Friday, January 2, 2015

Baru. Two Owh One Five.

Assalamualaikum 2015...

Bertemu lagi di tahun baru..hehe!
Dalam post yang sudah aku ada cakap nak hapdet kan...
Takde maknanya uols. Janji dicapati kaedahnya. Eh..kejap, rasanya takde pulak aku berjanji.
Jadi abaikan aje istilah janji dicapati ittew...hew hew hew!
Bukan apa, kawan2 opis ni ha sibuk mengajak berwefie bagai.
Masing2 tunjuk bakat jadi 'potograper propesyenel' konon.
Walhal hasil snapshots entahapaapa kejadiannya.
Belasahlah...janji ado. Thus, langsung lupa nak hapdet belog.

Malam 31 December tu kami balik kampung.
Tapi bertolak sebelah malam sebab aku tak dapek balik awal.
Sampai rumah kelam kabut mandi n solat semua, lepas tu baru jalan.
Aku tak sempat dinner pun. Punyalah lapar nak mampus!
Nasib baik singgah kejap kat supermarket, aku sambar biskut & air.
Cukup la buat syarat isi perut.

Sampai kampung, diorang dah awal mula membakar.
Sosej dah gone. Tapi weols ada beli lagi 8 peket.
Ikan dah half gone. Ayam belum start panggang.
Aku terus serbu nasi and ikan dulu. Followed by jagung bakar.
Dan ayam panggang. Dan macaroni salad. Dan blackforest cake.
Hoih....kalau tak control nepsu memang tak berenti makan. Ada chance tertidur sambil tangan pegang jagung bakar, mulut masih mengunyah.
Oh ye..malam tu jugak weol celebrate early birthday for my grandad.
Sebenarnya aku tak tau pun bila tarikh sebenar birthday grandad aku.
Dan kalau ikut ic, umur dia dah 82 tahun.
And gathering sempena new year ni pun dia yang punya idea.
Siap pesan awal2 kat weols 'Mesti balik kampung nanti' katanya.
Sementara masih berpeluang ni kita turutkan saja kemahuan beliau so takde regrets kemudian hari.

Gambar? Ada...tapi malas nak upload. Boleh gitu?
Nantilah kalau ada kerajinan aku masukkan gambar2 yang ada.
Sementara tu sila terima selfie selfus dari aku and my colleagues dulu ya.



Entah kenapa pipi aku kembang macam kuih pau. Cisss...sabotaj nih..sabotaj! *tidak menerima kenyataan*

Comey kan Kak Ton? Miahahhahahah!

Aku takde idea nak buat penutup. Dah la...until next entry, byeee!

No comments:

Post a Comment