Monday, June 30, 2014

1st Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem semua...

How's your 1st ramadhan?
Aku...agak teruk. Pertama kali rasa 1st Ramadhan seteruk ini.
Sakit kepala migrain and gastric bergabung meletup meyerang diriku ini..oh sedih!
Hasilnya melepeklah aku sepanjang hari.
Ops..bukan sepanjang hari. Setengah hari je..hehe!

Actually aku dah mula sakit kepala malam Sabtu lagi.
Mungkin sebab aku tak dinner kot.
Sebab lunch dah lewat, makan nasi daging pindang and satay perut + usus bebatang batang.
Jadi sampai ke malam aku rasa kenyang.
Kenyang tapi muak..tau tak perasaan tu?
Nampak nasi, muak..nampak lauk laagilah muak.
So tak nak makan. Tapi hasilnya tu lah..sakit kepala.
Telan panadol, then makan la sikit buat syarat dengan harapan kurang sakit kepala tu.
Sekali bangun sahur, the throbbing headache masih ada.
Takpa..makan jugak sahur. We had ayam kicap and sayur taiwan tumis. Lepas tu makan lagi panadol.
Sambil berharap bangun karang baiklah kepala ni.
Then solat..tak lama tu aku tertidur balik.

Bangun je aku rasa ada kurang sikit la sakitnya.
Bila mommy bawa pegi tamu aku ikutkan je.
Meround tamu je dah berapa lama.
Si mommy pulak nak beli tempat simpan lauk.
Tapi pegi kedai tu, tak bukak pulak.
Katanya buka around 11am. So takpelah, weols balik dulu.

Rehat kejap je. Jam 11 jalan lagi bawak mommy cari bekas idaman dia tu. Kali ni bawak si Nana.
Pegi balik ke kedai tadi, tapi takde pulak yang dia berkenan.
Lepas tu pegi Supersave pun takde yang dia berkenan. Kena pow pulak oleh si Nana, beli mainan..haha!
Last resort, cari kat Yu Seng.
Ya ampun kat sini bersilat aku gara gara si Nana.
Budak kecik ni memang suka bikin aku heart attack tau!
Pantang terlepas laju je dia pecut keliling kedai.

Dalam berlari sempat lagi tangan dia libas botol botol plastik kat rak.
Nasib baik plastik..kalau kaca? Nangis nak mengganti.
Penat sampai rasa nak nangis aku...kepala pun dah start sakit macam di ketuk dengan belantan.
Siap bayar terus pecut pulang.

Sampai rumah..mandi, solat and terus aku kong.
Takde daya upaya dah...kepala berat perut pun dah lain macam.
Terjaga pulak jam 3 macam tu. Hoih...masa ni paling teruk!
Bangun2 je rasa nauseous..macam nak pitam pun ada sebab kepala sakit sangat.
Keluar peluh sejuk satu badan lencun..
Tak lama tu the nauseous wave intensifies..terus berlari aku ke tandas.
Habis keluar muntah kuning semua.
Bila aku baring balik..tak lama nak muntah lagi.
Kali ni kuar warna kuning pekat.
Bila kuar tu baru perut lega..
Then aku tertidur lagi.
Kesian la mommy terpaksa masak sorang kat dapur.
Kalau aku tak sakit memang aku yang masak. Takyah mommy penat.
Yang lain tak tolong ke? Hmm..entah la. Tolong sedia perut je kot. #silaterasa
By the way, mom cooked mee goreng udang, ayam kicap, ayam goreng and sayur campur. And bubur ubi.

530pm aku terbangun and again, the nauseous wave rises up.
Kelam kabut ke tandas. Muntah kuning lagi.
Tapi kali ni not as bad as before la.
Dah muntah tu aku rasa macam ok sikit. Kepala tak berapa berat dah.
Terus mandi and solat asar.

Oleh kerana selera makan dah ke laut, aku cuma ambik popiah seketul, ayam goreng cinonet seketul and mi goreng udang dalam 3 sudu makan. Air sirap limau segelas besar.
Tu je yang mampu aku makan during berbuka. Lagipun aku tak beranilah nak menyumbat sangat.
Takut kang termuntah lagi. Cari penyakit namanya tu. Tak lama lepas tu aku makan panadol lagi.
Alhamdulillah tak lama lepas telan panadol hilang sakit kepala.

By 9pm aku makan sikit nasi and ayam goreng.
By 1030pm aku buat toasted bread letak butter and susu, with one big glass of nescafe ping.
Mementang perut dah ok, kemain lagi kan...haha!

Sahur tadi pulak we had ikan goreng, sambal belacan and sayur terung tumis.
Macam nak tambah nasi tapi takut tak hadam makanan..so lupakan je lah.
Minum air banyak banyak pun dah ok.
After sahur, duduk kejap menunggu nak solat subuh.
Tapi elok pulak tertidur sambil duduk..haha!
So terbangun jam 5 pagi, terus solat and sambung tidur :P

Begitulah kisahnya my 1st day of Ramadhan this year.
Hari pertama dah diuji sakit kepala bagai..tapi syukur aku dapat bertahan.
Moga moga puasa aku semalam diterima Allah...

Sorry no pictures. Keadaan tak mengizinkan.
Let's see if today aku rajin ambik gambar.

Later, y'alls!

2 comments: