Saturday, June 21, 2014

Cerita Ramadhan

Menghampiri Ramadhan, sejujurnya aku ada sedikit cuak.
More to takut actually.
Takut kejadian Ramadhan tahun lalu berulang.
Takut diserang anxiety sekali lagi.
Aku tak sanggup berperasaan macam tu lagi.
Letih otak dan badan, jiwa raga kau semua macam sangat penat.
Even nak bangun dari tempat tidur tu pun rasa payah.
Kalau boleh tak nak buka mata langsung.

Ergh..cukuplah sekali aku kena teruk macam tu.
Serious memang hidup rasa kosong, hopeless, asyik fikir nak mati, tengok orang keliling pun kau boleh tetiba menangis...tak ke penat macam tu?
Ya Allah..jauhkanlah aku daripada terkena lagi penyakit tu sampai bila bila.

Ok enough la kisah yang buat aku rasa macam orang gila ni.
Baik kita cerita yang baik baik aje..ye tak?
Let's start with cerita ramadhan zaman bebudak.
Owh kalau nak cerita semua boleh bikin drama bersiri ni..
So kita ringkas kan.

Dulu asal masuk bulan puasa aku siap check drama apa yang akan main kat TV.
Kan selalu ada drama best2 jam 4 or 430 petang...so agak2 menarik ceritanya, memang aku follow.
Antara yang aku ingat, drama Wardah, Siti Zulaiha  - dua2 pelakon dia Norlida Ahmad a.k.a Connie
Aku suka tengok muka dia, sesuai sangat bawa watak utama drama tu.

Tapi paling legend mesti la drama God, The One & Only.
Drama Arab (alih bahasa) kisah Nabi Musa Alaihis-Salam.
Kenangan sangat cerita ni...tapi itu nanti aku buat entry lain.

Lepas tengok drama, kelam kabut mandi dan duduk kat luar.
Sebab time ni makcik aku akan ke masjid hantar bubur and lepas tu ke pasar ramadhan.
So siapa yang dah siap awal tu dapatlah ikut.
Berebut kami adik beradik nak ikut, sampai makcik aku buat sistem giliran.
Siapa ikut hari ni, esoknya tak boleh ikut. Kena tunggu hari berikutnya.

Oleh kerana keluarga aku besar, keluasan ruang makan tak mampu menampung semua orang.
Kami adik beradik buka puasa kat bilik.
Mind you our room was large. Lagi besar dari ruang makan.
So awal awal lagi kami ambik makanan and bawak masuk bilik.
Bersila depan TV, sambil tunggu waktu berbuka layan lagi tv programs.
Then ada sorang bertugas sebagai tukang dengar azan.
Sampai waktu je lari ke bilik and announce 'Azan sudah!'.

Oh how I missed those days!
Tak tau nak cakap macam mana tapi memang beza kan thrill puasa zaman dulu dan sekarang.
Tah, aku rasa sekarang ni budak2 dia dah tak berapa happening.
Bawak ke pasar ramadhan pun muka monyok.
Ye la paham puasa memang seksa kalau nengok makanan.
Tahanlah sikit. After all dah dibawa ke param tu mesti kau dapat habuan kan?
Dik..akak kau ni dulu round sepuluh pusingan kat param tu rilek je.
Suka tengok makanan yang macam macam ada tu.
Lagipun bila balik rumah dah nak dekat waktu berbuka.
Tambah excited!

There's one time yang aku ingat.
Hari hari hantar bubur ke masjid negeri.
Hari hari jugak ada sorang ustaz ni akan panggil kami (aku & arwah uncle - he's only 2 yrs older than me)
masuk dalam bilik dia and dia akan start cerita kisah2 nabi
Sumpah masa tu aku memang suka sangat!
Aku betul2 ingat masa ustaz tu cerita kisah Nabi Allah Ayub yang paling banyak dugaan..
Masya Allah...aku menangis bagai nak rak! Sampai kat rumah pun nangis lagi.
Makan pun nangis. nak tidur pun nangis teringat betapa hebat ujian Allah kat nabi Ayub A.S
Insaf aku sekejap. Tapi esoknya kembali berperangai keji..haha!
Taklah..aku tak jahat mana time bebudak dulu.
Maklumlah ramai adik..jadi masa untuk keluarkan tanduk tak berapa nak ada sebab sibuk tolong mak jaga adik.

Dulu kalau buka puasa kat rumah aku wajib ada air...err, aku tak tau nama.
Dia ada biji selasih (aku panggil telur katak) cincau dan kembang semangkuk.
Simpan ais...fuh! Memang nyaman!
Sekarang dah jarang buat. maybe beberapa kali je during puasa.
Selebihnya air oren, sirap, sarsi atau kalau dah malas sangat beli je kat param.

Ya Allah..semoga ramadhan yang akan datang dapat aku lalui dengan penuh kesabaran, kesyukuran dan ketenangan.

Aamin Ya Rabb..

1 comment:

  1. Ekcelibdah baca entri ni sabtu lagi... first baca halfway... poopp karan out sekejap... bila power up back baca balik sampai habis... poooppp karan out lagik... mcm sial prasaan masa tuh. Bila dah power dah back lps koling sesb hotline... kbtln plak generator kat walai overheated tak berfungsi... aku hilang nafsu nk meninggalkan komen.

    ReplyDelete