Thursday, November 27, 2014

BDC - Day 26 (Gajet Kepunyaan Anda)

Satu satunya gajet yang aku ada sekarang ialah Samsung Note 1.
Aku namakan Khaleesi sempena watak Emilia Clarke dalam siri The Game of Thrones.

Kesian kan..orang pakai Note 1 dah bertahun, aku baru merasa. Itu pun 2nd  hand.
Dapat dalam bulan April tahun ni lepas balik dari Kuching.
Takpelah... lambat ke, 2nd hand ke tak jadi issue bagi aku.
Selagi masih dalam keadaan baik dan boleh dipakai, I ok aje.


Setakat ni si Khaleesi masih okay. Tak buat hal besar...cuma biasalah bagi smartphone, masalah bateri.
Which is not a major issue for me. Dah pun aku ganti baterinya bulan lepas.
Alhamdulillah setakat ini aku berpuas hati dengan apa yang aku ada.




Gambar ni adik aku whatsapp masa aku masih kat Kuching lagi. Punyalah aku tak sabar nak balik KK bila dapat gambar ni. Hari2 aku tenung sambil senyum..dah serupa orang tak betul pun ada sebab asyik terbayang si Khaleesi berada dalam genggaman. 

Ada satu kejadian yang menyebabkan aku hampir kehilangan si Khaleesi.
Nasib aku pantas bertindak, dapat kejar orang tu and ambik balik Khaleesi kesayangan.
Ada aku ceritakan dalam entry ini.

Aku harap jodoh aku dengan si Khaleesi ni panjang hendaknya.
Belum terlintas lagi dalan hati nak ganti gajet baru.
Tengoklah sekiranya poket mengizinkan mungkin tambah gajet.
Mungkin ya, belum confirm lagi.
We'll see.

No comments:

Post a Comment