Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan day 2

Hola holi eberibadeyh!
Eh eh...tersasul pulak Kak Ton di bulan puasa ni ye.
Maaf..let me start again.

Assalamualaikum semua :)
Dah masuk hari ke 4 puasa ni..macam mana pose uols?
For me dah ok la..cuma sakit kepala masih menyerang sikit sikit.
Panas sangat cuaca sekarang. Tapi lepas berbuka alhamdulillah hilang headache.

So..Isnin tu sahur ikan goreng, sawi goreng + cendawan and sambal belacan.
Berbuka pulak my superwoman mommy masak kuay teow goreng, ayam goreng, sayur bendi, ikan masak sambal and bubur keledek. Kuih ada dua tiga jenis beli kat bazar ramadhan. And ada juga bakso, pun beli di bazar. Minuman is sirap bandung cincau and cendol kot..tak perasan sangat sebab aku buat air oren gelas giant untuk diri sendiri..hehe!


This is my plate. Round one. Nampak tu gelas giant I? Hew hew hew...

Round two at 10pm Monday night. Ikan sambal itu sangat awesome! Tak tahan oii godaan sangat..makanya I makan lagi
So that was 2nd Ramadan's Sahur & Sungkai story.

Day 3, bersahur dengan sup ayam & lebihan ikan sambal.
Aku bedal dua dua sekali. Tapi yang sup tu hirup and ratah je pun.
Untuk sungkaian pula mommy masak kari ayam, ikan merah rebus kunyit and pasta goreng.
Bakso, rojak, gado gado, kuih muih beli di bazar.
Oh, semalam aku berjaya menghadirkan diri ke bazar ramadhan Lintasan Deasoka.
Tapi aku takdelah beria sangat..cuma beli kuih dua tiga jenis then pulang.
Malas pulak aku ambik gambar satu persatu so no pictures of those yummies this time.
Dah la aku sorang, kang tersnap snap sana sini, di cop macam orang kurang siuman pulak.

Hari ke tiga ni, aku makan (read: merasa) semua makanan yang terhidang tapi sikit sikit la.
Kalau perut full sangat kang susah nak solat pulak.
So bila dah makan sikit tu, haruslah ada repeat kan...
Jadi aku repeat makan pasta goreng and ratah ikan rebus, bersertakan segelas giant coke & ice.
Oh..nyaman gila cadbury kata ko!
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.Ok la kan aku repeat makan, sekurang kurangnya tiada pembaziran berlaku..hehehe!

And tadi pagi sahuran adalah ayam kicap.
Untuk sungkai, menu masih menjadi misteri nusantara.
Aku rasa nak redah lagi kat bazar Lintasan Deasoka tu.
Ada pulak yang aku terberkenan semalam tapi tak beli, jadi kalau ada rezeki nak beli hari ni..Insya Allah.
Apa apa pun esok aku update lagi ye..

No comments:

Post a Comment