Wednesday, August 27, 2014

Macam la..tapi bukan semuanya betul 100%

Nampak Che Mat Gebu post benda ni dalam FB.
Nampak menarik, then aku pun share kat timeline aku.
Sebab aku anak sulung :)

Dari point 1-13, ada yang tepat...ada yg kurang tepat.
mari ku ulas satu persatu mana yang ngam and x ngam itu ye..


1- Yes. Aku memang degil tapi belum kategori degil nak mampus lagi ya. Boleh kompromi, bukan ikut kepala hotak aku sorang je tau.

2- Opkosssss..muka aku nampak sombong sebab aku jarang senyum. Gilo apo nak senyum sokmo 24jam? Kosser haku! Tapi tang cute tu aku tak nafikan..hew hew hew!

3- Manja...cuma dengan mak & family aku kot. Dgn orang yang aku x kenal, buang tebiat namanya nak manja2 tak tentu pasal.

4- Ini aku setuju sangat. Hati tisu dowh! Percaya tak, aku tak pernah tengok program 'Bersamamu'? Bukan pasal apa, aku tak nak meraung depan TV. Huhuhu...

5- Sweet macam madu? Tidak la kali. Pemarah macam singa, betul sekali!. Manja macam kucing? Sila baca no 3.

6- Sangat benar pernyataan ini. Tapi pandai juga xda mood and tarik muka kalau sedang jiwa kacau.

7- Another statement yang sangat betul. Mau warm up dulu sebelum berkepoh kepoh-an :P

8- Errr...jatuh hati light2 maybe kot. Tidaklah sampai cinta mati. Ahaks!

9- Mungkin ya, mungkin tidak. Bergantung pada keadaan dan penerimaan orang sekeliling.

10- Ada masa pendam, ada masa terus fire macam machine gun. But yes most of the time pendam je lah.

11- Really? Mudah mudahan banyak berbakti, Insya Allah...

12- In total agreement with this one.

13- Only on certain circumstances yang memerlukan aku transform menjadi naga. Bukan 24 jam asyik cari pasal okeh!



There you have it, ladies and gentlemen.
Penjelasan terhadap statement mengenai anak sulung, ke 3, ke 4 dan ke 6.
Well, at least menurut aku sebagai anak sulung lah.
Lain orang lain pulak pendapatnya, ye tak?
So, yeah...ikut perception and anggapan masing masing.

Ok itu je. Nak buat closing pun lama aku termenung cari ayat yang sesuai.
Jammed otak aku.

Dah la.

Tuesday, August 19, 2014

Khabar Kurang Enak...

Awal pagi tadi terima Whatsapp dari Macelen.
Bapa mertuanya telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 3 pagi (mungkin juga sebelum jam 3).
Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham.
Al Fatihah buat allahyarham Yaakub bin Ismail.

Sampai ofis pagi tadi pun terima berita yang kurang menyenangkan.
Walaupun berita belum sahih tapi sangat menggoyah perasaan.
Khabarnya pihak pengurusan ada perancangan untuk menukar sistem gaji bulanan kepada harian.
Dan akan ada pengurangan, tak tau berapa banyak nak dikurangkan.
However ini cuma hearsay kata si penyampai.
Entah betul entah tidak.
Memang aku tak setuju sistem gaji ditukar.
Sebab cuti sah sah akan kena revoke.
And bila sentuh bab 'pengurangan' tu lah yang aku tak berkenan langsung.
Apa pun, kena cari back up sekiranya benda ni berlaku.
Susah kalau last minute baru terhegeh cari tapak baru.

Doakan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.

Aamin ya rabbal alamin...

Monday, August 18, 2014

Hujung Minggu

Selagi belum habis bulan Syawal, selagi itu jemputan ke rumah terbuka masih di terima.
Lebih lebih lagi during weekends, sampai bertindih jadual memenuhi undangan.
Takpelah, rezeki jangan di tolak..musuh jangan di cari
Mana yang sempat kita singgah..tak sempat utuskan salam maaf ajelah ye kaedahnya..hehe!
Bukan apa, kadang tu atas kesilapan sendiri atau pun ada halangan yang tak dapat di elakkan.
Terpaksa tarik diri dari acara. Harap tuan rumah tak berkecil hati :)
*Ada sebab aku susun ayat macam ni. Nak tau kenapa, sila baca sampai habis..hohoho!*

Sabtu lepas aku mencemar duli hadir ke majlis rumah terbuka ex-colleague masa kerja kat Borneo Paradise dulu, Si Nafsarah atau lebih femes dengan panggilan Didie.
Open house merangkap birthday celebration untuk anak2 buahnya.
Aku dah berjanji dengan Mala nak pegi sekali. Tapi last minute si Mala ada hal..kena ambik kuih for tahlil.
Jadi aku decide untuk pegi terus je ke rumah Didie.

On the way tu perut aku yang tak beradap adalah berbunyi bunyi kelaparan.
Ikutkan hati nak je aku singgah kat tamu Putatan isi perut.
Tapi memandangkan jarak antara tamu dan rumah si Didie tak sampai 5 minit perjalanan, aku teruskan melangkah menuju destinasi.

Sampai je aku tak tunggu lama. Terus atur langkah menuju ke meja makan.
Terbuntang buntang mata aku tengok lauk yang menarik belaka.
Ada paceri nenas, ikan masin sambal, rebung tumis dengan udang kering, ayam kari, nasi impit, kuah satay..soto dan laksa sarawak.
First round aku ambik soto dulu. Licin ku bedal kerana kelaparan.
Si Mala pulak tak sampai lagi...jadi kita bedal kuih dulu sementara menunggu ketibaan beliau.
Tapi oleh kerana perut masih lapar, cukupkah makan kuih saja?
Of course tidak laa...hehehe..
Second round, sebenarnya aku nak makan nasi tapi belum di refill so settle dengan nasi impit kuah kacang and sayur rebung dulu.

Tak lama tu aku nampak nasi dah ada.
Wajiblah kan ada round ke 3 pulak. Kali ni aku ambik nasi, kari ayam and again, rebung.
Jangan risau..walaupun 3 round aku mencekik tapi semuanya adalah portion yang sedikit.
Bukanlah macam orang rakus, sekali mencekik nasi segunung walaupun aku bersize almari 3 pintu.
No no no..I tak macam tu ye. I is berhemah tau! *flip shawls*
Tengah aku makan (round 3) si Mala pun sampai.

Banyak yang kami ceritakan (read: gossipkan).
Maklumlah lama tak anyam ketupat. 
Ikutkan boleh je cerita through social network.
Tapi feel sembang2 di fb/whatsaap/wechat tu lain sikit.
Dia punya thrill macam tak menangkap sangat.
Lagi best bila berdepan kan. Nampak facial expression..ekekeke!

Sedap bersembang, tetiba si Didie hilang dari pandangan.
Sekali dia muncul dengan dua mangkuk laksa sarawak air tangan dirinya sendiri untuk aku dan Mala.
Dah orang hidang, takkan tak makan ye tak?
Maka secara rasminya, 4 round aku mentekedarah kat rumah Didie.

Yang aku bedal hari tu. Tidak termasuk kek dan kuih raya serta minuman. Hehehe...


Us: Didie, Mala and me. Oh, Didie sedang mengandung 4 bulan, anak ke 2. Tak lama si Leecha dapat adik dah. Aku pun mengandung jugak...mengandung lemak! Miahahahha! Ok x kelakar. *Bunyi cengkerik*

And then semalam (18.08.2014, Ahad) perancangannya ke rumak Macik Salmah kat Sabindo and lepas tu aku ke rumah si Muharsafa.
Kiranya semalam aku ada 2 jemputanlah nak dihadiri.
Dekat jam 12 lebih kurang kami bertolak dari rumah.
Sampai kat rumah cik Salmah, elok nenek & aunty aku pun dah ada.
Masuk tu aku relax dulu..makan biskut sebelum serbu meja.
Lagipun aku tengah dukung si Kenji. Niat nak bagi mak aku makan dulu.
Tapi cik Salmah baik  hati, dia takeover Kenji dari aku supaya aku boleh makan sekali.
Elok pulak si Kenji nak dengan cik Salmah. Miracle di situ, sebab selalunya dia pilih orang tau.
Mungkin dia ingat cik Salmah tu mak aku, that's why dia bertata tertib sikit.
Kalau dia perasan yang dukung tu orang lain, memang meraung jugak.

Menarik lauk yang disediakan.
Ada Ayam kicap, Ikan Goreng, Sambal Belacan, Bambangan, Sayur Campur, Sup Tulang...
Tapi mata aku nampak sejenis lauk je kat atas meja tu.
Sejenis lauk yang buat aku tak pandang lauk2 yang lain.
Sejenis lauk yang buat mata aku bersinar sinar.
Tak lain tak bukan, UDANG!
Hoiiihhh..aku kalau dah nampak lauk ni..serius tak layan lauk lain dah.
Tiga kali tambah udang (nasi pun tambah tapi sikit je).
Aku rasa kalau dihitung adalah dalam 2 pinggan udang aku bedal kat rumah cik Salmah.
Itu pun macam nak lagi tapi perut dah sendat separuh mati sampai nak bernafas pun susah.

Balik dari rumah cik Salmah, aku dah berkira kira nak ke rumah Muharsafa lepas solat zuhur.
Tapi after zuhur tu aku rasa lain macam.
Pening and macam terhuyung hayang sikit. Rasa macam mabuk mabuk.
Berat kepala toksah cakap. Berdiri macam nak tumbang.
Perut bergelora rasa nak muntah (gastrik pun nak jugak menyelit..isk!)
Takut pun ada jugak tapi aku gagahkan diri lawan.
Aku bawak baring..try lelapkan mata kejap.

Dalam pada tu aku teringat pernah juga mengalami benda yang sama beberapa tahun dulu.
Sah la..tak lain tak bukan aku dah terover dose makan udang.
Aku rasa yang dulu lagi teruk kot...
Sampai rasa berpusing. Apa taknya, masa tu aku makan udang sekilo sorang.
Lepas makan x lama aku rasa kepala goyang2.
Macam orang khayal pun ye jugak.
Kali ni ada kurang sikit cuma aku tak larat nak jalan.
Gi klinik, sedas injection aku kena.
Terus aku whatsapp Muharsafa. Inform tak dapat pegi rumah dia.
Haaa..inilah yang aku maksudkan dalam mukadimah aku tadi.
Kadang terpaksa tarik diri bila ada halangan.
Aku harap dia & kawan kawan yang lain tak kecik hati.
Sebab dalam whatsapp awalnya aku dah janji nak datang  tapi apakan daya...


Jom layan gambar pulak:-

Noni, Nana, Grandma, Mommy and tuan rumah, Makcik Salmah

Aku paksa ambik gambar sekali lagi sebab diorang tak senyum (kecuali Noni). Tengok, kan lawa senyumna tu....hehehe!

My plate. 1st Round. Nampak sikit udang kan. Lepas ni aku top up lagi dan lagi sampai perut ketat seketatnya.


Akibat tamak, merasalah penderitaan akibat overdose udang. Terdampar bak dugong bunting di lautan pasifik. Padan muka aku!
Tertidur dalam sejam lebih. Dapat rehat kejap dah bersyukur aku rasa.
Buka mata je terbau harum cempedak goreng.
Ohmaigaaawd! How like this? I kenot tahan!
Seperti magic pening dan mabuk hilang, perut pun tak bergelora.
Oleh kerana dah rasa ok, aku pun menghadap cempedak goreng dengan selamba.
Heavennyaaaaa...tapi aku tak makan banyak, 3 ketul je.
Insaf sikit la kaedahnya tu. Kalau tak insaf berketul ketul aku telan.

Nampak gambar diorang beraya di rumah Muharsafa, jealous jugak aku.
Yelah..bukan senang nak berkumpul dengan kawan2 at the same time kan.
Memandangkan aku dah terlepas peluang semalam, harap next week takde halangan untuk beraya di rumah Imhar.
And aku harap lebih ramai yang dapat hadir.

Itu je cerita aku hari ni. Kalau rajin aku hapdet lagi.

Saturday, August 16, 2014

After 24 Years...

Gambar ni dah berperam dalam draft since Monday rasanya.
Semangat nak menghapdet belum sampai.
Aku seru seru jugak supaya timbul semangat tu tapi agaknya mentera jampi aku cukup mampan.
Langsung tak timbul semangat mengupdate ittew..hehehe..

Hari ahad lepas weols bermini gathering kat Fook Yuen.
Minum minum, makan dimsum sambil mengimbas kenangan lama.
Tak ramai yang datang sebab ada komitmen dengan family masing masing. Tapelah, weols faham.
Aku hampir tak dapat pegi sebab masalah kenderaan.
At the very last minute adik aku came to the rescue. Syukur alhamdulillah.

So, plan nak jumpa jam 2 ke atas. Aku sampai dekat jam 3..hehehe..
Masuk je Fook Yuen dah nampak si Muharsafa. Muka dia laa yang paling aku kenal.
Manakan tidak, kawan bergaduh, bertampar, berlawan cakap dan yang sewaktu dengannya pulak...
And then nampak Imhar, Tini, Yanto, Zaziah and Budisam.
Si Yanto siap angkut anak bini lagi. Suami mithali sangat ni :P

Bila dah berjumpa tu memang riuh sekampung. 
Memacam cerita yang keluar, censored and uncensored semua dibongkar.
Di ungkit ungkit laa perangai masing masing.
Ada yang aku ingat, ada yang aku lupa..yang aku pura2 lupa pun ada juga..hahaha!
Paling best bila diorang bongkar cerita pasal si Budi tulis surat untuk Tini, tapi suratnya tak kesampaian sebab dia lupa surat tu simpan kat mana. 
Cerita pasal cikgu, pasal kawan kawan dari kelas lain..pasal kantin, library..even tandas sekolah pun boleh jadi bahan. Tapi memandangkan aku setahun je kat SKTA maka tak banyak la memori aku pasal sekolah tu berbanding diorang yang memang di sana since year 1.
However tetap best jugak sebab aku masuk dah final year..so lagi happening dengan perangai yang pra remaja tu kan.
Ohoiii..rindunya! Nak balik zaman tu plisssss! Huhuhu....


Eh, cerita, cerita jugak. Tapi sesi bergambar jangan di lupa.
Walaupun beberapa keping je kan..jadi lah daripada tiada.


Us. Dari kiri Muharsafa Kirana, Hartini Rahman, Zaziah Hussin, Imhar Fathullah Mohd Din, wife Yanto, Yanto, Budisam & me. 24 tahun tak jumpa diorang ni, muka masing masing tak banyak berubah (kecuali size badan..hew3x). Kami semua kelas 6 Biru kat SKTA, kecuali Zaziah yang aku rasa kelas 6 Kuning.
Cop: Sebenarnya aku selalu terserempak dengan Imhar, duduk sebelah meja lagi kat restoran Azlina Sulawesi tu tapi nama nak bertegur sapa memang hadoooo. I kan pemalu..hew hew hew *dush*

Weols lagi..hehehe

Sibuk mengimbas memori jaman hingus x kering

Para remaja purba sekalian. Zaziah jadi fotographer, itu pasal dia tiada dalam gambar

Yang ni masa open house si Rozie (tudung cekelat). Aku tak dapat pegi sebab kerja & takde kenderaan.
From left: Fauziah Mohd Said, Duraina Hagdir, Roziyyawati Ahmad, Muharsafa Kirana, Imhar Fathullah Hj Mohd Din, Shahzam Halik Zaman &Zaziah Hussin
Memandangkan dah seminggu kisah mini gathering ni, maka intipati cerita yang kami kupas sedikit sebanyak telah menyusut dari dalam memori aku.
Ingat ingat lupa dah..tapi yang pasti that day memang happening sangat!
Kalau tak pasal nak ambik sis in law dari tuisyen centre agaknya lagi lama aku di sana.
Silap timing boleh membawa ke dinner terus.
So aku gerak dalam jam 530 macam tu. Si Budi, Zaziah, Yanto & Muharsafa gerak lambat sikit sebab katanya ada lagi yang nak datang. 
Tapi sian drg tunggu, tak muncul jugak orang yang kononnya on the way tu. Pffft!


And now..presenting gambar kami, Darjah 6 biru tahun 1990:-

Duduk dari kiri: Shahzam, Imhar, Azwan Januin (Ketua Kelas), Al Munir Dining, Cikgu Sairin Saidin, Fauziah Mohd Said, Hartini Rahman, Wan Ledyawati Wan Pauzi, Sharty Neza Ag Sharin & Rosajimawati.
Tengah: Sg Siti Sabrinawati, x ingat, x ingat, Khairul, x ingat, Izztazz Hardian, x ingat, Diana Lanih, Duraina Hagdir, Mimi Haslindah Matni, Marziani Mohd Dun, Nurul Huda, Anita Handayani, Siti Khadijah, Sarah Shadat, Maslianah Hassan, Shaznurul Norliham Ramli.
Atas: X ingat, x ingat, Khairie, x ingat, Syed Mohd Fauzi, x ingat, x ingat, Shafie Janati, x ingat, Yusry klu x salah, x ingat, Suffian Raflee, x ingat, Mazran Kotley, Muharsafa Kirana, x ingat.
AKU TIADA DALAM GAMBAR SEBAB X HADIR..BOLEH? Miahahahahha....
Si Yanto & Budisam pun x hadir, escape rasanya diorang time ni.

Depan: Rosajimawati, Jenna & Duraina.
Tengah: Sharty Neza, Marziani, Hartini, Anita & Fauziah
Atas: Aku, Sarah Shadat, Shaznurul & Nurul Huda
Rasanya ni dah habis exam UPSR & aktiviti bebas kat sekolah. Ke..tengah jamuan akhir tahun ek? Tah la..aku x ingat dah. Hehehehhe...
Dari kiri: Fauziah, Shaznurul, Jenna, Sharty Neza, Anita, Aku & Tini. Belakang: Maslianah, Sarah Shadat, Wan Ledyawati, Mimi Haslindah, Duraina & Siti Khadijah.
Dolu dolu adalah glemer buat sign tangan macam tu okay...kira dah rock abis la tu.
Tapi kan, bila tengok gambar ni betul betul aku macam musykil sikit. Nampak tak tangan kat belakang kepala si Jenna tu? Aku konfius, tangan siapakah itu? Nak kata tangan si Ledya or Sarah Shadat macam awkward pulak positionnya tu. Apakah ada entiti lain yang ikut bergambar? Oh nooooo!!!

Weols (Alumni SKTA UPSR 1990) ada group whatsapp dah...
Every now & then memang berbunyi bunyi hp dengan notifications yang tak putus putus.
Sampai jam 2 pagi okay! Last2 aku kasi mute terus...hehehe.
Kalau kau biarkan dalam sejam dua, beratus ratus whatsapp masuk. Juling mata membaca.
Aku tak kisah sangat sebab ada jugak hiburan/bahan bacaan on the way pegi & balik kerja.
Lepas baca menyengih macam orang sewel..hahaha...

Ada beberappa kali diorang bergathering tapi aku tak dapat ikut. Contohnya last Thursday, ada game futsal.
Friendly match dengan team Maybank. Yang lelaki2 main futsal, pompuan jadi pom pom girl je.
Actually memang plan nak pegi tapi apakan daya kita hanya merancang...aku ada benda lain nak kena settle.
Tapi esok open house rumah Muharsafa & next week kat rumah Imhar memang aku dah clearkan jadual.
Jangan risau kengkawan, Kak Ton tetap akan hadhir...

Ok cerita lain pulak.
Hari ni ada jemputan dari Babu Didie Nafsarah..open house merangkap bday party anaknya.
Aku pergi dengan cik Mala. Yang lain dah aku pesan2 kan melalui Alizam.
Mudah mudahan dorang dapat hadhir...lama dag tak gossip2 secara berdepan.
Kalau kat FB/Wechat tu selalu jugak la..hehehe..

Bateri dah charge. Nanti nak bercamwhore kat rumah si Didie pulak.
Jangan korang termuntah kalau aku upload gambar berderet nanti ok!

See ya!


Thursday, August 7, 2014

Memori Datang Bertandang

Hitung hitung...dah 19 tahun aku tinggalkan alam sekolah menengah.
24 tahun kalau alam sekolah rendah.
Waaa...terasa ketuaan disitu!
Takpe..proses hidup..yang muda pasti akan jadi tua sooner or later, ye dok? *sedapkan hati*

Di FB aku, ada sorang kawan sekolah rendah yang sangat rajin contact kawan2 lama.
Nama dia Muharsafa Kirana Bacho. Unik kan? Aku rasa seunik tuan punya nama.
Aku kenal dia tak lama..sebab aku sekolah kat SK Tg Aru pun setahun saja.
Kami sekelas, darjah 6 Biru...duduk satu kumpulan.

Dalam entri ni aku mengimbas sikit2 kenangan zaman sekolah di SKTA tahun 1990.
Tapi tidak detail ye, sebab dah tua2 ni memori mokcik sangat ke laut.
Aku cerita mana yang ingat aje.

Seingat aku, masa tu aku rapat dengan 3 orang sahaja.
Muharsafa, Anita Handayani dan Sharty Neza.
Yang lain tu aku berkawan macam biasa.
Masa ni, hormon pra remaja terlebih sikit.
So aku jadi selective dengan siapa aku nak berkawan rapat.
And those three are the chosen ones..hehe!
Lain2 classmate tahun 6 biru yang aku ingat:-
Marziani (jual nasi lemak tersedap pernah aku rasa at that time)
Fauziah Said
Nurul Huda
Khairie - bf Nurul Huda time darjah 6
Al Munir
Iztazz Hardian
Yusri
Duraina
Jenna
Dg Siti Sabrinawati
Sarah Shadat
Imhar Fathullah
Syed Fauzi
Wan Ledyawati
Shahzam Halik (pakcik aku. His dad and my grandad adik beradik)

Muharsafa ni sangat bijak dan petah bercakap.
Debat, pantun, pidato, ko bagi je kat dia. Semua dia sapu.
Aku kagum gila (read: jealous) dengan bakat dia.
Dari segi study pun tak kurang hebat.
Dengan dia, aku selalu bersaing bahasa inggeris.
Tak ingat pula siapa selalu menang..haha!
Ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa dengan si Muharsafa ni.
One day tu kami bertengkar teruk..tak ingat sebab apa.
Sampai bertampar tampar jugak.
But in the end, sebelum habis waktu sekolah that day kami bermaafan.
Esoknya back to normal.

Anita Handayani, aku sangat senang berkawan dengan dia.
Sebab dia ni sweet sangat. Kalau ko marah pun dia senyum je.
Lemah lembut, soft spoken, baik hati and always ready to help you.
Pernah sekali aku memonteng puasa, dia siap temankan aku minum susu kat tangki air sekolah.
Tapi dia tak minum la. Siap toleh belakang lagi time aku sedap meneguk susu..hehe

Sharty Neza Awang Shahrin, sama macam Anita juga.
Very sweet. Paling suka ketawa and senyum memanjang.
Tapi kalau marah dia suka bagi jelingan padu maut!
Aku selalu pegi rumah dia. Mak dia masa tu warden Asrama SMK Toh Puan Hajjah Rahmah.
Bapak dia keja kat Muis. Mak bapak dia pun baik sangat.
Ada sekali tu aku kat rumah dia, si Sharty ni bagi tunjuk walkie talkie bapak dia.
Kerus kami kejakunan, pegi main walkie talkie tu.
Sekali ada orang jawab on the other end...kelam kabut switch off and terus berlari keluar.
Tapi, instead of takut kena marah, boleh pulak weols gelak2...haha!


Baru2 ni dah di wujudkan pula page untuk schoolmates SK Tg Aru batch UPSR tahun 1990.
As usual, admin page ini adalah si Muharsafa (click here to go to his FB page)
Almost semua alumni SKTA batch UPSR 1990 yang di add masih aku ingat.
Tapi ramai juga yang aku tak ingat or kenal langsung.
Ada yang ingat nama, tak ingat rupa. Ada yang kenal rupa tapi nama langsung aku blur.
Ada yang dari kelas lain aku still ingat sebab jumpa balik kat sekolah menengah.

Bila baca balik post2 dalam group tu, memang terflash back jugak memori zaman sekolah.
Unlike the rest of them, aku di SKTA cuma setahun.
So kenangan aku dengan diorang tak banyak mana.
Tapi for me setahun di SKTA tu pun dah cukup best.

Posted by Muharsafa


Ya ampun...ko tengok tu komen si Muharsafa. Dia bilang aku paling act! Hahaha! Rasanya betul la sebab like I said before, masa ni aku sangat memilih kawan. Nak nak lagi aku baru masuk ke SKTA that year and agaknya hormon pra remaja terlebih merembes jadi ke-eksen-an aku ada up sikit. Minta maaf lah ye kengkawan sekalian. Tapi kannn...tak boleh tahan laa ayat 'paling santik' itu. Dulu ye la kot comel tapi sekarang terlebih muatan uiiii..*mengalir air mata mengenang nasib*
Zaman ni jugak popular kan tulis2 kat diary?
I mean, kau ada diary lepas tu pass kat kawan2 suruh tulis biodata and ucapan..ingat tak?
Bagi yang ado ado tu, kemain lagi diary diorang bermacam rupa and bentuk.
Bagi yang tak berapa nak ada pakai buku latihan harga 50sen beli di koperasi pun boleh.
Seriously aku tak ingat aku ada ke tak diary ni.
Rasanya ada kot..tapi dah pindah randah ke sana sini, habis hilang semuanya entah ke mana.

Ada pulak si Muharsafa post dalam group contents diary dia.
Salutelah sebab masih terjaga rapi.
Katanya: 'ini budaya keluarga kami.guna barang dengan elok,simpan secara cermat serta pakai dengan berhemah.piring gelas Duralex hantaran kahwin beliau tahun 70-an masih kami guna bikin makan dan kenduri.belum pernah beli Giacomo ka atau yang melamine'

Nah... ko mampu???

Belek belek gambar yang di post, terjumpa yang ini:-







Hamaigaaaaad!!! Boleh tak kalau aku nak pengsan sekarang?? Buruk gila tulisan aku! Lepas tu ntah apa2 yang aku merepek kat situ. Siap 'Full Motto', 'Verry thanks', 'UPSR' bagai...what was I thinking? Lepas tu siap nak challenge orang lagi. Gilo apa aku ni? And that 'JeJemen'...apakebende tu? Bagi phone number sampai dua tapi siap note kat number yang satu dah rosak..dah tu kenapa bagi? Ya ampun...sewel agaknya aku. Paling tak boleh blah, eja nickname as LIYYN! Kira gempak abis la kot nama Linda kasi nick LIYYN. Oh, lahir pun sukati je tulis mana mana aje..as if kena kasi beranak di tepi jalan. Ish ish...beginilah pemikiran budak berumur 11 1/2 tahun dengan sel sel otak yang belum berhubung sepenuhnya. Tsk!
Antara memori lain yang aku ingat masa di SKTA:-

-Aku jadi penolong ketua kelas. Ketua Kelas Azwan Januin.
-Sukan tahunan, ikut 100m, 4x100 & 4x400. Antara tiga ni memang ada yg menang tapi x ingat mana satu..rasanya 4x100 gangsa kot
-Bertumbuk dengan satu budak lelaki (x ingat siapa atau darjah berapa) dekat kawasan kolam belakang perpustakaan sebab dia ejek aku Pakistan jual kain.
-Apek jual halus manis/candy floss and sagun. Memang legend dia ni sebab everyday parking pasikal dekat pagar. Sagun dia memang terbaik la. X silap harga cuma 10 atau 20 sen satu.
-Di challenge oleh budak lelaki (again, aku x ingat siapa or kelas apa) untuk makan soto fishcake semangkuk 50 sen, bubuh lada banyak2. Walaupun hampir menangis tapi tetap mengaku x pedas padahal muka merah air mata tunggu masa mau tumpah. Tapi nama mau mengalah tidak sekali kali. Akhirnya memang menang juga tapi x ingat apa kesudahannya. Hampeh!

Setakat ni itu saja memori yang aku ingat.
Kalau ada ingatan yang berbalik dalam otak ni nanti aku update lagi.

Hari Ahad ni, ada gathering alumni di Fook Yuen.
Kalau tiada halangan, Insya Allah aku join.
Rasa hati tu memang berkobar kobar nak jumpa kawan kawan lama.
Nervous pun ada jugak. Maklumlah, dah 24 tahun tu tak bertemu muka.
Ada juga yang pernah berselisih or duduk bersebelahan meja tapi tak pulak bertegur sapa.
Masing masing berat mulut nak start..akhirnya macam tu je lah. Hehe!

Anyways, harap semuanya berjalan lancar. Lagi ramai, lagi best.
See you guys this Sunday, Insya Allah!

Tuesday, August 5, 2014

Syawal 2014

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri uols!
Dah 8 Syawal baru aku terhegeh hegeh mengupdate.
Gasaklah..daripada aku biarkan blog ni bersawang baik update apa yang boleh.
Jom baca isi kandungan yang tak seberapa ini. Hew hew hew...

Kita start dari sehari sebelum raya lah ye...
Actually on raya eve tu aku baru kebah dari demam.
Ye..aku terkena sakit package 3 in 1 : demam, batuk & selsema.
Infact sekarang ni pun batuk masih bersisa tapi light2 aje.
4 days before raya aku start sakit. Punyalah aku berdoa bagai nak rak mintak sembuh sebelum raya.
Alhamdulillah demam ok on raya eve. Batuk selsema still ada tapi aku boleh tahan.
Ye la kalau aku demam siapa pulak nak berkuntau siapkan all the foods nanti.

Siang tu weols masih kat rumah. Kemas and siapkan apa yang patut.
After Isyak baru bertolak ke Indah Permai.
*Iklan kejap* Alhamdulillah aku diberi rezeki berpuasa penuh tahun ni :)
Syukur sangat. Last year rumpang 4 hari puasa aku. *Iklan tamat*
Sampai IP aku terus ke dapur nak prepare bahan bahan untuk masak memasak.
Bawang halia lengkuas serai kacang lada kering semua kena blend awal supaya senang kerja aku.
Part ni aku tak risau sangat sebab ada assistant yang buat.
Tapi terkejut besar aku bila daging and ayam masih macam batu!
Yang paling manang, tu ayam masih lagi dalam freezer! Aaaaaarrrggghhhh! *Tarik2 rambut sambil lari lintang pukang menuju dinding*
Terus aku stress. Bukan apa, aku takut lambat masak je.
Tak pasal pasal kang tetamu datang aku masih tunggang langgang di dapur. I don't want like that! Huhu...

Mujur la dalam stress stress tu otak aku jalan.
Aku terus operasi rendam daging and ayam (yeee...daging and ayam tak di rendam pun ok!)
Pakai air suam2 panas sikit. sambil tu tumis perut untuk masak lemak cili api.
Nasib baik perut ni dah siap rebus n potong. Jadi aku masak mana yang dah ready dulu.
Sambil2 tu aku salin2 air rendaman. Dalam hati aku tak berhenti berdoa supaya cepat la defrost.
Sampai luka2 tangan aku tau terkena tulang ayam sebab dalam menyalin air tu aku try juga buka ketul2 ayam satu persatu.
Syukur alhamdulillah Allah Taala permudahkan kerja aku...tak sampai 2 jam ayam & daging elok defrosted.
Lega disitu. Aku pun teruskan acara masak memasak sampai jam 7 pagi (start jam 12 tgh malam).

Inilah hasil usaha selama 7 jam berhempas pulas di dapur:


From top left: Perut masak lemak cili api (masa ambik gambar belum letak santan), paceri nenas, daging kuah satay dan daging berempah.

Nasi Minyak and ayam masak apa entah, aku pun tak tau tajuknya but the recipe was originally from my late aunt, Allahyarhamah Zaiton Guriaman (Al Fatihah for her)

Aku tak ikut sembahyang raya tahun ni. Jadi lepas mandi and bersiap, sempat aku melelapkan mata barang setengah jam. Terbangun sebab ada mesage WeChat masuk. Then takleh tido dah. Terus keluar and bercamwhore sementara menunggu waktu nak bersalam salaman.

Me and Kenji yang bermuka menyampah bila aku ajak berselfie. Agaknya dalam hati dia mengeji ngeji aku kan...pigilah kau Kenji! *tetiba*

Team purple. Kecuali Aunty Cil yang berbaju kelabu.

Noni, Me, Mama, Aunty Cil, Maci Ro (duduk) and Aunty Mahani

On day 1 ramai juga tetamu. After diorang balik weols sefamily berhabis camwhoring.
Banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas aku upload. Nanti aku masukkan lagi. Keep checking ok!
From IP, kami ke rumah one of our cousin at Taman Khidmat.
Tak lama pun di sana, less than an hour lepas tu terus berdesup balik.
Aku yang mengantuk mau mampus ni berangan mau landing terus once sampai rumah tapi memang nan adooo la kan.
Harus la continue mengemas itu ini, salin lauk yang di tapau, sapu & mop rumah..etc etc...
At last dekat jam 12 juga baru tidur. Gila penat uiii...Allah Taala saja yang tau.

On 2nd day of raya dah plan nak ke rumah Macelen (my mom's youngest sister) at Kg Brunei, Kimanis.
Ramai2 dengan cousins sebelah my mom. FYI my mom & her youngest sister saja yang convert ke Muslim, adik beradik diorang yang lain masih lagi Pagan or Christian, termasuk my grandpa (mom's dad).
Aku dah kelaparan..maklum belum makan dari pagi.Eh wait...ada pulak aku makan nasi and daging berempah...haha! And masakkan mommy nasi goreng :P
Well, sampai rumah Macelen pun dah dekat jam 2 petang gara gara traffic congested around Kinarut area.
Sakit kaki aku menekan pedal. Walaupun kereta auto tapi kalau jalan dah macam siput nazak penat jugak kaki asyik tertekan tekan brek & minyak.

Family besar saya. From left: Ijah, Kenji, Mama Jilin, Grandpa, Mommy, Me, Chew Ling, Macelen, Kutit, Irut, Faye Wong, Sarah, Che Che

Wefie seround!

Lepas mengenyangkan perut, kami singgah kejap di kampung. Tak jauh pun dari rumah Macelen, less than 10 minutes away. Rezeki kami..ada buah tarap kesukaan! Apa lagi berebut rebut makan!

Ini la dia buah Tarap yang hanya ada di Borneo. Lemak manis sedap terbaikkkk! Bijinya pun boleh dimakan, goreng tanpa minyak mepas tu kupas the outer skin..rangup sedap lemak kalah rasa kacang!

Tak cukup dengan tarap, grandpa kasi buka durian dua biji. Fuh, terbaik gila lah durian kampung ni! Cukup rasa manis lemak. Sekali makan macam cannot stoplah!

That's my grandpa, Mr Chin Shui Lee @ Kulit Chin Tiong

Terpejam pejam mata menikmati kesedapan durian kampung

Selesai makan buah, kami pun bertolak balik. Mommy sempat tapau buah belunu seplastik besar. Ini buah lagi bikin gila! Even more delicious daripada mangga tau. Tapi awas, kalau terhiris biji belunu habis satu badan berbiji biji. Kenapa macam tu, aku pun tak tau. Mommy pernah kena sekali (seingat aku). Teruk juga biji tu macam allergic pun ada tapi besar besar macam kaligata

On the way balik pun satu hal juga. Traffic jammed lagi! Kali ni rasanya lagi teruk dari yang di Kinarut. Starting from Petronas SOGT sampai ke roundabout before Papar sudah congested. As soon as sampai di round about aku terus ikut jalan Papar Lama. kalau ikut jalan baru alamatnya malam baru sampai rumah.

Kau tengok la tu punya bersusun kereta. Jauuuuuuuuh ke depan dia punya jammed. Stress ahkak dik non!

Sampai rumah dalam jam 6 petang kalau tak silap.
Terus keluarkan lauk untuk dimasak.
Ada kawan kawan adik aku datang beraya so aku buat asam pedas ikan tenggiri and ayam sambal.
Masak pun kelam kabut sebab ada janji nak keluar makan steamboat dengan cousins2 sekalian.
Ada ambik gambar tapi again, malas nak upload. kalau nak tengok, sila jenguk blog ni balik at later times kay! Kot2 la aku rajin mengupload kan..hew3x!

Raya ke 3..pagi pegi pasar beli lauk pauk serba sikit.
Tengah hari tak buat apa sangat..rest je charge battery.
Petang beli barang2 sikit untuk open house weols Raya ke 5.
Ada jemputan ke rumah Bubu (dad's sister) sebelah malam.
Dia request mommy masak telur sambal and ikan rebus kunyit pedas pedas. And sambal belacan.
Aku nak buat potato salad tapi tak jadi sebab takde celery. So kensel disitu.
At bubu's house dia serve nasi ayam, ayam kicap, mi goreng and wedges with cheese.
Aku makan mi goreng and wedges sikit..and dua tiga suap nasi ayam.
Tak boleh makan banyak sebab aku minum banyak air kot...haus gila!
And di rumah Bubu juga aku sempat 'shopping' baju and bag.
Sebakul besar aku bawa balik baju...hehehe.. I Loike! Thanks Bubu!

Raya ke 4...siang takde ke mana mana.
Petang before solat asar tu mommy dapat call from someone.
Katanya bapak kepada boifren adikk aku si Irut.
Nak datang merisik and bertunang, cadangannya 6 Syawal.
Mommy dah panik sebab tak buat persiapan apa pun.
Aku cakap, takpelah..buat ringkas je. Takyah nak grand2 sangat pun boleh.
Actually dia panik sebab weols ni kekurangan wakil lelaki.
Maklumlah, uncle aku belah my dad tinggal sorang je.
Bincang punya bincang, akhirnya uncle aku cakap buatlah on Friday juga.
Sekalikan dengan open house tu sebab Saturday dia dah nak balik Labuan.
Feri awal jam 8. Nak lambatkan lagi, tak boleh pulak sebab abang boifren adik aku ni kena balik KL on Sunday.
Nampak tak kalutnya kat situ? So the best day is Friday.
Alhamdulillah pihak lelaki pun setuju.
Memula cakap sampai after Solat Jumaat.
But then kena tangguh lagi ke petang sikit sebab ada masalah yang tak dapat di elakkan kat kampung diorang.Weols okay aje. Tetamu pun elok sampai after Jumaat.
Aku masak nasi minyak, ayam masak merah, paru masak sambal and kari daging.
Plan asal patutnya masak daging rendang tapi macam2 bahan yang kurang.
Terus tukar menu. Nak tahu tak while cooking the kari daging, boleh pulak aku tertidur!
Nasib baik si Ajib kejutkan aku, kalau tak merasa laa kari rentung dalam kuali! Phewww! *lap peluh*

Akhirnya rombongan lelaki sampai dalam jam 3 la macam tu kalau aku tak silap.
Cara adik aku bertunang ni simple je. Takde tukar hantaran bagai. just sarung cincin.
Bincang pasal mas kahwin dan hantaran, settle.
Tarikh nikah bincang kemudian.
See..weols tak suka kasi complicated benda yang boleh di bawak berunding.
Lagi pun rasanya hal hal tarikh ni semua eloklah tanya dengan yang punya badan.
Diorang yang nak kahwin, so biar diorang yang tentukan.
Cuma mommy and family semua cakap kalau boleh jangan lama sangat.
Aku rasa dalam tahun depan kahwinlah diorang, Insya Allah...
Pasal langkah bendul..me & my other sister tak mintak apa pun.
Kalau ringan hati nak bagi, bagilah. Kalau tak pun tak jadi hal.
Simple as that, takyah berangan diva mendemand macam macam.

Ira's future mother in law menyarungkan cincin pertunangan


Cium tangan bakal mak mertua. Amboi mommy kemain senyum lebar sampai hilang mata. Happy lettew! Yang sebelah mommy tu my garandma from my dad's side. His step mom, actually. The only grandma yang kami ada sekarang ni.

Dengan ini sah sudah si Irut menjadi tunangan orang. Happy Engagement Day, Nurhiradha and Mohammad!

Raya ke 6, ada jemputan ke rumah my late Babaji punya adik.
Inilah pertama kali aku mencemar duli beraya di sana.
Selama ni aku agak recluse sikit..suka memerap di rumah daripada beraya ke rumah sedara mara.
Tapi kali ni sudah di pesan agar semua sanak sedara, cucu cicit mesti hadhir.
Aunty2 aku pun semua pergi jadi kalau aku tak ikut macam keji lah pulak kan.

Salam salam lebih kurang..terus disuruh menuju ke buffet table.
Menarik jugak menu tapi semuanya berasaskan kari...hmmm...
Hmmm konon..ko tengok apa aku ambik:-

Briyani, nasi putih, ayam seketul, kambing berketul ketul, satay 4 cucuk. Acar sejemput. Habis ok!
Lepas makan, ambik teh tarik segelas. Licin jugak aku kerjakan. Haha!
Tetiba nenek aku cakap pegi ke open house Aunty Sanah.
Aunty Sanah ni actually anak sedara nenek aku.
Dia buat open house kat apartment baru dia.
Haiyooo..why la tak bagitau awal awal. Kalau aku tau takde aku makan secara meriah tadi.
Anyways, gerak ke rumah Aunty Sanah aku ikut Maciroh.
Jalan agak sesak but we managed to arrive dalam 30 minutes gitulah lebih kurang.

Sampai je aku serbu air dulu. Lepas tu baru ambik makanan.
Tapi aku ambik sejenis je lauk. Sebab aku memang suka gila dengan lauk ni.
Lauk lain aku tak pandang langsung dah.

Tadaaaa...inilah dia kegilaan aku. Udang! Ko masak la apa cara sekalipun udang ni tetap aku bedal.
Aku ambik udang tu banyak kali tau. Lepas tu perut sendat sampai bernafas pun macam dugong.
Cepat cepat cari tempat landing yang selesa. End up aku masuk bilik orang, golek2 atas katil sambil beraircond. Bukan aku sorang ye dalam bilik tu, aunty2 aku pun join sekali..haha!

Dah lega sikit aku keluar and continue makan fruit salad tapi sesuap dua je lah.
Tak lama lepas tu kami pun balik. Sampai rumah, solat then apa lagi...semua buat taik mata.
Bangun dalam jam 5, solat asar lepas tu mommy bawak ke tamu beli barang sikit.
Nak masakkan my grandpa rendang daging (sebab tak jadi masak on Friday tu kan).
Sambil tu aku rembat kuay teow. Dah muak makan lauk pauk berempah ni, so aku buat kuay teow je for dinner. But ada jugak la masak lauk..aku buat sup ikan tenggiri sikit, kot2 la ada sesiapa yang tak berkenan makan kuay teow kan.



Bahan2 koay teow goreng style aku: Sotong, udang, fishball, sawi, daun sup, daun bawang. Sori gambar kuay teow yang dah masak takde. Ntah kenapa aku tak ingat nak ambik gambar.

Aku ingatkan tak habis kuay teow ni. Rupanya licin jugak. Well, bukan la licin habis, ada tinggal barang sesudu makan lagi. Sape la yang last makan koay teow tu, alang2 tak habiskan.Ish ish ish...

Sunday, rutin pagi macam biasa. Masak lauk pauk biasa jugak.
Aku buat gulai ikan masin + terung & nenas and sambal udang.
Sayur sawi tumis dengan timun.
Lepas tu goreng nasi.

Malamnya pulak, keluarga sis-in-law aku pulak datang beraya.
Aku masak daging rendang dan goreng mi.
Sis in law beli sayap ayam bakar.
Tengok2 gulai ikan masin masih banyak..so aku panaskan aje.
Elok aku siap kemaskan dapur, tamu pun sampai.
Sembang lebih kurang, aku mintak diri nak mandi & solat.
Ikutkan hati nak je aku landing terus kat katil..penat weh!
Tapi tak elok la kan. Kena jugak keluar layan sembang kejap.
Diorang pun tak lama sangat sebab sampai pun dah agak lewat.
So let's layan. Takde gambar on this day ye, kemalasan & kepenatan mengatasi segalanya.

After tamu balik, aku rasa macam dah nak tumbang akibat penat + mengantuk.
Cepat2 kemas, sapu..lepas tu bentang tilam. Ye..aku tidur kat luar depan TV. My comfort zone.
Cecah je kepala kat bantal..terus hilang pandangan dan pendengaran aku.
Total black out. Kaw2 punya tidur. Sedikit pun aku tak terbangun sampai pukul 5 pagi.
Mujur tak terlepas solat subuh.

Now that the holiday is over, rutin pun perlahan lahan balik ke asal.
Walaupun rasa nak sambung cuti tu membara bara, apakan daya kena kerja jugak.
And rasanya weekends ni ada lagi kot open house yang kena pergi.
We'll see lah ye..kalau ada jemputan Insya Allah weols cuba datang.

Baeklah rasanya dah banyak aku membebel kat sini.
Jejari gemuk ni dah kepenatan mengetuk keyboard.
Ada satu lagi entry yang aku simpan dalam draft...kalau rajin malam ni aku update.
Kalau takde malam ni esok lah ye.

Tata!