Thursday, August 7, 2014

Memori Datang Bertandang

Hitung hitung...dah 19 tahun aku tinggalkan alam sekolah menengah.
24 tahun kalau alam sekolah rendah.
Waaa...terasa ketuaan disitu!
Takpe..proses hidup..yang muda pasti akan jadi tua sooner or later, ye dok? *sedapkan hati*

Di FB aku, ada sorang kawan sekolah rendah yang sangat rajin contact kawan2 lama.
Nama dia Muharsafa Kirana Bacho. Unik kan? Aku rasa seunik tuan punya nama.
Aku kenal dia tak lama..sebab aku sekolah kat SK Tg Aru pun setahun saja.
Kami sekelas, darjah 6 Biru...duduk satu kumpulan.

Dalam entri ni aku mengimbas sikit2 kenangan zaman sekolah di SKTA tahun 1990.
Tapi tidak detail ye, sebab dah tua2 ni memori mokcik sangat ke laut.
Aku cerita mana yang ingat aje.

Seingat aku, masa tu aku rapat dengan 3 orang sahaja.
Muharsafa, Anita Handayani dan Sharty Neza.
Yang lain tu aku berkawan macam biasa.
Masa ni, hormon pra remaja terlebih sikit.
So aku jadi selective dengan siapa aku nak berkawan rapat.
And those three are the chosen ones..hehe!
Lain2 classmate tahun 6 biru yang aku ingat:-
Marziani (jual nasi lemak tersedap pernah aku rasa at that time)
Fauziah Said
Nurul Huda
Khairie - bf Nurul Huda time darjah 6
Al Munir
Iztazz Hardian
Yusri
Duraina
Jenna
Dg Siti Sabrinawati
Sarah Shadat
Imhar Fathullah
Syed Fauzi
Wan Ledyawati
Shahzam Halik (pakcik aku. His dad and my grandad adik beradik)

Muharsafa ni sangat bijak dan petah bercakap.
Debat, pantun, pidato, ko bagi je kat dia. Semua dia sapu.
Aku kagum gila (read: jealous) dengan bakat dia.
Dari segi study pun tak kurang hebat.
Dengan dia, aku selalu bersaing bahasa inggeris.
Tak ingat pula siapa selalu menang..haha!
Ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa dengan si Muharsafa ni.
One day tu kami bertengkar teruk..tak ingat sebab apa.
Sampai bertampar tampar jugak.
But in the end, sebelum habis waktu sekolah that day kami bermaafan.
Esoknya back to normal.

Anita Handayani, aku sangat senang berkawan dengan dia.
Sebab dia ni sweet sangat. Kalau ko marah pun dia senyum je.
Lemah lembut, soft spoken, baik hati and always ready to help you.
Pernah sekali aku memonteng puasa, dia siap temankan aku minum susu kat tangki air sekolah.
Tapi dia tak minum la. Siap toleh belakang lagi time aku sedap meneguk susu..hehe

Sharty Neza Awang Shahrin, sama macam Anita juga.
Very sweet. Paling suka ketawa and senyum memanjang.
Tapi kalau marah dia suka bagi jelingan padu maut!
Aku selalu pegi rumah dia. Mak dia masa tu warden Asrama SMK Toh Puan Hajjah Rahmah.
Bapak dia keja kat Muis. Mak bapak dia pun baik sangat.
Ada sekali tu aku kat rumah dia, si Sharty ni bagi tunjuk walkie talkie bapak dia.
Kerus kami kejakunan, pegi main walkie talkie tu.
Sekali ada orang jawab on the other end...kelam kabut switch off and terus berlari keluar.
Tapi, instead of takut kena marah, boleh pulak weols gelak2...haha!


Baru2 ni dah di wujudkan pula page untuk schoolmates SK Tg Aru batch UPSR tahun 1990.
As usual, admin page ini adalah si Muharsafa (click here to go to his FB page)
Almost semua alumni SKTA batch UPSR 1990 yang di add masih aku ingat.
Tapi ramai juga yang aku tak ingat or kenal langsung.
Ada yang ingat nama, tak ingat rupa. Ada yang kenal rupa tapi nama langsung aku blur.
Ada yang dari kelas lain aku still ingat sebab jumpa balik kat sekolah menengah.

Bila baca balik post2 dalam group tu, memang terflash back jugak memori zaman sekolah.
Unlike the rest of them, aku di SKTA cuma setahun.
So kenangan aku dengan diorang tak banyak mana.
Tapi for me setahun di SKTA tu pun dah cukup best.

Posted by Muharsafa


Ya ampun...ko tengok tu komen si Muharsafa. Dia bilang aku paling act! Hahaha! Rasanya betul la sebab like I said before, masa ni aku sangat memilih kawan. Nak nak lagi aku baru masuk ke SKTA that year and agaknya hormon pra remaja terlebih merembes jadi ke-eksen-an aku ada up sikit. Minta maaf lah ye kengkawan sekalian. Tapi kannn...tak boleh tahan laa ayat 'paling santik' itu. Dulu ye la kot comel tapi sekarang terlebih muatan uiiii..*mengalir air mata mengenang nasib*
Zaman ni jugak popular kan tulis2 kat diary?
I mean, kau ada diary lepas tu pass kat kawan2 suruh tulis biodata and ucapan..ingat tak?
Bagi yang ado ado tu, kemain lagi diary diorang bermacam rupa and bentuk.
Bagi yang tak berapa nak ada pakai buku latihan harga 50sen beli di koperasi pun boleh.
Seriously aku tak ingat aku ada ke tak diary ni.
Rasanya ada kot..tapi dah pindah randah ke sana sini, habis hilang semuanya entah ke mana.

Ada pulak si Muharsafa post dalam group contents diary dia.
Salutelah sebab masih terjaga rapi.
Katanya: 'ini budaya keluarga kami.guna barang dengan elok,simpan secara cermat serta pakai dengan berhemah.piring gelas Duralex hantaran kahwin beliau tahun 70-an masih kami guna bikin makan dan kenduri.belum pernah beli Giacomo ka atau yang melamine'

Nah... ko mampu???

Belek belek gambar yang di post, terjumpa yang ini:-







Hamaigaaaaad!!! Boleh tak kalau aku nak pengsan sekarang?? Buruk gila tulisan aku! Lepas tu ntah apa2 yang aku merepek kat situ. Siap 'Full Motto', 'Verry thanks', 'UPSR' bagai...what was I thinking? Lepas tu siap nak challenge orang lagi. Gilo apa aku ni? And that 'JeJemen'...apakebende tu? Bagi phone number sampai dua tapi siap note kat number yang satu dah rosak..dah tu kenapa bagi? Ya ampun...sewel agaknya aku. Paling tak boleh blah, eja nickname as LIYYN! Kira gempak abis la kot nama Linda kasi nick LIYYN. Oh, lahir pun sukati je tulis mana mana aje..as if kena kasi beranak di tepi jalan. Ish ish...beginilah pemikiran budak berumur 11 1/2 tahun dengan sel sel otak yang belum berhubung sepenuhnya. Tsk!
Antara memori lain yang aku ingat masa di SKTA:-

-Aku jadi penolong ketua kelas. Ketua Kelas Azwan Januin.
-Sukan tahunan, ikut 100m, 4x100 & 4x400. Antara tiga ni memang ada yg menang tapi x ingat mana satu..rasanya 4x100 gangsa kot
-Bertumbuk dengan satu budak lelaki (x ingat siapa atau darjah berapa) dekat kawasan kolam belakang perpustakaan sebab dia ejek aku Pakistan jual kain.
-Apek jual halus manis/candy floss and sagun. Memang legend dia ni sebab everyday parking pasikal dekat pagar. Sagun dia memang terbaik la. X silap harga cuma 10 atau 20 sen satu.
-Di challenge oleh budak lelaki (again, aku x ingat siapa or kelas apa) untuk makan soto fishcake semangkuk 50 sen, bubuh lada banyak2. Walaupun hampir menangis tapi tetap mengaku x pedas padahal muka merah air mata tunggu masa mau tumpah. Tapi nama mau mengalah tidak sekali kali. Akhirnya memang menang juga tapi x ingat apa kesudahannya. Hampeh!

Setakat ni itu saja memori yang aku ingat.
Kalau ada ingatan yang berbalik dalam otak ni nanti aku update lagi.

Hari Ahad ni, ada gathering alumni di Fook Yuen.
Kalau tiada halangan, Insya Allah aku join.
Rasa hati tu memang berkobar kobar nak jumpa kawan kawan lama.
Nervous pun ada jugak. Maklumlah, dah 24 tahun tu tak bertemu muka.
Ada juga yang pernah berselisih or duduk bersebelahan meja tapi tak pulak bertegur sapa.
Masing masing berat mulut nak start..akhirnya macam tu je lah. Hehe!

Anyways, harap semuanya berjalan lancar. Lagi ramai, lagi best.
See you guys this Sunday, Insya Allah!

3 comments:

  1. Replies
    1. Bila aku tengok balik...rasanya yang berdakwat biru tu bukan tulisan aku. Tak silap itu tulisan balas tuan punya diary...

      Delete
  2. Yea ke... harus hantar ke x-files tuk buat analisan tulisan tangan

    ReplyDelete