Tuesday, November 11, 2014

BDC - Day 12 (5 Wish List Anda)

Pening jugak kepala Kak Ton memikirkan senarai wish list untuk entry kali ini.
Nak pilih mana yang jadi priority bukannya senang dik non, lelebih lagi bagi orang yang kuat berangan macam aku ni dah tentu senarai wish list berjela jela kan...
Jadi tadi sambil2 menguar sambal untuk nasi lemak bekalan breakfast esok hari, aku pun mula memilih 5 wish list terbaik dalam senarai aku.

Pertama sekali, aku nak beli kereta. Aku target dalam enam bulan lagi sekiranya ada rezeki. Bukan apa, at least senang aku nak bergerak kemana mana dengan mommy. Kereta yang ada selalu tak free so eloklah aku cuba berkereta sendiri, tak gitu?

Kedua dalam wish list aku is nak long distance road trip samada ke Sandakan atau Tawau. Tak tau kenapa tapi macam best je. Pertama kali aku merasa ber'road trip' was back in 1996, from Kajang to Kota Bharu. One whole day dalam kereta..memang penat tapi kepuasan bila sampai ke destinasi dengan selamat tu tak ternilai rasanya.

Ketiga, aku nak bervacation dengan kawan2. Tak kisah dalam or luar negara sebab tak pernah aku holiday dengan kengkawan. Selalunya mesti dengan family so nak jugak merasa.

Keempat, aku teringin nak mendaki gunung Kinabalu sekali lagi. Sangat teringin sebenarnya...dan aku harap ada rezeki nak menawan puncaknya dalam setahun dua lagi, insya Allah..

Yang kelima ini adalah wishlist yang amat aku harapkan termakbul dalam masa terdekat. Aku nak sangat menunaikan umrah dan haji dengan mak & family aku. Aku harap sangat rezeki kami murah dan Allah berkenan menjemput kami jadi tetamu-Nya...aamin ya rabb.

Hokay..dah selesai cabaran hari ke 12.
Nantikan entry esok hari pulak ye...

No comments:

Post a Comment