Monday, June 9, 2014

Demi Maleficent...

Sampai ke hari ini aku belum gaji.
Tak taulah pasal apa lambat bulan ni.
Selama aku kerja disini tak pernah lagi rasanya lambat like now.
Haih..berdoa je lah supaya next week dapat gaji. Kalau tak memang makan pasir le aku.

Dalam kalut belum gaji tu aku sempat simpan niat nak tengok Malficent.
And nasib aku baik bila si Alizam sudi untuk membelanja.
Lompat bintanglah aku! Tapi pokcik tu nak tengok siang hari Jumaat.
Aku pulak tinggal sorang after colleague aku resign bebaru ni.
Susah sikit nak cuti. Tapi untuk Maleficent, aku tak kira..wajib tengok jugak walaupun apa halangannya. Gituuuuuuu...

Jadi aku atur strategi. Susun ayat terbaik..akhirnya dapat juga aku keluar. Phew!
Apa yg aku ayat kat bos tu biar lah rahsia ye. Yang penting berjaya.

So dapat je green light, berkejar terus ke Suria.
Makan kehepsi sambil anyam ketupat light light.
Hajat tu nak bermonopod tapi spot yg best dah di ambil orang.
Jadi takdelah gambar weols bermonopodwhoring sambil kunyah ayam.
Tunggu sampai kat lobby gsc je baru snappy snappy.

Tapi agak kecewa bila takde cardboard cut untuk Maleficent ni.
Yang ado cuma poster kerenyuk (kusut) and printout kecik je.
Lantaklah..yang penting gamborrr.

Teruja banget! Idola pulak tu, harus excited lebih!

 Nak tiru bibir Kak Juli tapi fail yang epic. Berangan je lah yang mampu nok...

 Merenung poster. Nak kemho dengan cardboard cut, nan ado pulak. Poster pun posterlah...

 Rakan subahat. Monopodwhoring dengan poster pun boley...

 Satu lagi Foremost! (aku x tau apa motif aku pose buat muka mintak penampar nih)

 Another pose muka mintak penampar. Aku la tu. Tsk!

Well well...aku sangat suka dengan movie ni!
Aku bagi 4.5 star out of 5.
0.5 markah di potong sebab yang jadi King Stefan adalah huduh...aku x suka. Hohoho!
I just love the twist on the true love's kiss spell.
Oh..kalau nak tahu apakah twist itu, sila tengok sendiri ye.
Kosser aku nak buat review.
Tak nak gi panggung, nanti uols subscribe la kat Astro.


Lepas tu aku balik opis. Hahahha..gila kan, keluar opis semata mata nak tengok wayang.
Ko mampu? Iols mampuuuuu *flip shawl*

Ok lah itu je nak update. Babai!

2 comments:

  1. jangan lupa temujanji kita 26 ni... make yourself available hokay. harap2 ada 3D.

    ReplyDelete
  2. Of koz! Macam mana pun mesti jadi juga!

    ReplyDelete