Friday, September 5, 2014

Air oh Air!

Hari Rabu lalu, hampir semua kawasan di Kota Kinabalu mengalami gangguan air.
Mula dari jam 8 pagi and dijangka fully restored by 1130pm.
Bukan sebab masalah rosak ke apa, tapi bekalan di tutup untuk kerja kerja penyelenggaraan.
Notis dah pun di edarkan awal minta penduduk kawasan terlibat supaya simpan air untuk bekalan.

Aku dapat notis ni melalui whatsapp yang cousin aku bagi. Tapi aku tak baca pun.
Entah kenapa aku fikir notis tu untuk penduduk Selangor.
Yelah..kebetulan masa tu kan kecoh kat Selangor ada catuan air.
So dalam kepala aku terus terarah ke sana.
Bila fikir balik, terasa diri ini amat bangang sekali.
Boleh aku ingat macam tu walhal apa kena mengena Jabatan Air Negeri SABAH bagi notis untuk negeri selangor pulak kan?
Oh bangangnya! *hantuk kepala di dinding*

Anyways...
Bila dah ignorant, maka takdelah menyambut air kat rumah.
By the time we left for work ada lagi air.
But mommy aku cakap dalam jam 9 or 10am mcm tu air dah mula kecik.
Kelam kabut dia sambut kat besen and baldi tapi tak dapat banyak.
By later in  the afternoon dah almost habis diorang pakai.
When I reached home that day tinggal sebesen aje lagi air yang ada.
Sebesen kecik okay, bukan besen besar.
Nak mandi memang takde harapanlah...

Aku suggest kat mommy, pegi rumah nenek aku kat Indah Permai.
Tapi tak jadi sebab kat sana pun takde air.
So fikir punya fikir...weols sepakat check-in kat hotel.
Budget hotel aje pun..janji ada air.

We choose to stay here. Ambik family room, RM98.00 per nite, 1 queen bed & 1 single bed + 1 extra mattress RM15.00.

Lebih kurang macam ini le rupa bentuk family room yang weols ambik malam tu.
Budget hotel kaedahnya so what do you expect kan.
But bolehlah daripada seksa menahan nak membuang number 1 & number 2 and daripada berlengas satu badan. Lagi pun bukan aku yang bayar. Kita tumpang tidur aje...takyah la banyak bunyi. Kan?
Oh, malam tu sempat balik rumah kejap dalam jam 1030pm macam tu ambik barang yang tertinggal.
Adik aku bukak paip kat luar dah ada air tapi halus je keluarnya.


Mommy ada ura ura nak menyambung lagi satu malam sebab dia dengar masalah air berlanjutan selama 3 hari. Lagipun kereta adik aku di bawa untuk site visit and kunci rumah tertinggal dalam kereta tu.
Nak balik pun tak boleh sebab takde kunci, alang alang sambunglah kata si mommy.
Nasib baiklah aku teringat yang my other brother ada simpan kunci spare.
So aku cakap kat mommy tak perlu extend. Lagi pun aku dah check dengan Jabatan Air, kerja penyelenggaraan hanya sehari sahaja. Balik rumah confirm air dah ada.

So people...kalau dapat notis macam tu sila baca betul betul ye.
Jangan jadi macam aku yang ignorant ini.
Kalau tak pasti sila contact Jabatan yang dinyatakan.
Insya Allah takkan ada masalah.

Tetiba rajin pulak aku mengupdate sampai 3 entry hari ni ye...
Amazing sungguh!

2 comments:

  1. tak singgah bpbh bole mandi kat s.pool sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dicuci setahun sekali tu? Takpelah, mekaseh! Hewhewhew...

      Delete