Thursday, October 27, 2016

Ride With Me...

Macam gempak je tajuk tu kan...
Janganlah tertipu uols, ahkak saje la nak glemer sikit.
Maklumlah dah lama x muncul, haruslah ober de top katanya kan...hahaha!

Ok lah straight to the point.
Lama kan aku x update,
Dah tahap bersawang kronik blog ni aku tinggalkan.
Ok takdelah tinggal terus sebab kadang aku check jugak.
Tapi nak mengupdate tu, nepsu macam tak berapa high pulak.

Kali ni aku hapdet cuma nak bagitau.
Starting from today, 'kaki' aku dah panjang sikit nak melangkah berjimbaan ke sana kemari.
Sebab aku dah pakai kereta..hehehe!
Alhamdulillah, ada insan yang bermurah hati bagi aku pakai kereta dia.
Harus aku tekankan disini, yang aku adalah di offer untuk pakai kereta itu.
Bukannya aku meminta minta ke apa. Tapi dah di offer, tak melompat kegembiraan kau?

So semalam pegi ambik kereta kat rumah dia.
Bawak sekali cousin aku & her tunang.
Sekali kereta x bole start pulak...
Dah lama terperap tak bergerak so bateri kong.
Kena pakai jumper but still need to replace the battery la.

And tadi pagi dah ganti bateri..weeehhoooo! I is happy!
Finally ada kenderaan nak ke sana sini.
Selama ni asyik laa pakai kereta orang je. So now dah boleh bergerak sendiri.
Terpaling happy is si mother la of course.
Awal2 lagi dah cakap dia happy coz dia boleh bawak aku kalau dia nak ke mana mana.
Aku ok je. Nak pergi mana, aku boleh bawak.
Asalkan mother happy, aku pun happy..hehe!
Eh macam poyo betul kan? Aaaahhh lantak!
Kau tak suka, ada aku kisah?
Waaah..tetiba emo.


Ok lah, see you next time.
Berdoalah agar aku rajin menghapdet.
*Lambai ratu*

Monday, July 18, 2016

Luahan Perasaan (10% dari cerita sebenar)

Assalamualaikum.

Sorry in advance ye sebab dalam entry kali ni bahasa aku agak kasar.
Geram sangat nih...
So korang layan ajelah aku yang nak meluahkan perasaan ni ye..

Ada sejenis manusia yang mengundang kemenyampahan tahap tertinggi dalam aku.
Jenis cakap x serupa bikin.
Kalau bercakap tu bukan main lagi pung pang pung pang macam kau laaa yang paling hebat.
Dunia ni macam kau yang pegang. Over confident.
Ok la confident tu bagus tapi jenis kau punya confident ni x agak2.
Jalan belum kena sukat lagi kau sudah curah tar 3 tan. Gitu.
Kemain janji setinggi langit ke tujuh. Ye langit ke 7. Selalu orang cakap janji tinggi gunung kan?
Haa kali ni  ambik kau sampai ke langit perginya.

Bukan orang tak bagi peringatan supaya ukur baju di badan sendiri.
Agaknya measuring tape kau rosak, tu yang sampai terlajak lajak ukurannya.
In the end, kau tak mampu deliver. Lepas tu stress sendiri.
Bila dah stress mulalah cari mangsa a.k.a punching bag.
Cari pasal dengan staff one person after another.
Benda kecik kau jadikan as if benda tu jenayah berat.

Selama ni aku ikut saja rentak gila si musibat ni.
Sampai ex staff pun hairan macm mana aku boleh bertahan.
Honestly kalau ikutkan hati memang tak lama aku kat sini.
And sejujurnya juga if ada offer lebih baik, aku tak akan tunggu lama.
Cuma rezeki nak berhijrah belum ada.
Yang aku mampu buat sekarang ni adalah berdoa.
Sekiranya rezeki aku ditakdirkan panjang disini, maka sabarkanlah hati aku untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Sekiranya aku ditakdirkan untuk mendapat rezeki yang lebih baik dari sini, maka segerakanlah dan bukakanlah jalannya serta permudahkanlah bagi aku untuk menemuinya.
Inilah doa aku. Dan aku sentiasa beringat bahawa perancangan Allah Taala adalah sebaik baiknya buat aku.
Dia letakkan aku dalam keadaan ini bersebab.
Aku ni memang terkenal dengan sifat kurang sabar. Jadi Allah Talla uji aku dengan situasi yang kurang menyenangkan ini, mungkin untuk mengajar hati aku agar menjadi lebih sabar.
Wallahualam.


Banyak lagi sebenarnya yang belum terluah.
Tak apalah, sekurang kurangnya aku rasa a bit better.
The rest, aku serahkan pada Allah Taala.
Macam mana pun aturan Nya, aku redha dan berlapang dada.
Hope selepas ni things will get better, Insya Allah.


Thursday, April 14, 2016

Bebel Bebel

Korang rasa nak meletop kebabow tak, kalau kau dah siap mengemas dapur..elok 10 minit lepas tu ada lagi gelas, sudu, mangkuk, pinggan kotor berlambak kat singki or di letak merata. Sometimes dengan periuk tak di cuci. Siap package maggi bertabur kat lantai and peket perencah tu main buang je kat belakang dapur gas. Kain lap pun tak di cuci or gantung elok2, semua main campak aje ke mana mana. Ada tong sampah bawah singki tu tapi buang sampai main humban je kat lantai. Makes me wonder lah kan, aku ni tinggal dengan manusia ke binatang?

Benda2 macam ni aku kena hadapi every single day. Yep..no joke about it. Bukannya tak di asuh or di ajar. Dari kecik kot mak & arwah bapak aku very particular pasal benda ni semua. TETAPI aku tak paham kenapa certain people tersangatlah berat tulang and buat bodoh je. Nak kata penat..come on laa, semua orang penat kot. Semua pun kerja but please la give and take sikit. Jangan kata suruh, mintak tolong pun macam ada besi 100kg tergantung kat tangan. 

Orang penat mengemas, membersih...appreciate sikit boleh tak? Tak minta banyak, sikit pun jadi lah. Kau nak melantak tetengah malam, masak megi ke apa...takde sapa nak marah. Tapi guna akal la der. Pinggan mangkuk kalau dah pakai, cuci la terus. Ntah apa susah nak mencuci tu aku pun tak tau. Bukannya kena rempuh bermacam halangan pun. Kalau dah pemalas sangat, apa kata ko pegi beli pinggan mangkuk yg disposable for yourself. Lepas pakai buang. Takdelah menyusahkan orang.

Belum lagi sentuh pasal sampah kat dapur. Sepatutnya benda ni tak payah cakap. sapa nampak silakan buang. Aku sengaja biar sampah tu menimbun konon nak tengok laa kot2 ada yang sudi membuang. Harammmmm jawabnya. Selagi tak disuruh selagi tu la sampah berjeruk disitu. Nama harap diorang buang tanpa perlu disuruh agaknya tunggu ayam jantan bertelur baru dibuat.

Sampai bila aku dapat bertahan? Sampai bila aku kena face semua ni?
Sampai bila aku sanggup buat semua ni?
Honestly aku tiada jawapan.
Harap Allah Taala kuatkan hati aku and top upkan kesabaran aku yang senipis kulit bawang ni daripada terhakis langsung.



Ok lah dah penat membebel.
Laters, pipol!

Tuesday, April 5, 2016

Mimpi Pelik Pelik

Assalamualaikum...

Okay aku tau dah berhabuk habuk belog ni tanpa sebarang hapdet.
Macam ni la kalau aku dah kemalasan, hapa pun tak boleh.
Redha je lah ye...hehehe!

Tapi hari ni aku nak membebel sikit.
Jangan risau bukan nak mengumpat atau meluahkan perasaan ala kak seri siantan, tapi nak cakap pasal mimpi.
These few days aku adalah bermimpi benda yang agak pelik...
Aku tak berapa nak sukalah sebab bila bangun tu feelingnya tu terbawa bawa seharian.
To be honest aku bukan orang yang kisah sangat pasal mimpi2 ni.
Takde maknanya aku nak meng-google tafsir mimpi ke apa..memang tak laa.
Sebab aku malas kalau terbaca tafsir yang bukan2 terus jiwa kacau kang, aku jugak yang susah.

Tak nak mukadimah panjang sangat, meh aku citerkan apa mimpi aku tu.

Mimpi 1:-
Aku mimpi ada ular tersepit kat bahagian ekor di pintu bilik aku. Nampak macam dah mati tapi masih gerak2 lagi. Aku tak pasti ular jenir apa tapi yang pasti memang jenis ular berbisa. Macam tedung tu. Or maybe viper...I don't know. Tapi boleh pulak dalam mimpi tu aku cakap, ni mesti tak lama lagi aku kena pinang sebab aku mimpi ular. Bangang tak dalam mimpi pun aku tau yang aku sedang mimpi...hahah!
Pendek je sebab aku tak ingat sangat mimpi yang ni...dah beberapa hari lalu so memori I dah kureng.

Mimpi 2:-
Baru je semalam. Kali ni panjang sikit sebab fresh lagi dalam ingatan..hehe. Dalam mimpi tu ada aku, peminat aku zaman sekolah dulu, my mom and my brother. Kengkonon peminat aku ni ada kat rumah, dia demam. Siap ada kool fever lagi tampal kat dahi. Macam mana dia boleh ada kat rumah pun aku tak tau, tetiba je. Dalam cerita mimpi tu konon aku ni ada skandal ngan dia tapi dia dah kawin ada anak bini (in real life pun memang dia dah kawin ada anak bini). So my mom macam tak berkenan laa sebab orang dah berbini aku masih nak skandal lagi. Tetiba tukar scene, boleh pulak aku tido sekatil dengan si peminat ni, siap peluk2 kau! Aku macam nak tak nak je konon tapi sebab dia sakit aku kesian so biar je lah. Time weols peluk2 tu dengar suara mak aku membebel marah tapi aku purak2 tido. Bila aku takde respon adik aku batu apikan mak aku suruh marah lagi kuat dari tadi tapi aku tetap berpurak2 tido. 'Sudah tau tu laki orang masih jugak kau x sedar diri...aku x suka kau kacau laki orang!' Haaa macam tu la mak aku petirkan aku dalam mimpi tu. Tetiba scene bertukar lagi, aku nampak jam dah pukul 730 kelam kabut bangun & skandal aku nak mandi and pegi keja. Lepas tu aku bingung, eh aku ni dah kawin ke dengan dia? Apasal kitorang tido sekatil? Apa dah jadi? Lepas tu alarm berbunyi lantas aku terjaga dari mimpi yang gila itu...hahahah! Eh, clarification ya..aku takde skandal dengan sesiapa yang bujang mahupun yang dah berbini..cerita diatas merupakan mimpi semata mata. Kena bagitau sebab nanti ada mulut2 puaka buat cerita dongeng kata aku macam tu macam ni so sila take note ya!

Benci tau mimpi macam ni. Buat hati I x keruan je. Dah la si peminat ada dlm grup wasap sekolah, tak pasal2 bila baca whatsapp dia pagi tadi aku tetiba termalu pulak. Padahal cakap pasal benda remeh temeh je kot...ish, bodoh!

Korang pernah ke mimpi pelik macam aku?


Ok dah itu je nak cakap.

Later, pipols!

Monday, March 14, 2016

Hola *sambil lambai ala ratu*

Assalamualaikum...

Lama sangat aku berhibernasi dari memblogging khennn...
Orang takde idea macam tu lah...
Ada je cerita kahwin adik aku elok tersimpan dalam draft.
Typical me, tetiba hilang idea mengarang.
Soooo biar la dia jadi jeruk di sana. Kang kalau mood aku dah ok balik pandai la aku publish tu.

Sebenarnya aku baru balik dari jaga anak buah aku warded kat sepital.
Petang tadi baru discharged.
4 malam aku check-in situ, lemau gila!
Dah la aircond dia tu kalah kutub utara sejuknya.
Tiap kali terjaga nak shishi, menggeletar satu badan.
Terasa diriku berada di dalam freezer pulak.
Syukur alhamdulillah my niece is recovering well.
Tapi aku pulak dah start bersin, hidung tersumbat, sakit tekak light2 and tak sedap badan.

So yeah, ahkak akan cuba menyeru ahkak punya blogging mojo supaya kembali ke pangkal jalan.
Tapi sekarang ijinkan ahkak berehat ye...

*telan ubat and berbaring di peraduan*

Thursday, January 21, 2016

Berhabuk Habuk Daaaaa.....

Assalamualaikum & happy 2016 everyone!

Fuhhh dah berhabuk rumah aku ni.
*sapu sawang*

Takyah mukadimah panjang, moh kite buat entry point by point.


1. Office aku dah pindah ke location baru, slightly far from the old place. Yang bestnya kat sini parking free tapi kena awal datang la. Kalau lambat memang berpeluh ketiak kau pusing cari parking.

2. Insya Allah gaji aku naik bulan ni. TAPI naik gaji workload pun bertambah jugak ya...so aku kena prepare mental aku untuk terima beban kerja selaras dengan gaji. Harap aku boleh bertahan.

3. Pertama kali aku try urus group untuk Umrah (April 2016). Doakan aku dapat handle dengan sebaik mungkin ye. Nervous ahkak tau! No, aku tak ikut group Umrah ni sebab masalah mahram. Takpelah, bukan rezeki aku kali ini nak jadi tetamu Allah. Next time, Insya Allah ada rezeki dan izin-Nya aku akan sampai juga.

4. Tak lama lagi aku aku kawin. Nikah on 29.01.16, sanding 30.01.16. Tugas aku cuma masak je. Lain aku tak campur tangan.

5. Plan tahun ni, kalau ada rezeki lebih aku nak bawa mommy jalan2 Jakarta. 5d4n or 4d3n pun jadilah. Doakan aku murah rezeki ye....hehe

6. Tahun ni juga mommy akan daftar haji, ihsan from someone. Alhamdulillah rezeki dia dan semoga dapat jemputan menjadi tetamu Allah tahun ni ya mommy...

Ok dah itu je.

See ya later for more updates!