Thursday, November 13, 2014

Bulan Depan Aje Lah...

Ikut perancangan awal, aku sepatutnya report duty kat tempat baru awal bulan ini selepas terima gaji terakhir kat BDT.
Aku plan nak berenti sehari selepas terima gaji, slow talk dengan boss explain keadaan sebenar.

Tapi bila aku reconfirmkan balik dengan CJ, katanya tunggu dulu. Nanti dia khabarkan tarikh sebenar. Aku iyakan ajelah.
Tup tup si CJ whatsapp mintak aku report duty on 10 nov. Hurm...maka aku pun atur langkah nak mengadap boss and give her the breaking news.
Lancar je aku cakap nak resign sebab dah ada offer baru. Si boss terkejut jugak..but when aki bagitau gaji yang di offer kat sana, takde suara dia.
Dah aku jangka..memang tak dapat dia nak counter offer pun. Cuma dia mintak aku stay sampai hujung bulan and cari orang yg boleh ganti aku. Fikir fikir, aku setuju dengan permintaan boss. Yelah..walaupun dia agak poyo tapi banyak jugak dia tolong aku.
This is the least I can do for her, so why not?
And thank God new boss is okay aku start awal bulan depan.

Anyways, part carik orang nak ganti aku buat kepala ni berpusing jugaklah. Nasib baik masih boleh berfikir. Serta merta aku cadangkan ex staff dulu..kita namakan dia Rosie lah ye. Bos pun okau..suruh aku contact si rosie. Mungkin Allah permudahkan urusan kami, si Rosie terima tawaran dengan senang hati. And tadi merupakan hari pertama Rozie start kerja balik kat BDT.

Elok jugak aku start bulan depan.
Start a new chapter in a new month.
Teruja pulak aku...sebab ot's gonna be a new reaponsibility shouldered upon me in a new place nanti. Hopefully aku dapat galas tanggungjawab dengan sempurna, Insya Allah...

Harap uols doakan aku ya..

No comments:

Post a Comment