Saturday, May 3, 2014

Craving

Tadi tekak buat perangai ala pompuan mengandung.
Tetiba mengidam nasi minyak. Tapi tak nak pulak aku dengan ayam masak merah.
Automatically aku teringat resepi Ayam Karipulay Aunty Nanie.
Macam best je kalau dilawankan dengan nasi minyak.
Ok set, confirm aku masak those two for dinner. 

Lepas Asar, berlengganglah Kak Ton ke tamu membeli bahan bahan masakan.
Sampai rumah terus kelentung kelentang didapur.
Semangat membara okeh! Dah tekak sendiri yang mengidam, harus la semangat over sikit.
Dan selepas sejam lebih aku berkuntau di dapur, inilah hasilnya:-


Ayam Karipulay resepi Aunty Nanie

Nasi minyak resepi nenek aku. 

Ayam Karipulay tu first time aku try masak. Alhamdulillah sedap dan sangat senang nak buat. Main lebur je dalam periuk, tambah perisa apa yang patut, gaul2 sikit..tau tau je dah masak. Kalau rajin nanti aku updatelah kat blog masak memasak (yang dah bersawang tu).

Puas hati bila dah dapat apa yang diidamkan.
Walaupun penat sebab sendiri masak (nak harapkan orang masak untuk aku ntah bila mendapat), yang penting impian tercapai. Wah...ayat x boleh blah! Haha!

Baheklah, itu saja untuk entry kali ini.
Entry Kuching dah ada dalam draft tapi tak khatam lagi.
Hutang dulu lah ek...hew hew hew!

4 comments:

  1. semalam terbaca kat fb status pasal ayam karipulay ni terus mengidam jugak. haha. siap nak pesan kat mama, if masak lauk ni sila call anakanda. nak buat sendiri malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap gila Peej, tak tau berapa pinggan nasi minyak aku belasah ari tu. Paling aku suka tu takyah menumis bagai, just didihkan & gaul2. Thanks sangat laa kat korang sebab share resepi..hehe!

      Delete
  2. wah bukan main lagi yea masak2... hurmmmmm... sampai terbau ke sini.

    ReplyDelete