Thursday, November 13, 2014

BDC - Day 14 (Cerita Kasut Anda)

Masa zaman muda remaja dulu, aku ni penggemar high heels.
I can walk, jump, dance and even run in high heels. Seriously!

Aku cukup tak gemar sandals atau flats. Tak stylo bagi aku.
Yelah, aku kan kurang ketinggian, so kalau pakai heels tinggilah sikit..hehe
And lagi tinggi heelsnya lagi aku suka. 5 or 6 inches heels is not a problem for me.
I strut in them like nobody's business.

Tapi sejak menjadi penternak lemak yang berjaya, tak larat aku nak berjalan dengan kasut tinggi.

Maklumlah, badan berat kata ko...harus kaki terseksa kalau pakai high heels.
Well, bukan tak pakai langsung. Sekali sekala okay kot bergantung pada keadaan.
Cuma buat masa sekarang aku lebih selesa pakai sandals, slipper atau flat shoes.
Yeah, I know...dulu aku tak suka, sekarang suka banget! Hehehe...

Dalam memilih kasut, aku tak pentingkan jenama.
Perkara pertama yang aku tengok is kualiti.
Mind you, ada kasut yang mahal nak arwah tapi kualiti ke laut.
And if kau pandai cari, boleh je dapat harga murah and kualiti bagus.
Same goes to other things as well..kena pandai cari and judge sendiri benda yang kau nak beli.

Barang yang branded & mahal ni memang rata2 kualitinya bagus, itu aku tak nafikan.
Cuma kita sebagai pembeli kenalah bijak buat pilihan yang sesuai dengan kemampuan.
Pandai2 atur tahap ketebalan poket masing2 ye..jangan jadi penyesalan belakang hari.
*pesanan khidmat masyarakat*

Eh..tetiba aku rasa macam menulis untuk forum pengguna pulak.
Sebelum aku melalut lebih banyak, mari intai kasut aku:-


Inilah dia kasut kesayangan aku. Selesa gila! Cer teka berapa harganya?


 Amacam, chantek tak kasut getah I? 

Yeah...kasut getah berjenama BOWLING menjadi pilihan aku. Baru beli last week kat tamu. Sebenarnya aku nak beli kasut design lain (lebih kurang macam ni jugak tapi bukan getah) tapi stok takde..yang ini pun tinggal sepasang je ngam2 size aku pulak. Hangkut la jugak. Harganya? Cuma sepuluh keping duit seringgit. El cheapo, right? Memang berbaloi bagi aku sebab aku pakai on daily basis. Lagipun aku banyak berjalan, maklumlah naik turun bas. Kalau pakai kasut mahal nanti sakit pulak hati kite bila tapaknya dah haus. Makanya kasut mahal ittew kita pakai on special occassions aje ye..hehehe! And oh, definasi mahal bagi aku adalah kasut yang berharga RM40 - RM100. Kalau lebih RM100, itu adalah super mahal.

Tamat cabaran hari ke 14.
Untuk cabaran esok, kena karang mengarang pulak.
I berundur dulu ye, nak menurun sat...*fuh kiri, fuh kanan*

No comments:

Post a Comment