Monday, June 23, 2014

Remuk

I'm sure you all tahu pasal berita budak OKU tu kan. Nama dia Mohd Firdaus.
Istighfar panjang aku tau.
Mula mula aku nampak news feed kat FB bagi link ke Harian metro (kalau tak silap)
So baca. Masa tu takde la terkesan sangat kan sebab baca pun sekali lalu je.

Then malam tu, aku tengah nak makan.
Elok bersila depan TV, mak aku tukar channel ke TV3.
Kebetulan keluar cerita tu.
Terkedu aku! Tak tertelan nasi yang aku dah suap dalam mulut.
End up aku tak makan langsung.

Masya Allah...sampai begitu sekali budak tu disia siakan.
Aku tahan je air mata dari mengalir. Tekak pun sampai perit menahan sebak.
Kesian, marah, kecewa..semua bercampur baur.
Nasib baik dijumpai (walaupun masa tu keadaan Firdaus amat menyedihkan), kalau tak kita tak tau apa jadi kat dia.

The next day aku baca dalam FB newsfeed, ada pulak mak dia ni nak defend diri.
Kata orang tak tau kesusahan hidup dia, kesusahan nak bela anak OKU.
Bagi aku itu semua alasan.
Tak dapat aku terima alasan macam tu.

Ok kat sini aku nak persoalkan beberapa perkara.
KATANYA susah nak bela anak OKU.
Ye, memang susah. Tapi dah namanya anak. Tanggungjawab kau bela dia dah termaktub.
KATANYA nak anak berdikari.
Ok yang ni aku rasa nak hempuk kepala dia. BERDIKARI macam mana sedangkan anak tu sakit cerebral palsy (cerebral palsy is caused by damage to the motor control centers of the developing brain). Agak agak laa pun kalau nak anak berdikari sangat.
KATANYA dia tak biarkan anak tu kebulur. Sebelum pegi kerja dia sediakan makanan dalam bekas polisterin.
Baiknya kau...just letak nasi dalam bekas and ko expect anak ko makan la kan. Dah dia sakit CP, macam mana dia nak menyuap makan ke mulut sendiri? Kau mak dia, tak boleh ke kau suap anak kau makan?
Setakat beli nasi letak macam tu je, bukan mak dia pun boleh.

Kalau betul kau jaga dia, kenapa waktu jumpa tu keadaan anak kau macam tu? Tak terurus, baju dah reput, kurus kering, bergelumang najis, bilik kotor bertanah tu semua?
Takkan kau balik kerja takde masa nak urus anak? Takat mandikan, bersihkan, suap makan...bukankah itu tanggungjawab kau?

Ok maybe I'm going too far cakap pasal tanggung jawab or even talking about the whole thing.
Sebab aku belum ada pengalaman jaga anak sendiri. Inikan pula dia yang jaga anak istimewa.
Mungkin dia ada masalah sendiri TAPI kenapa biar anak yang jadi mangsa?
Apa pun alasan dia bagi aku memang tak boleh terima.
Cara dia buat anak macam tu, bagi aku tiada perikemanusiaan langsung!

Khabarnya si ibu sekarang dalam tahanan polis untuk siasatan.
Harap dia dapat hukuman setimpal.
Kalau lepas sekali pun, dia kena bersedia untuk terima hukuman dari masyarakat pulak.
Itu baru kat dunia. Di akhirat, wallahualam.



Ahad pagi, aku sedang sibuk masak di dapur. Datang pulak stray cat ni.
Cantik, cuma bulu2 dia kotor sikit la. Mata biru. Kuciang siam agaknya kan.
Actualy dah lama dia ni asyik berlegar legar di belakang rumah, cuma tak berani masuk.
Kesian pulak aku tengok. Jadi aku bagi la makan nasi + hati ayam mentah (aku tak tau boleh ke bagi makanan mcm ni kat kucing tapi itu je yang ada di rumah so aku bagi la so dia x kebulur)
Ramas bagi hancur. Then letak pinggan panggil dia makan.
Sekejap je licin pinggan! Well, ada la sekor kucing stray jugak tumpang sekaki tapi dah tinggal sisa2 sikit je kot yang dia bedal.

Tengok si miau ni makan dengan selera, tetiba fikiran aku teringat kat Mohd Firdaus.
Sedangkan binatang sayangkan anak, manusia pula sanggup abaikan anak.
Mengalir jugak air mata aku.
Terkini, khabarnya adik Mohd Firdaus dirawat di hospital dan berada dalam keadaan baik.
Alhamdulillah, semoga Allah melindungi mu, Firdaus.

Dan semoga Allah memberikan balasan setimpal terhadap orang yang menganiayai mu.

2 comments: