Monday, November 24, 2014

BDC - Day 24 (Rumah Impian Anda)

Me & my family masih duduk menyewa di rumah teres setingkat.
Ada 3 bilik dan 2 tandas serta dapur yang sekangkang kera.
Jujur aku katakan dengan bilangan ahli keluarga yang makin bertambah, sometimes aku rasa crowded dalam rumah. Maklumlah size rumah sewa kami ni pun comel aje (read: kecil) tapi anggota lebih dari 10 orang.

Nak beli atau bina rumah, bukan perkara mudah. 
Besar atau kecil rumah itu bergantung pada kemampuan masing masing.
Tebal poket kau, boleh la memiliki rumah banglo dengan laman yang luas berekar ekar.
Poket nipis, cukuplah rumah kecil tapi comel dan lengkap segalanya.

Takpelah..sementara belum ada kemampuan 'memiliki' ni, kita berangan sekejap pun boleh kan?
Mari aku ceritakan macam manakah rupa bentuk rumah idaman aku.

Aku suka rumah yang simple, tak complicated atau sarat barat dengan perhiasan.
Puas aku google...akhirnya dapat jugak gambar yang hampir kena dengan apa yang aku impikan seperti di bawah:-


Macam ni lebih kurang. Design still nampak ada ciri ciri rumah kampung tapi moden and ada halaman yang luas. Kalau ada balcony lagi kat depan tu memang 100% menepati citarasa aku.

Ruang tamu pertama: untuk menerima kunjungan tetamu. Pokok2 tu tak lawa...kalau ganti dengan pokok lain ok kot ye? No TV in this area sebab memang khusus untuk sembang dengan tamu2 yang datang.

Ruang tamu kedua a.k.a Family Room. Tempat bersantai untuk aktiviti kekeluargaan.Ruang tertutup so suka hati la nak membongkang bak dugong terdampar di pasiran pantai pun takpe. Nyahkan pasu2/perhiasan/batu batuan itu..menyemak ajelah!

Dining area semestinya macam ini. Feeling exclusive sangat! Cuma cover kerusi tu tukar ke warna hitam/brown leather sebab putih ni leceh la cepat kotor. 

Owh this is my territory! Setting yang perfect bagi aku. Ada breakfast counter with hidden chairs jugak..so nice untuk breakfast/brunch yang santai. Boleh gak makan kat sini kalau malas ke dining area. Yang penting, ruamg dapur mesti luas untuk memudahkan pergerakan. Aku kan size gajah, so keluasan ruang sangat vital untuk aku.

Bathroom utama. Simple, tak payah fancy dengan  pelbagai perhiasan.

Bathroom kegunaan ramai. Takyah bath tub, cukup shower aje.

Master Bedroom. Berkenan sangat kecuali kelambu itu. Dalam banyak2 design aku pilih yang ini sebab very english style. Simple but elegant. 

Nah...itu dia ciri2 rumah idaman aku.
Luar nampak ala kampung,  masuk dalam dah fusion.
Tak nak sarat dengan perhiasan bagai...menyemak je aku rasa.
Maybe one or twu ornaments is acceptable tapi kalau dah setiap sudut kau nak letak bunga...pasu besar...gambar besar2 alam...etc..etc..eiiiiii boleh meroyan aku!
Anyways..ini cuma angan2 & impian aje. Tak taulah nanti kalau aku dah bertukar citarasa.
Tetiba nak rumah yang berbunga sana sini ala taman firdausi..
Perhiasan satu almari everywhere...who knows kan?
Harap2nya tak begitu lah ye...hehehe...

Agak2 tercapai tak impian aku nak dapat rumah macam ni?

2 comments:

  1. Shower tuh sesuai ke tuk kegunaan ramai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk tamu yg berkunjung le....ok kot x yah fancy sangat. Kalau mandi beramai2 mmg pecah jugak dinding kaca ittew...hew3x

      Delete