Thursday, February 26, 2015

Thank You

Sori. Aku masih belum ada mood nak mengupdate pasal CNY.
Somehow aku rasa macam malas pulak nak menulis (read: menaip).
Kalau malas sampai tahun depan, aci tak?
Haih, kalau dah dasar pemalas memang macam ni. Tak dapek nak di tolong.
Kumpul sawang sampai ke sudah.

Anywaysss....
To whom it may concern.
Aku cuma nak cakap terima kasih sebab pernah jadi sahabat aku.
Tempoh kita kenal tak lama tapi aku appreciate everything.
Sorry kalau aku selama ni menyakitkan hati or menyusahkan kau.
And walaupun kau dah 'buang' aku (aku tak tau kenapa) tapi bagi aku it's okay.
No hard feeling. Sebab for me kau tak pernah menyakitkan hati aku.
Malahan banyak menolong aku. That, I will never forget.

Dah lama aku pendam benda ni. And sebenarnya dah lama aku lupakan.
Cuma aku rasa I need some closure.
No, ini bukan pasal cintan cintun ye, harap maklum.
Cuma pasal persahabatan.
Aku sedih sebab 'hilang' sorang kawan yang bagi aku amat baik.
Walaupun tak lama kami berkawan tapi aku sayang persahabatan antara kami.
Infact, aku sayang semua orang yang aku anggap kawan.
Tapi ye lah...mungkin silap aku dimana mana, aku tak tau.
Tiada explanation atau sebab musabab yang diberi.
Aku pun tak nak bertanya. Takut kalau keadaan menjadi lebih buruk dari sebelumnya.
Jadi aku biarkan saja.

Bukan aku tak berusaha menjernihkan keadaan.
Cuma usaha aku tak berhasil kot. Tu yang jadi macam ni.
Tapi takpe. Aku yakin semuanya dah diatur.
Jadi aku redha and ikut perancangan dari-Nya.
Mungkin ini yang terbaik. Mungkin juga ada hikmah disebaliknya.

Oklah itu je nak cakap.
Aku kena stop sekarang..otherwise tambah banyak aku melalut.

Laters, pipols!

Sunday, February 22, 2015

Happy Lunar 2015

Gong Xi Fa Cai...
Xing Nian Kuai Le..
Wan Shi Ru Yi..

Gue masih berada di kampung.
Tapi nak balik dah petang nanti.
Nanti2 aku hapdet dengan gambar CNY ye...
Sekarang ai letih nak mampus...

Laters, earthlings...

Thursday, February 12, 2015

Food! Glorious Food!

Kali ni Kak Ton nak tayang gegambor mealbox pulak.
Wah..'mealbox' katanya, kelas tak Kak Ton? Hehhee...


Ok lah..sebenarnya aku saja nak share menu breakfast/lunch/snack/dinner aku.
Random aje lah..sebab some tu aku tak ingat pun bila.
And aku tak la rajin sangat nak amek gambar makanan hari2 *macam tipu je*
Bila teringat atau ada mood, itu yang aku snap snap sikit.




Today's mealbox. Nasi goreng (breakfast), Brown Rice and Ayam Sambal (Lunch), Avocado with Milk and Oat Krunch for snack.


Yesterday's. Bihun Goreng banyak sayur (breakfast), Brown Rice + Fish + Bendi Rebus (lunch). Oat Krunch + Apple & Orange for snack
 
Last Monday's. Egg & Cheese Sandwich for breakfast, Ikan Rebus Asam with terung & brown rice for lunch, Apple and banana for snack.
 
 Ok, yang ini bukan tapau dari rumah..tapi order dari cafe kat bawah. Hor Fun no bilis. Boleh tahan la rasa dia, tak masin. 

 Ini dinner kat rumah, rasanya last Saturday kot. Telur lemak 'tipu' cili padi (aku ambik putih aje), sayur pahit and brown rice. Aku panggil masak lemak tipu sebab time masak tu aku tak bubuh santan, but ganti dengan low fat milk. Sodap hoih!

 This was....last last week? I can't remember. Petola tumis, brown rice and ikan sambal for lunch. Bananas for snack.

 Again, maybe last last week kot. Ikan rebus asam and brown rice for lunch.

 Yang ni..probably about 3 weeks ago. Aku buat bening labu aje makan dengan brown rice for lunch. Sihat tak makanan ai? Hehehe...

Yang ini kompom dah sebulan lepas punya gambar. Pecal (timun & kacang panjang) and 2 ketul ayam for dinner. 


Perasan tak gambar di atas tu lebih meriah dari yang kat bawah2 ni?
Haa...meriah tu sebab aku rajin buat breakfast la.
Kalau malas melanda, memang landing balik after solat Subuh.
Makanya sempat bawak lunch aje. Breakfast tapau kat kedai.
If ada buah buahan kat rumah aku rembat le sebijik dua.
Begitu kaedahnya...

Tu je nak share. 

Babai.

*Lambai ratu*

Tuesday, February 10, 2015

Misteri Lebam

Semenjak sebulan lalu aku perasan peha aku (kiri dan kanan) selalu lebam2.
Macam kena cubit tu. Tapi takde pulak rasa sakit ke apa.
Cuma lebam manja je. Kadang kadang dua belah peha sekaligus ada kesan.
Ada sekali tu sebelah peha sampai ada 3 lebam.
At one time tu kat belakang peha pulak lebamnya besar...dalam 4cm in diameter.

Orang tua tua cakap kalau ada lebam maknanya digigit hantu.
Ada jugak aku baca kononnya kalau lebam2 kat peha, tandanya di rogol jin.
Huih...penasaran guwe. But kalau dirogol jin, lebamnya kat bahagian dalam peha. In my case dia kat luar2 tu je.






http://pusatfakta.com/wp-content/uploads/2014/04/memar.jpg
 Macam ni lebih kurang lebam kat belakang peha aku (kredit to Google)

Ada jugak aku terbaca kesan lebam ni berpunca daripada gangguan aliran darah.
Ini pun kemungkinan besar kot, sebab aku kan ada darah tinggi. Jadi tak mustahil jugak.
Bila aku gugel pulak, almost 90% jawapannya berkaitan dengan gangguan jin.
Takut hoih...kalau jin dah berkenan memang susah nak lepaskan diri.
Harap2 aku tak jadi mangsa.

Ops..hampir terlupa pulak nak cerita kejadian Sabtu lepas.
Petang lepas solat Asar, as usual aku masuk dapur nak prepare dinner.
Tak semena mena peha kiri aku rasa panas.
Aku ignore je sebab bukanlah panas sampai tak boleh tahan but panas lah jugak.
Dari start aku masak sampai siap kemas dapur, rasa panas tu tak hilang.
Only subsided after solat Isyak. Tak pulak aku rasa or fikir apa apa. 
Sekali esoknya timbul lebam sebesar duit 50 sen kat peha kiri, exactly where I felt the heat the day before. Cuma yang pelik kesan lebam tu dah macam nak sembuh...macam dah dua tiga hari ada kat situ. But I can assure you it was not there before!
Aku admit, kadang aku lupa baca doa tidur and ayat2 pelindung.
Lepas ni kena amalkanlah, supaya terhindar dari gangguan.

Haih...malas aku nak pikir benda2 ni. 
Berdoa and tawakal je, sambil mohon perlindungan dari Allah SWT.

Nah..ini aku share doa sebelum tidur:-

DOA SEBELUM TIDUR

 Untuk amalan sebelum tidur. uols boleh click di SINI. Aku dah try copy paste tadi tak dapat...ngehehehe...

Semoga bermanfaat, Insya Allah...

P/S Tetiba macam entry Ostajah Pilihan pulak kan...hahah..takpelah, sharing is caring katanya. Soooo please feel free to share *winks*

Wednesday, February 4, 2015

Dietkah Aku?

Kalau bukan kerana high blood, kosser aku nak berdiet bagai!
Tapi kan..atas kesedaran diri sendiri, maka aku pun memaksa diri untuk berdiet.
Ok bukanlah diet sampai mengira kalori semua, cuma kurangkan makan.
And exercise. Seriously. Tak caya sudah. Namamu dolah tetekmu sebelah (apa kena mengena pun aku tak tau..belasah je lah!)

Sebetulnya tabiat makan aku memang horrendous.
Heavy breakfast, heavy lunch, heavy dinner and supper lagi.
Tetiap malam dalam jam 10 gitu mesti perut bunyi2 kelaparan.
Boleh dikatakan almost everyday aku mesti supper sebelum tidur.

Kalau makan nasi, jarang tak bertambah. Lebih2 lagi kalau lauk pedas...hoih..dari 2 pinggan boleh jadi 3 pinggan nasi aku balun.
Makanan yang berlemak lemak lagilah aku suka.
Tetel, lemak, paru, limpa, perut...semua tu feveret aku.
Manalah badan tak gemuk gedempol.

Bila dah start makan ubat darah tinggi, aku agak insaf disitu.
Aku cuba tahan diri dari ikut nafsu.
Breakfast masih macam biasa, mi/mihun/kuay teow/nasi goreng (ini aku kena slowly ubah soon).

The first few days aku kurangkan portion nasi.
Cuma 2 sudu makan every meal.
Lauk cuma 2 potong ayam tanpa kulit or ikan and banyak sayur.
I tell you it's not easy ya...seksaaaaa yang amat!
Tapi aku kuatkan hati tahan je lapar tu.
Kalau lapar malam aku cepat2 teguk air atau makan buah buahan.

Masuk minggu kedua, alhamdulillah slowly aku dapat adapt.
And nasi putih aku ganti ke nasi tanpa kanji atau roti.
Portion masih sama, 2 sudu makan setiap lunch and dinner.
Kadang2 dinner aku tak makan nasi, cuma ambik lauk and sayur saja.
So far so good, memang boleh nampak sedikit perubahan.
Sebelum aku start diet, my weight was 97kg. Sangat overweight bagi a 5ft person like me.
3 weeks ago, it was 93kg. Dah kurang 4kg
2 weeks ago kat gym, 86kg.
Nak kata happy...memang happy jugak sebab dah nampak hasilnya kan.
But to say I'm overjoyed of it...tak kot. Sebab masih jauh lagi perjalanan aku.
Cuma bila nampak skala tu menurun, memang tambah determined to continue.

Aku tak target nak jadi kurus bak model.
Aku cuma nak turunkan berat badan atas sebab kesihatan.
Maklumlah umur pun makin meningkat.
Risiko terkena macam macam penyakit bila umur dah bertambah ni agak tinggi.
That's why aku berazam menurunkan berat badan aku.

Semoga dipermudahkan...Insya Allah :)




Tuesday, February 3, 2015

Kau Nak Sangat Hapdet? Nah, Ambek!

Weols baru balik dari kampung ni.
Balik sekejap nak bincang pasal sambutan Chinese New Year.
Aktiviti, makanan, minuman, tugasan...semua tu kena discuss sambil kira belanjawan.
Bagi yang tak tau, aku adalah quarter chinese from my mom's side.
Eh..ntah ada ke takde istilah quarter chinese tu, aku belasah je lah..hahahah!
So yeah, weols sekeluarga meramaikan sambutan CNY di kampung.
Aku macam biasalah memang 'muka dapur' punya worang. Tetap main senduk dan kuali tiap2 tahun.
Tahun ni agak tricky sikit sebab CNY jatuh pada hari yang sama dengan hari puasa bagi mereka yang beragama Kristian. So my aunties uncles and family yg Kristian tak boleh makan benda berdarah.
Menu dah ada cuma belum finalize. Akan di putuskan pada 14 Feb nanti on final meeting.
Waaah..macamkan nak buat sambutan besar besaran kena meeting bagai kan.
Tapi itulah, family besar katakan...kalau buat plan awal lagi teratur.


 Gambar selingan tuan belog mesti ada. Walaupun random dan tak masuk tajuk langsung.

Anywayssss.....
Last Wednesday patutnya jumpa dengan geng Bali tapi last2 kensel.
Semua tak dapat datang. Postpone ke Saturday petang.
Tapi Saturday petang aku dah gerak balik kampung kan...so aku tak join.
Apa2 result discussion weols berwhatsapp je.
Tiket dah dapat, Alhamdulillah..
Hotel pun dah confirm. Dapat balik hotel yang kami pilih awal2 tu.
Bersyukur sangat aku semua urusan nampaknya dah almost settle.
Tinggal lagi nak buat full payment bulan depan.
And nak buat passport.
Iyeeeeee...aku belum buat passport lagiiiiiiiii.
Hopefully dalam masa terdekat ni aku dapat curi masa sekejap melawat UTC tu.


Hari hari I pangkah kalendar....hehehehe

64 more days to go...