Tuesday, August 19, 2014

Khabar Kurang Enak...

Awal pagi tadi terima Whatsapp dari Macelen.
Bapa mertuanya telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 3 pagi (mungkin juga sebelum jam 3).
Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham.
Al Fatihah buat allahyarham Yaakub bin Ismail.

Sampai ofis pagi tadi pun terima berita yang kurang menyenangkan.
Walaupun berita belum sahih tapi sangat menggoyah perasaan.
Khabarnya pihak pengurusan ada perancangan untuk menukar sistem gaji bulanan kepada harian.
Dan akan ada pengurangan, tak tau berapa banyak nak dikurangkan.
However ini cuma hearsay kata si penyampai.
Entah betul entah tidak.
Memang aku tak setuju sistem gaji ditukar.
Sebab cuti sah sah akan kena revoke.
And bila sentuh bab 'pengurangan' tu lah yang aku tak berkenan langsung.
Apa pun, kena cari back up sekiranya benda ni berlaku.
Susah kalau last minute baru terhegeh cari tapak baru.

Doakan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar.

Aamin ya rabbal alamin...

3 comments: