Monday, June 30, 2014

Dinner Time!

*Supposed to be posted on 28 June 2014 tapi aku malas so terimalah update bangas ini seadanya*

Semalam adik aku bawa weols dinner sempena pre-ramadhan.
Ada rezeki lebih tu dia belanjalah.
Tempat yang dipilih, Restoran Masakan Sedap.
Ye..memang itu namanya.

Berbondong bondong ke sana dengan perut yang maha lapar (aku la tu).
Aku takdelah put my expectation on high, takut kecewa berganda.
I just go with the flow. Aku tak campur tangan pun dalam hal order mengorder.
Kosser aku, dah lapar katanya kan.
Sebab lapar jugaklah aku takde ambik gambar makanan satu persatu.
Tapi gambar lain adalah..tu nanti korang tengok kat bawah yea.

So, last night we had:-

Sabah Veggie Tumis Belacan
Aku rasa sayur ni namanya kampungnya Belalai Gajah.
Sedaplah jugak. Crunchy but not spicy. Kalau pedas lagi meletup kot.

Steamed Tilapia
Aku bukan penggemar ikan kukus. Aku tak suka ikan kukus.
Tapi cubalah jugak semalam barang sesudu. Hmm..not my favourite.
Orang lain suka la kot. But not me.

Corn Soup
Not bad..the same old taste of starchy corn soup.

Fried Chicken With Mayonnaise
Nice and crunchy. Fairly seasoned. Not bad.

Sliced Mushrooms & Broccoli
Bagi aku biasa biasa je tapi aku suka mushroom & broccoli so banyak jugak aku bedal.

Blackpepper Lamb
My favourite dish of the night - the winner! Cukup rasa, cukup perisa..cukup semualah.
Sedap ya amat! Isk, type ni pun aku dok telan telan air liur.

Steamed Egg Tofu With Minced Chicken
Ini pun sedap..tapi aku tak ambik banyak. Ada dalam dua sudu kot aku makan.

Yam Ring With Chicken, Cashew & Veggies
Agak kecewa dengan dish ini. Sebab the yam ring kurang sedap. Banyak tepung dari keladi.
And the yam ring was a bit mushy. Aku bedal isi ayam sekeping and bolot cashew dia.
The yam...well, makan sikit and selebihnya cuit2 saje. Tsk!

Dry Butter Prawn 
This was good, udang besar besar cuma aku rasa portion dia kecik. Dah bagitau makan untuk
15 orang tapi udang tu tak sampai 15 ekor kot. Sedap la tapi.

Kam Heong Crab
Runner up of the night. The kam heong sauce was good. Walaupun terpaksa bersusah payah
nak mengopek ketam weols tak kisah sebab sedap.

Dessert: Coconut Pudding
Not too sweet, just the way I like it. Bedal semangkuk je sebab perut dah sengkak gila cadbury!
Ikut hati nak perabiskan sebijik coconut pudding. Apakan daya perut tak mengizinkan.

Overall aku rasa okaylah. Service pun takdelah lambat sangat. Ada potensi untuk repeat lagi anytime.Cuma yang aku musykil, macam sorang je yang ambik order..takde pun orang lain menolong. Sebab bila kami nak tambah order air, kena tunggu the same person yang memula ambik order weols tu jugak. Ingatkan one person ambik order for one table, tapi aku perhatikan dia je yang ke hulu ke hilir catit order customer. Yang lain tukang hantar makanan & tukang clear meja.

Gegambar di bawah aku malas nak susun ikut aturan. Sebab banyak kali aku try upload tapi banyak kali jugaklah failed. Banyak je gambar sebenarnya tapi sebab failed memanjang maka ko layan je lah mana yang ada.



Kenji & Eysha

Tuan punya blog & maknya yang awesome :)

Tasya & her mommy

Yam Ring yang gagal menepati citarasa aku (dan kami semua)

Coconut Pudding

My brother Azlan, Eysha & my mom


Yang tinggal selepas perut kesendatan

Teha, Ija & Alan. See the guy yang pakai baju merah tu? Dia la sorang yang tukang ambik order. 

Ajui, Kenji, Tasya & Sarah


Azman, Nana Suarez (because she bites like Suarez, ok!) and Fiza

Alan, mom, Ajib & Dudu
Di akhiri dengan muka tuan blog yang lapar. Apa apa pun kita selfie dulu! Hew hew hew...


Dah le...malas aku nak pikir kata kata penutup. So, that's all for nowlah ye.

2 comments:

  1. macam terhengen plak nak rasa Kam Heong Crab ito...

    ReplyDelete
  2. One day we go together gether lah..kat sedco pun ada jugak yang sedap Kam Heong crabnya..

    ReplyDelete