Tuesday, November 18, 2014

BDC - Day 18 (Siri TV Kegemaran)

Ohoiiiii...tajuk challenge macam nak suruh aku mengarang novel ke apa nih...
Tau tak yang kalau aku dah start kasi list pasal siri TV kegemaran memang boleh buat buku.
Itu baru tajuk ya, belum ulasan lagi. Sila bertabah membaca entry ini ya sedara sedari sekalian, sebab it's gonna be long winded and maybe merapu rapu at some parts.
Kalau diikutkan aku ni dari kecik lagi memang dah minat menengok TV.
Ingat lagi dulu TV hanya mula bersiaran dalam jam 12 tengah hari for RTM..and tak silap aku TV3 macam odd sikit siarannya. Some days early, some days lewat macam dalam 430pm agaknya kecuali weekends start jam 9 pagi. Ini memang aku ingat sangat..hehe.



Okay, bercakap pasal siri tv kegemaran...yang aku ingat the first tv serie yang aku tengok ialah Fantasy Island. Alah, yang ada orang kecik nama Tattoo tu...ingat tak? Trademark dia kalau ada orang sampai kat pulau, dia lari ke tower bunyikan loceng and jerit 'The plane! The plane!'. Another one yang jadi favourite aku is Mind Your Language. Who can forget Mr Brown and his quirky non-english speaking students? Melekat di hati sampai sekarang.


Dalam tahun 80an, dah banyak drama bersiri/sitkom yang disiarkan. Pilihan pertama ofkozlah yang berbahasa inggeris contohnya macam Dallas, Dynasty, Magnum PI, Sledge Hammer, Murder She Wrote, The Golden Girls, The Greatest American Hero, Knight Rider, The A Team,  Hawaii Five O, The Cosby Show, Doogie Howser MD, Growing Pains, Who's The Boss, Mac Gyver and so forth. Tapi at this time aku paling suka Mac Gyver and Knight Rider. Kagum aku dengan kepintaran Mac Gyver, sangat creative buat macam2 dengan alat paling minima. Paper clip pun boleh buat alat. Baru yang berbahasa inggeris ya..belum masuk yang drama kantonese lagi. Pun sama aku bantai tengok. Paling legend, drama The Bund (yang lagunya 'long paaannnnnn....long lauuuuuuu') and drama Turbulent Decade. banyak lagi yang aku tengok tapi tak tau tajuk.


Same goes with drama2 alih bahasa. My ultimate favourite is Oshin laa opkos. Baru baru ada tengok balik kat youtube..teruja gila! Sampai aku buat entry khas oshin kat sini dan sini. And ada lagi satu drama tak tau korang pernah engok ke tak. Tajuknya Isaura. Drama Latin alih bahasa pertama yang aku tengok.
Drama jepun alihbahasa lain yang aku ingat dalam tahun 80an are Rin Hanekoma, Miss Komet, Oyuki (tapi yang ni rasanya mix jepun & latin kalau tak silap) and ada juga yang tak ingat tajuk.
Ops..hampir terlupa pulak dengan The Wonder Years yang mana aku crush dengan watak utama nama Kevin. Tapi tak suka heroin dia (Winnie) bwahahahaha! Game show pun aku suka. Antaranya Win, Loose or Draw, Kids Songs, The Price Is Right, A Million Dollar Chance In A Life Time, Keluarga Bahagia Singer, eh banyak lah! Drama Melayu? Aku hanya ingat Opah dan Santan Berlada. Yang lain aku tak berapa ingat. Hew3x....


Menginjak ke era 90-an,  aku tetap setia dengan drama/sitkom berbahasa Inggeris. Aku rasa zaman ni drama bersiri & sitkom dengan content yang lebih berat dah mula di siarkan. Contohnya Murphy Brown, Full House, Beverly Hills 90210, Baywatch, Saved by The Bell, Quantum Leap, Hercules, Xena The Warrior Princess, Family Matters, Kung Fu: The Legend Continues, Mr Bean, Home Improvement, The Fresh Prince of Bel Air to name a few yang aku follow. Tapi kalau yang favourite in sitcom, aku memilih Friends & The Nanny. Friends korang taulah, legend gila cerita dia. Aku rasa semua watak dalam tu best even si Monica yang annoying pun aku suka. The Nanny, memang all time favourite. Boleh je aku tengok ulang ulang tanpa rasa bosan. Watak kegemaran aku adalah Niles the Butler. Selamba je sound boss dia..ahahha! Kategori drama pulak aku suka ER, Chicago Hope, Law & Order, NYPD Blue dan The X Files but yang terpaling feveret sekali adalah The New Adventures of Robin Hood and Lois & Clark: The New Adventure of Superman. Citer alih bahasa jangan di lupa, waktu ni sangat fofuler dengan citer Moero Attack yang menjadi fenomena pada tahun 1990. Asal jam 4 petang je tak boleh tidak mesti dah ready duduk depan TV. Tepat jam 430 citer habis, aku pun terus pecut ke marine Quarters main volleyball gara2 pengaruh Moero Attack. Opkos mintak izin mak aku dulu la..kalau saja2 pegi tak tanya dia mau patah kaki aku dia hambat pakai beruti. Ada lagi satu cerita jepun yang aku suka...and dah lama aku dok fikir tajuk dia tapi langsung tak ingat. Yang aku ingat nama watak utama tu cikgu Tokogawa. Cerita biasa pasal cikgu dan murid sekolah menengah dan cikgu ni akan menari dengan student2 dia samada dalam opening atau ending credit cerita.Drama kantonis dilupa jangan...tetap tengok. Cold Blood Warm Heart, The Mark of Triumph, The Duke of Mount Deer and loads more yang aku tak ingat namanya tetap ku follow juga...termasuklah Jade Solid Gold! Hew3x


Masuk ke era 2000 lagi advance sebab dah ada NTV7 & Astro. Bertambah tambah list tv series wajib tonton. Kena lagi masa ni drama Latin & Tagalog mula masuk market...begitu juga dengan drama Jepun mula mendapat tempat. Antara yang menjadi fenomena ialah Yo Soy Betty La Fea, Sanay Wala Nang Wakas, Kay Tagal Kang Hinintay, Pangako Sayo, Ikaw Ang Lahat Sa Akin dan sebagainya. Paling best bagi aku is Yo Soy Betty La Fea. Gara2 Betty aku angkut tv pegi ofis sebab tak nak miss satu episod pun.
Early 2000 merupakan kegemilangan drama jepun bagi aku. Sedaya upaya aku follow setiap drama Jepun yang disiarkan. Antaranya Beautiful Life, Long Vacation, Ice World, Power Office Girls, Boss, Kindaichi Shonen No Jikenbo and my two most favourite: With Love and Great Teacher Onizuka. Now dah takde lagi drama jepun kat TV. I is sad! Drama Korea? Sorry aku tak layan. Tak suka. Enough said.
As for dramas & sitcoms for 2000's pulak, aku layan Ugly Betty, Glee, CSI (Vegas, Miami & NY), Grey's Anatomy, Everybody Loves Raymond, Sex & The City, Charmed, How I Met Your Mother, Judging Amy, House, Gilmore Girls, Desperate Housewives, Psych, Monk, Scrubs, Merlin, The King of Queens, Ally Mc Beal, The Practive, Private Practice, Devious Maids, Downtown Abbey, Malcolm In The Middle, New Girl, Heroes (tapi masuk season 2 dah start merepek so tak layan)...and the list will go on further as time goes by.

Senarai2 di atas tak termasuk rancangan masak memasak, realiti, talkshow and cartoons.. Kalau aku include semua boleh makan minggu mengarang. Yang ada ni pun hampir pitam aku mengolah nak jadikan satu entry. Seksa otak ni dikerah bekerja lebih masa..hahah!

Dengan ini secara rasminya aku tutup challenge hari ke 18. Tak larat nak buat penutup dah...jumpa lagi di entry seterusnya!

No comments:

Post a Comment