Tuesday, November 18, 2014

BDC - Day 19 (1 Resepi Kegemaran Anda)

Semestinya aku dan dunia masakan tidak dapat dipisahkan.
Bak kata si Labu dalam lagu Yang Mana Satu: masak memasak, serah padaku.
Chewah, eksyen bebenor statement itu ye...hahaha!
Tapi betul la...aku memang berkebolehan memasak but cakap terror tu, belum lagi.
Aku banyak belajar dari mommy & nenek2 aku perihal masak memasak, sebab diorang memang champion!
Tapi cara diorang mengajar tu unik. Takdenya diorang suruh kau tulis ke apa.
Kena belajar melalui pemerhatian semata mata. 'Tengok betul2 macam mana orang buat, jangan banyak tanya' diorang bilang. Kadang kadang, aku beranikan diri juga bertanya cuma aku pastikan pertanyaan aku pada kadar minima.

Dalam banyak banyak resepi yang aku belajar, my favourite is Sambal Ikan Masin.
Fuh...kalau pekena dengan nasi panas memang tak sedor diri balik2 menambah nasi.
Perut dah sendat sampai susah nak bernapas pun belum tentu insaf.
Ikan masinnya tak perlu banyak, sepotong dua pun dah cukup tapi kuah tu tak boleh tahan.
Kalau aku yang masak memang berdesing telinga dengan tahap kepedasannya.

Aku tak sure kena kongsi resepi atau tak dalam task kali ni.
But I'm gonna share it anyway, so here goes:-

SAMBAL IKAN MASIN

Bahan bahannya:-

Ikan masin
Bawang putih & merah - tumbuk
Bawang besar - potong dua & hiris sederhana tebal
Belacan - tumbuk
Cili padi - tumbuk
Air asam jawa
Garam (jika perlu), gula & perasa secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Bersihkan & potong ikan masin mengikut saiz yang anda suka. Cuci dan goreng sebentar, kemudian ketepikan.

2. Gunakan semula minyak gorengan tadi (agak2 banyaknya) untuk menumis bawang besar & bahan2 yang di tumbuk. Gaul hingga wangi.

3. Masukkan ikan masin tadi dan gaul rata.

4. Masukkan air asam jawa, gula & perasa. Gaul perlahan lahan. Apabila kuah menggelegak, rasa dan tambahkan apa yang kurang. Sekiranya cukup masin tidak perlu tambah garam.

5. Tunggu hingga kuahnya pekat ataupun sekiranya suka berkuah, bolehlah diangkat lebih awal.

FYI bahan2 diatas tu korang agak2 sendiri sebab aku takde sebarang method nak menentukan sukatan. Semua main ikut instinct. Kalau takut masin ke apa, bubuh bahan2 perasa sikit2 sampai puas hati dengan tahap kesedapan masakan korang.

Selamat mencuba & good luck!

No comments:

Post a Comment