband, kawan2 and also bisnes online dia la. And even dia bisnes online, takdenye dia memaksa orang beli or promote lebih2 like some online seller yang over sangat tu.


2. Diana Ishak (dianaishak.com)

Antara blog terawal yang aku follow selepas blog Peej. Peminat setia Leslie Cheung. memandangkan dia tua setahun aje dari aku, jadi kalau dia tulis pasal memori kecik2 dulu rasa macam relevan and lebih kurang aje citer kami. Paling suka baca cerita pasal dia punya pengalaman ada boyfriend psiko. And also, cerita pengalaman dia menunaikan umrah. Fuh...berkali kali aku baca, tak bosan ok! Makin membara cita2 aku nak menunaikan Haji & Umrah (mudah mudahan termakbul...aaamin)


3. Alizam Jonie (2ampeada.blogspot.com)

 Dari blog si Alizam ni aku banyak belajar cara mengembangkan cerita dalam blog aku. Selalu aku intai2 untuk cari ilham cara penulisan dan idea nak bagi entry aku interesting. Boleh dikatakan mentor aku jugak dia nih..merangkap rakan sepersubahatan kalau nak tengok movie..hew3x. Kiranya blog dia menjadi sumber ilmiah jugak bagi aku yang selalu mengadu kena writers block (lah sangat padahal malas khenn). Eh tak boleh cakap lelebih nanti dia tuntut tuisyen fee pulak!


4. Chics (notsoinred.wordpress.com)


.
 Another blog yang menjadi bahan bacaan harian aku. Aku dan dia sama2 sedang mengalami on going battle with anxiety disorder so aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Ok maybe not wholly la tapi sedikit sebanyak aku tau apa yang dia rasa dan alami. Tapi despite all that she manages to put some vibrant color in her stories. And I respect her for that. I know how hard it is cause I've been there. Cuma ujian aku tak sekuat apa yang dia alami sekarang (if you read her blog, you'll know what I mean). Ganbatte, Chics!


5. Aunty Nanie (nan-salleh.blogspot.com)

Aunty Nanie ni actually mak kepada Peej. Suka sangat baca blog dia sebab very straight forward and bila kita baca terasa yang Aunty memang sangat2 penyayang. Motherly gittew! FYI Aunty Nanie tak boleh mendengar sejak sakit saraf a couple of years ago. Walaupun tak sihat, semangat dia kuat. Bila baca blog dia especially part2 tazkirah and nasihat aku rasa terkesan and dapat menguatkan hati aku yang kadang2 fragile tak tentu pasal ni. Paling suka part Episode, Aunty ceritakan balik sejarah hidup dia dari lahir sampai beranak pinak..cuma tersangkut kat part 81 dah takde sambungan. Kecewa disitu..harap aunty sambung lagi ye. Macam drama swasta dah cerita Episode aunty nanie tapi serius menarik!


Blog2 pilihan aku diatas memang wajib aku buka setiap hari walapun kadang tu kecewa takde update tapi tetap jengok jugak. Dah jadi habit, hehehe...

Alright, another challenge awaits tomorrow. Till then, bai bai!

No comments:

Post a Comment