Thursday, November 20, 2014

BDC - Day 20 (Quote Kegemaran Anda)

Selama ini aku agak skeptical bila ada orang cakap yang one quote telah mengubah hidup diorang.
Or at least mengubah cara diorang berfikir terhadap sesuatu.
Serius aku tak ambik kisah pun.
Sebab prinsip aku, kalau nak berubah biar datangnya dari diri sendiri.
Bukan kerana sesuatu atau kerana orang lain. Lebih baik jika berubah Lillahi Taala.

Cuma baru baru ini aku agak terkesan dengan quote sorang kawan.
Not exactly a quote, more to his statement la actually sebab dia cakap pun selamba je.
Masa tu weols sedang dudk sembang with our friends.
And as usual kalau dah sembang mesti ada yang main cakap lepas je kan.
Biasa la weols mulut no filter...hehehe
Sedang sedap kutuk mengutuk ni si kawan yang dari tadi diam & senyum aje (memang dia ni pendiam, jarang menyampuk and senyum sokmo) bersuara pulak.

'Siapalah kita ni mau menilai masa lampau seseorang, sedangkan masa depan kita sendiri belum tentu bagus jadinya. Ingat, hidayah itu milik Allah SWT. Dia boleh bagi and tarik balik bila bila masa Dia suka'

Fuh....deep sangat ayat tu kan. Walaupun cara dia cakap tu very the sempoi, tapi menusuk.
Bagi aku la at least..yang lain tu aku tak tau sebab lepas tu elok je diorang continue gelak2.
Musibatun betul!


I love the quote sebab dia macam reminder pada aku.
Everytime kalau ter'over' dalam bersembang, especially kalau dah sessi gossip menggossip tu pandai menjelma ayat ni dalam kepala aku and serta merta mati nepsu nak ikut menganyam ketupat.
Quote ni secara tak langsung telah mengubah cara aku berfikir tentang banyak benda.
Mungkin ini merupakan salah satu hikmah yang aku dapat kutip.
Apa pun, aku bersyukur atas peringatan-Nya. Alhamdulillah.


Challenge #20 - DONE!

No comments:

Post a Comment