Wednesday, June 11, 2014

It's So Addictive I Have To Do It (Almost) Everyday

Aku dah cakap. Memang ketagihan kalau dah start balik buat benda ni.
Once dah mula pegang pensel, agak susah nak letak balik.
Macam naik syok pulak aku buat sketching..hehe!

Maaflah..bukan tujuan nak menunjuk.
Cuma rasa puas hati bila apa yang dibuat tu nampak emm...bokeh ke aku cakap cantik eh?
Ok fine, cantik di mata aku. Yes, masih ada banyak flaw sana sini.
Maklumlah, amatur katanya.

Kelemahan paling ketara is potrait sketching.
Dari dulu sampai la sekarang kalau lukis mata, hidung, telinga and bibir aku adalah fail!
Mesti senget benget.
But give me cartoon anytime, Insya Allah aku boleh buat.

Sila jamu mata dengan sketches yang aku hasilkan beberapa hari lepas:-
*Malas susun ikut date*


Plankton, Mr Krab & Squidward. Requested by anak buah aku si Eysha

Captain America yang cacat mata hidung dan mulutnya. Sedih. Buat ni sebab ada yang request nakkan watak Avengers so aku pun dengan tak sedar dirinya mula sketch Captain America. Sekaliiii...ambek obat! Terus kensel nak lukis Avengers. Hahahhaha!

Garfield. Requested by Wan Azlyna

Hello Kitty versi duyung. Requested by Nora Myra

Maleficent. Aku ambil masa dua hari nak siapkan. See what I meant? Bibir, hidung & mata tu macam tak kena. Tapi kira ok lah kan? KAN? *ada ciri paksaan disitu*

Rukawa & Sakuragi of Slam Dunk versi kiut. Hahaha! Requested by adik aku si Ira.

Adult Simba requested by anak buah aku Natasya Ayumi

Patrick Star & Sponge Bob Square Pants requested by anak buah aku Eysha

Rukawa Kaede of Slam Dunk versi remajahhhhh....hew hew hew! Especially for Ira.


Semua ni aku lukis berpandukan visual image.
Aku google sketch yang aku nak buat, lepas tu view di PC.
Then aku sketch menurut apa yang aku nampak.
Of course tak sama la 100%.
Jangan suruh aku sketch guna imagination sebab memang ke laut jadinya.
Tahap creativity aku adalah limited.

To be honest aku lebih suka lukis cartoon characters berbanding human (especially potrait..ergh!).
With cartoon characters kalau ada silap pun boleh improvise.
Kalau human..oih, susah woooo! Look at my drawing of Captain America for example.
Silap buat terus nampak cacat.Tensi I tau!
That's why aku tak suka draw human potrait.
And bagi sesiapa yang request human potrait tu, minta maaf bebanyaklah ye, aku tak mampu menunaikan.

Sampai bila aku ada kerajinan nak melukis ni, aku sendiri pun tak tau.
In the mean time, uols layan je lah lukisan2 yang aku upload kat FB, Twitter and Instagram.
Kalau rasa menyampah or tak suka, nasib kaulah ye.
Aku suka je. Hahhaha!

Ok ending bengong. Sebelum aku bertambah bengong, baik aku berenti.
Babai!

1 comment: