Saturday, November 8, 2014

BDC - Day 9 (5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda)

Sudah sampai cabaran hari ke 9, 5 lelaki yang menarik perhatian aku.
Hurm...nak bagi kalangan orang biasa, setakat ni belum ada yang pass piawaian (matiklah bangsat statement aku kan...macamkan aku ni pass piawaian orang..pui!)
Jadi aku pilih dari golongan artis ye..senang sikit.
'Play safe' lah katakan...hew3x
Mari kita tengok siapakah mereka mereka yang bertuah ittew...

1. YUTAKA TAKENOUCHI

 If you read my blog mesti korang tau aku gilakan si Jepun ni. Tak jemu aku nengok muka dia. Angelic and devilish, dua2 dia boleh carry. Macam gambar kat atas ni, so rebellious but cheeky at the same time. Aiya..macam mana x chenta if like this? *Mata berlove love*. Anyways, aku paling suka character dia dalam drama With Love (Hasegawa Takashi nee: HATA). Geram aku bila stesen tv Melesia ni dah tak siarkan citer jepun. Tetiba kuarkan citer Korea yang ntah apa2 tu..ish menyampah! Thanks to internet and a dear friend yang selalu jadi mangsa paksaan untuk mendonlot, dapatlah aku melepas giab menengok citer Mou Ichido Kimi Ni, Propose lakonan Abam Yutaka...tapi sakit pulak hati I tengok heroin dia tak chantek macam I...eh? Miahahhaah!
 

2. LOUIS KHOO TIN LOK

Aku minat kat dia since tertengok drama Cold Blood Warm Heart. Masa tu dia masih putih putih melati alibaba, bibir pun merah2 delima. Since then aku follow every drama lakonan dia. ICAC, A Recipe For The Heart, Burning Flame, Men's Best Friend, At The Treshold of An Era 1 & 2 to name a few. Kalau filem pulak, paling aku suka dia berlakon filem La Brassiere (with Sean Lau Ching Wan) and Mighty Baby (the Sequel). He's so versatile..boleh bawak all types of character. Jadi villain pun boleh (film: Sar Pot Long 2 dengan Tony Jaa).


3. FAHRIN AHMAD

My current obsession. Tapi takdelah obses sangat sampai sanggup stalk ke hapa. Takde maknanya aku buat keje bengong tu hokeh, I is still waras (tapi aku follow insta dia..hehe). Time fikiran kusut kalau tengok muka dia, macam dapat sejenis ketenangan. Suka lakonan dia dalam Rindu Bertamu Di Abu Dhabi and yang latest drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Tapi bila tengok iklan Ali Cafe yang part dia kena menari tu...hahaha asal part tu aje mesti aku gelak. Lawak kot tarian dia. Takpe, tak pandai menari nanti adinda ajarkan yea...miahahhahahahahahah!


4. AKO A.K.A MUHAIZAD AHMAD MUSTAPHA 

My crush. Sangat crush dengan dia satu masa dulu. Ingat tak drama dia yang famous dulu..tajuknya Dalam Hati Ada Cinta? Aku tak miss ok! And before2 itu pun banyak je drama dia yang best...or at least lakonan dia best (sometimes drama tu cerita dia sangat lame but Ako being a great actor to me carried his role really well). He's friendly, tak sombong and personality-wise memang aku respect sangat2. I know coz dulu2 rajin dia layan aku chat kat YM..hehe. Before kahwin la..after dia kawin aku pun tak berani nak buzz2 dia. Ops, jangan speku ya, it's only a normal conversation between two adults. No hanky panky going on.


5. MATTHEW PORRETTA
 

Korang pernah tengok The New Adventures of Robin Hood? Kalau tak silap it was aired kat TV3 dalam tahun 1997 - 1999. If you did, then mesti uols kenal dia ni siapa. Yang tak kenal tu nasiblah ye. Aku pun terminat kat dia since tengok TNAORH tu le. Huish...gila hemsem di mata aku sampai at one time tv kami rosak, me & my sister sanggup naik bas malam2 pegi ke hotel tempat aunty aku kerja semata mata kerana nak tengok TNAORH. Kemain lagi weols pakai baju yang paling kemas (read: Tshirt & Jeans) naik ke Club Floor berlagak macam in house guest..siap control remote tv lagi tau. Tak terfikir pun risiko kena caught out ke apa. Nasib baik tak pernah kena tangkap. Kalaulah kedapatan memang naya and aunty aku pun mungkin kena sack on the spot.

Selesai pun task hari ke 9, alhamdulillah.
Alizam, walaupun kau sedang bercuti cuti di USS sono', jangan purak2 lupa hapdet ye.

Till then, pipols...I'll be back! (baca dengan style Terminator).

No comments:

Post a Comment