Tuesday, January 3, 2017

Mimpi Tahun Baru Yang Buat Hati Aku Tidak Keruan

Assalamualaikum and Happy New Year 2017!

Seperti biasa aku takde azam apa pun sempena new year. Tak pernah ada since forever kot.
Ntah kenapa memang aku tak teringin nak berazam bagai.
Bagi aku, watever yang akan jadi, aku harung aje.

But of course, semestinya mendoakan yang baik baik.
Mintak yang baik and semoga semua berjalan lancar.

Anyways, aku taknak citer pasal tu. Dah cliche sangat rasanya.
Ni aku nak cerita pasal mimpi aku semalam.
Feels so real sampai aku rasa confused gila bila bangun tadi.
So let's get down to the story, shall we?
Here goes...

I met this guy. Pada pandangan aku sangat handsome.
We're instantly clicked and smitten with each other.
The spark macam merecik recik dalam hati and everytime we looked at each other jantung aku macam nak meletop pom pom kalah Kak Lina Pom Pom.
Pendek kata he's all that I want in a guylah kaedahnya.
(Ok aku bagitaulah sebenarnya orang dalam mimpi aku ni pelakon and aku memang minat kat dia tapi tak sangka boleh terbawa ke mimpi pulak..cisss...)

Tapikan..ada halangan terbesar dalam ini cerita.
He's married. And dah ada anak.
And his wife is soooooo pretty. Anak pun comel gila.
So even hati aku dah macam melekat kat dia aku tetap tak kasi chance.
Whenever he came close to me aku mesti sedaya upaya remind him about his wife and daughter.
Tapi si dia adalah sangat tegar mengejar aku.
Dia punya ayat tu kalau aku x pasang pagar memang cair bairlah.
Actually dah cair pun but aku tak nak jadi pengacau a.k.a perampas (walaupun kalau ikut perasaan tersangatlah relanya tapi apakan daya *lap airmata*)

Yang aku ingat dalam mimpi tu, dia bersungguh sungguh mengejar.
At one point aku give up. Kalah sekejap.
I let him hug me. And it feels damn good.
(Punya saitan ni mimpi...sangat memainkan perasaan I tau, jilake!)

Scene bertukar. I was in a middle of his shoot. And there is one actor keep looking at me like aku buat salah besar.
And this actor tetiba cakap dengan aku.

Actor: 'Aku tau apa kau buat dengan dia. Kau jangan main api. Kesian la dengan bini dia'
Aku  : 'Uncle, saya x buat apa pun. Doakan saya tidak jadi macam tu. Tolong la doakan ya?'
Actor: 'Aku boleh nampak la cara korang pandang satu sama lain. Baik kau tarik diri sebelum terjebak lagi jauh. Nanti susah. Ingat pesan aku kalau x nak merana'
Aku  : 'Ok Uncle. Thank you'

Lepas tu aku menangis beria ia then terus walk away.
Running, to be exact. Macam masuk marathon pun ada sebab aku berlari bukan alang alang.
Sayup2 terdengar dia panggil nama aku tapi aku terus lari.

Dalam pada itu terjumpa pulak crush aku zaman sekolah.
Boleh2 aku lari terus peluk dia.
Dia pun kemain lagi pujuk aku, siap bagi semangat bagai.
Tetiba aku rasa someone cuit aku.
And aku terus terbangun.

The end of my mimpi.

See, macam jilake kan mimpi aku?

Do you wanna know siapa pelakon ittew?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Do you, really?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok la ok la....aku bagitau laaaa...
Ini haaa orangnya:-


Image result for shukri yahaya

Kenal?

Tak kenal, sudah! Namamu Dolah, tetekmu sebelah!

Aku rasa aku tau kenapa dia masuk dalam mimpi aku semalam.
Sebelum tidur aku asyik layan Instagram gambar2 majlis akikah anak dia.
Tapi tengok2 je lah sambil admire wife dia yang cantik itu.
Tetiba masuk dalam mimpi pulak...haih!


But seriously, mendebarkan la mimpi tu.
Especially bila dia keluarkan ayat2 pancingan....pergh, memang power menusuk qolbu.
Anyways jangan risau ye sebab hanya dalam mimpi je. In real life memang tak akan jadi punyalah situasi sebegini.
Insya Allah tidak akan.
 And oh, Uncle actor tu sebenarnya Kazar Saisi.
Pandai pulak dia bagi nasihatkan.
Ok Uncle, I will always remember nasihat u walaupun hanya dalam mimpi.

And Dr Khuzairie, whatever happened in my dream tu pun aku akan ingat.
Boleh buat modal ubat hati time jiwa kacau...heheh!


Ok dah habis drama mimpi.
Pi sambung buat kerja.


See you next time if ada kerajinan menaip.
Byeeeeee *lambai ratu*



Thursday, October 27, 2016

Ride With Me...

Macam gempak je tajuk tu kan...
Janganlah tertipu uols, ahkak saje la nak glemer sikit.
Maklumlah dah lama x muncul, haruslah ober de top katanya kan...hahaha!

Ok lah straight to the point.
Lama kan aku x update,
Dah tahap bersawang kronik blog ni aku tinggalkan.
Ok takdelah tinggal terus sebab kadang aku check jugak.
Tapi nak mengupdate tu, nepsu macam tak berapa high pulak.

Kali ni aku hapdet cuma nak bagitau.
Starting from today, 'kaki' aku dah panjang sikit nak melangkah berjimbaan ke sana kemari.
Sebab aku dah pakai kereta..hehehe!
Alhamdulillah, ada insan yang bermurah hati bagi aku pakai kereta dia.
Harus aku tekankan disini, yang aku adalah di offer untuk pakai kereta itu.
Bukannya aku meminta minta ke apa. Tapi dah di offer, tak melompat kegembiraan kau?

So semalam pegi ambik kereta kat rumah dia.
Bawak sekali cousin aku & her tunang.
Sekali kereta x bole start pulak...
Dah lama terperap tak bergerak so bateri kong.
Kena pakai jumper but still need to replace the battery la.

And tadi pagi dah ganti bateri..weeehhoooo! I is happy!
Finally ada kenderaan nak ke sana sini.
Selama ni asyik laa pakai kereta orang je. So now dah boleh bergerak sendiri.
Terpaling happy is si mother la of course.
Awal2 lagi dah cakap dia happy coz dia boleh bawak aku kalau dia nak ke mana mana.
Aku ok je. Nak pergi mana, aku boleh bawak.
Asalkan mother happy, aku pun happy..hehe!
Eh macam poyo betul kan? Aaaahhh lantak!
Kau tak suka, ada aku kisah?
Waaah..tetiba emo.


Ok lah, see you next time.
Berdoalah agar aku rajin menghapdet.
*Lambai ratu*

Monday, July 18, 2016

Luahan Perasaan (10% dari cerita sebenar)

Assalamualaikum.

Sorry in advance ye sebab dalam entry kali ni bahasa aku agak kasar.
Geram sangat nih...
So korang layan ajelah aku yang nak meluahkan perasaan ni ye..

Ada sejenis manusia yang mengundang kemenyampahan tahap tertinggi dalam aku.
Jenis cakap x serupa bikin.
Kalau bercakap tu bukan main lagi pung pang pung pang macam kau laaa yang paling hebat.
Dunia ni macam kau yang pegang. Over confident.
Ok la confident tu bagus tapi jenis kau punya confident ni x agak2.
Jalan belum kena sukat lagi kau sudah curah tar 3 tan. Gitu.
Kemain janji setinggi langit ke tujuh. Ye langit ke 7. Selalu orang cakap janji tinggi gunung kan?
Haa kali ni  ambik kau sampai ke langit perginya.

Bukan orang tak bagi peringatan supaya ukur baju di badan sendiri.
Agaknya measuring tape kau rosak, tu yang sampai terlajak lajak ukurannya.
In the end, kau tak mampu deliver. Lepas tu stress sendiri.
Bila dah stress mulalah cari mangsa a.k.a punching bag.
Cari pasal dengan staff one person after another.
Benda kecik kau jadikan as if benda tu jenayah berat.

Selama ni aku ikut saja rentak gila si musibat ni.
Sampai ex staff pun hairan macm mana aku boleh bertahan.
Honestly kalau ikutkan hati memang tak lama aku kat sini.
And sejujurnya juga if ada offer lebih baik, aku tak akan tunggu lama.
Cuma rezeki nak berhijrah belum ada.
Yang aku mampu buat sekarang ni adalah berdoa.
Sekiranya rezeki aku ditakdirkan panjang disini, maka sabarkanlah hati aku untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Sekiranya aku ditakdirkan untuk mendapat rezeki yang lebih baik dari sini, maka segerakanlah dan bukakanlah jalannya serta permudahkanlah bagi aku untuk menemuinya.
Inilah doa aku. Dan aku sentiasa beringat bahawa perancangan Allah Taala adalah sebaik baiknya buat aku.
Dia letakkan aku dalam keadaan ini bersebab.
Aku ni memang terkenal dengan sifat kurang sabar. Jadi Allah Talla uji aku dengan situasi yang kurang menyenangkan ini, mungkin untuk mengajar hati aku agar menjadi lebih sabar.
Wallahualam.


Banyak lagi sebenarnya yang belum terluah.
Tak apalah, sekurang kurangnya aku rasa a bit better.
The rest, aku serahkan pada Allah Taala.
Macam mana pun aturan Nya, aku redha dan berlapang dada.
Hope selepas ni things will get better, Insya Allah.


Thursday, April 14, 2016

Bebel Bebel

Korang rasa nak meletop kebabow tak, kalau kau dah siap mengemas dapur..elok 10 minit lepas tu ada lagi gelas, sudu, mangkuk, pinggan kotor berlambak kat singki or di letak merata. Sometimes dengan periuk tak di cuci. Siap package maggi bertabur kat lantai and peket perencah tu main buang je kat belakang dapur gas. Kain lap pun tak di cuci or gantung elok2, semua main campak aje ke mana mana. Ada tong sampah bawah singki tu tapi buang sampai main humban je kat lantai. Makes me wonder lah kan, aku ni tinggal dengan manusia ke binatang?

Benda2 macam ni aku kena hadapi every single day. Yep..no joke about it. Bukannya tak di asuh or di ajar. Dari kecik kot mak & arwah bapak aku very particular pasal benda ni semua. TETAPI aku tak paham kenapa certain people tersangatlah berat tulang and buat bodoh je. Nak kata penat..come on laa, semua orang penat kot. Semua pun kerja but please la give and take sikit. Jangan kata suruh, mintak tolong pun macam ada besi 100kg tergantung kat tangan. 

Orang penat mengemas, membersih...appreciate sikit boleh tak? Tak minta banyak, sikit pun jadi lah. Kau nak melantak tetengah malam, masak megi ke apa...takde sapa nak marah. Tapi guna akal la der. Pinggan mangkuk kalau dah pakai, cuci la terus. Ntah apa susah nak mencuci tu aku pun tak tau. Bukannya kena rempuh bermacam halangan pun. Kalau dah pemalas sangat, apa kata ko pegi beli pinggan mangkuk yg disposable for yourself. Lepas pakai buang. Takdelah menyusahkan orang.

Belum lagi sentuh pasal sampah kat dapur. Sepatutnya benda ni tak payah cakap. sapa nampak silakan buang. Aku sengaja biar sampah tu menimbun konon nak tengok laa kot2 ada yang sudi membuang. Harammmmm jawabnya. Selagi tak disuruh selagi tu la sampah berjeruk disitu. Nama harap diorang buang tanpa perlu disuruh agaknya tunggu ayam jantan bertelur baru dibuat.

Sampai bila aku dapat bertahan? Sampai bila aku kena face semua ni?
Sampai bila aku sanggup buat semua ni?
Honestly aku tiada jawapan.
Harap Allah Taala kuatkan hati aku and top upkan kesabaran aku yang senipis kulit bawang ni daripada terhakis langsung.



Ok lah dah penat membebel.
Laters, pipol!

Tuesday, April 5, 2016

Mimpi Pelik Pelik

Assalamualaikum...

Okay aku tau dah berhabuk habuk belog ni tanpa sebarang hapdet.
Macam ni la kalau aku dah kemalasan, hapa pun tak boleh.
Redha je lah ye...hehehe!

Tapi hari ni aku nak membebel sikit.
Jangan risau bukan nak mengumpat atau meluahkan perasaan ala kak seri siantan, tapi nak cakap pasal mimpi.
These few days aku adalah bermimpi benda yang agak pelik...
Aku tak berapa nak sukalah sebab bila bangun tu feelingnya tu terbawa bawa seharian.
To be honest aku bukan orang yang kisah sangat pasal mimpi2 ni.
Takde maknanya aku nak meng-google tafsir mimpi ke apa..memang tak laa.
Sebab aku malas kalau terbaca tafsir yang bukan2 terus jiwa kacau kang, aku jugak yang susah.

Tak nak mukadimah panjang sangat, meh aku citerkan apa mimpi aku tu.

Mimpi 1:-
Aku mimpi ada ular tersepit kat bahagian ekor di pintu bilik aku. Nampak macam dah mati tapi masih gerak2 lagi. Aku tak pasti ular jenir apa tapi yang pasti memang jenis ular berbisa. Macam tedung tu. Or maybe viper...I don't know. Tapi boleh pulak dalam mimpi tu aku cakap, ni mesti tak lama lagi aku kena pinang sebab aku mimpi ular. Bangang tak dalam mimpi pun aku tau yang aku sedang mimpi...hahah!
Pendek je sebab aku tak ingat sangat mimpi yang ni...dah beberapa hari lalu so memori I dah kureng.

Mimpi 2:-
Baru je semalam. Kali ni panjang sikit sebab fresh lagi dalam ingatan..hehe. Dalam mimpi tu ada aku, peminat aku zaman sekolah dulu, my mom and my brother. Kengkonon peminat aku ni ada kat rumah, dia demam. Siap ada kool fever lagi tampal kat dahi. Macam mana dia boleh ada kat rumah pun aku tak tau, tetiba je. Dalam cerita mimpi tu konon aku ni ada skandal ngan dia tapi dia dah kawin ada anak bini (in real life pun memang dia dah kawin ada anak bini). So my mom macam tak berkenan laa sebab orang dah berbini aku masih nak skandal lagi. Tetiba tukar scene, boleh pulak aku tido sekatil dengan si peminat ni, siap peluk2 kau! Aku macam nak tak nak je konon tapi sebab dia sakit aku kesian so biar je lah. Time weols peluk2 tu dengar suara mak aku membebel marah tapi aku purak2 tido. Bila aku takde respon adik aku batu apikan mak aku suruh marah lagi kuat dari tadi tapi aku tetap berpurak2 tido. 'Sudah tau tu laki orang masih jugak kau x sedar diri...aku x suka kau kacau laki orang!' Haaa macam tu la mak aku petirkan aku dalam mimpi tu. Tetiba scene bertukar lagi, aku nampak jam dah pukul 730 kelam kabut bangun & skandal aku nak mandi and pegi keja. Lepas tu aku bingung, eh aku ni dah kawin ke dengan dia? Apasal kitorang tido sekatil? Apa dah jadi? Lepas tu alarm berbunyi lantas aku terjaga dari mimpi yang gila itu...hahahah! Eh, clarification ya..aku takde skandal dengan sesiapa yang bujang mahupun yang dah berbini..cerita diatas merupakan mimpi semata mata. Kena bagitau sebab nanti ada mulut2 puaka buat cerita dongeng kata aku macam tu macam ni so sila take note ya!

Benci tau mimpi macam ni. Buat hati I x keruan je. Dah la si peminat ada dlm grup wasap sekolah, tak pasal2 bila baca whatsapp dia pagi tadi aku tetiba termalu pulak. Padahal cakap pasal benda remeh temeh je kot...ish, bodoh!

Korang pernah ke mimpi pelik macam aku?


Ok dah itu je nak cakap.

Later, pipols!

Monday, March 14, 2016

Hola *sambil lambai ala ratu*

Assalamualaikum...

Lama sangat aku berhibernasi dari memblogging khennn...
Orang takde idea macam tu lah...
Ada je cerita kahwin adik aku elok tersimpan dalam draft.
Typical me, tetiba hilang idea mengarang.
Soooo biar la dia jadi jeruk di sana. Kang kalau mood aku dah ok balik pandai la aku publish tu.

Sebenarnya aku baru balik dari jaga anak buah aku warded kat sepital.
Petang tadi baru discharged.
4 malam aku check-in situ, lemau gila!
Dah la aircond dia tu kalah kutub utara sejuknya.
Tiap kali terjaga nak shishi, menggeletar satu badan.
Terasa diriku berada di dalam freezer pulak.
Syukur alhamdulillah my niece is recovering well.
Tapi aku pulak dah start bersin, hidung tersumbat, sakit tekak light2 and tak sedap badan.

So yeah, ahkak akan cuba menyeru ahkak punya blogging mojo supaya kembali ke pangkal jalan.
Tapi sekarang ijinkan ahkak berehat ye...

*telan ubat and berbaring di peraduan*

Thursday, January 21, 2016

Berhabuk Habuk Daaaaa.....

Assalamualaikum & happy 2016 everyone!

Fuhhh dah berhabuk rumah aku ni.
*sapu sawang*

Takyah mukadimah panjang, moh kite buat entry point by point.


1. Office aku dah pindah ke location baru, slightly far from the old place. Yang bestnya kat sini parking free tapi kena awal datang la. Kalau lambat memang berpeluh ketiak kau pusing cari parking.

2. Insya Allah gaji aku naik bulan ni. TAPI naik gaji workload pun bertambah jugak ya...so aku kena prepare mental aku untuk terima beban kerja selaras dengan gaji. Harap aku boleh bertahan.

3. Pertama kali aku try urus group untuk Umrah (April 2016). Doakan aku dapat handle dengan sebaik mungkin ye. Nervous ahkak tau! No, aku tak ikut group Umrah ni sebab masalah mahram. Takpelah, bukan rezeki aku kali ini nak jadi tetamu Allah. Next time, Insya Allah ada rezeki dan izin-Nya aku akan sampai juga.

4. Tak lama lagi aku aku kawin. Nikah on 29.01.16, sanding 30.01.16. Tugas aku cuma masak je. Lain aku tak campur tangan.

5. Plan tahun ni, kalau ada rezeki lebih aku nak bawa mommy jalan2 Jakarta. 5d4n or 4d3n pun jadilah. Doakan aku murah rezeki ye....hehe

6. Tahun ni juga mommy akan daftar haji, ihsan from someone. Alhamdulillah rezeki dia dan semoga dapat jemputan menjadi tetamu Allah tahun ni ya mommy...

Ok dah itu je.

See ya later for more updates!


Friday, December 18, 2015

Ke Mana Hilang

Wahai semangat ke mana hilang?
Payahnya nak di seru.
Ketik ketik keyboard, simpan dalam draft. Tapi akhirnya delete.
Rancak menaip tetiba lost, hilang idea.
Always happened sampai aku naik fed-up dah.
Tapi takde pulak rasa nak give up dari berblogging.
Cuma kalau dah takde mood tu apa pun tak boleh jadi.
Paksa diri menaip, menulis tapi bila aku baca hasilnya terus jadi menyampah.
Delete delete dan delete lagi.

Sampai bila nak macam ni aku pun tak tau.

Takpelah. Nanti2 datang balik mood and semangat, aku up entry.
Pelan2 kayuh.

Babai.


Tuesday, November 17, 2015

Curi Masa

Lama aku tak update kan.
Biasalah busy dengan kerja.
Kerja macam aku ni, time nak dekat cuti sekolah or musim perayaan aje kompom busy x hengat.
So masa untuk mengupdate agak terbatas.
Ni pun kira bertuah laa aku tido lambat (sebab baru mencekik nasi dengan sambal sardin pedas, ngeheheheh).
Selalu belum jam 10 malam aku dah berdengkur di peraduan.

A lot had been going on recently.
Cuma aku belum ada masa yg betul2 free nak mengolah cerita.
Esok if aku free sikit baru hapdet secara pukal, InsyaAllah.

Dah la, I nak menikmati kelazatan teh tarik buatan sendiri sambil menonton TV.
To be continued...

Thursday, November 5, 2015

Terasa Macam Mau Menaga!

Baca betul betul. MENAGA ye, bukan meniaga. HERGH!

Bengang sangat nih...hidung dah keluar asap2, mata merah, dada berombak menahan marah!
Serius aku bencilah kerja dengan orang bodoh!
Eeeeeeeeee bodoh! Bodoh! Bodoh!

Tau tak peribahasa berbunyi 'Seperti kaduk naik junjung'?
Begitulah situasi yang aku hadapi sekarang ni.
Si bangang baru merasa naik takhta.
Dah tu apa benda semua nak buat tergesa gesa.
Takde proper planning. Main redaaaaaaah je. Lepas tu suka buat assumption itu dan ini.
Benda kau tak tau hujung pangkal, main tuduh suka hati tak check apa.
Herghhhhhh...herghhhh herghhhhhhh! Bencinya aku!
Tengoklah nanti kalau semua planning bertabur, confirm kau main ping pong.
Buang kesalahan kat orang lain. Harami punya manusia!

Haih menaip dengan amarah ni!
Habis bertabur bahasa aku, tapi pedulik apa kan...asalkan lepas kegeraman di hati ni.

Ok dah. Royanan bersambung esok, probably after staff meeting.
Aku agak mesti lebih banyak mengarut daripada kupas issue sebenar.
Oh well, whatever. Layan aje tapi masuk kanan, keluar kiri.
Menyampah!

Saturday, October 24, 2015

Pecah Seribu Hatiku...

Assalamualaikum.
Hello apa khabar uols?
Iols adalah berkhabar sederhana baik.
Hati ada sedikit kuchiwa dan lara ketana sesuatu telah berlaku.
Kejadian yang sangat mendukacitakan diri ini.
Setiap kali terkenang pasti air mata ahkak hampor menitis. Sobs!

Haih...letih la nak berdrama bagai.
Meh sini ahkak berterus terang.
Sebenarnya henpong Samsung Note One kesayangan aku dah menemui ajal.
Bunuh diri dengan cara terjun tiruk dari ribaan aku.
Terhempas lalu kojol di tempat kejadian.
Screen pecah uolsssss...huhuhu!
Hati aku pun pecai berderai derai.

Jadi sekarang ni aku pakai henfon spare adik aku.
Nasib baik laaa ada spare kan...kalau tak boleh mati kutu aku!
Cuma henfon ni adalah jenama yg paling aku kurenggg suka.
iPhone. Yep...aku x suka iPhone tapi dah ini yang ada, bersyukur aje lah.
Jangan tanya ini iPhone yg mana, tidaklah ku ambil tahu.
Yang penting boleh communicate & update social medias. Gitu kaedahnya.

Holaylah, ahkak nak tido. Esok nak keluar awal bawa mommy ke tamu.
Pastu nak beli barang sikit. Lusa nak terbang pi KL.

Nanti I hapdet lagi ye...


Laters, pipols!

Monday, October 12, 2015

Menyala

On d way nak ambik Eysha (my niece) di tadika baru perasan si minyak dah menyala.

Nasib baik laa jalan x berapa congested sangat.
Tapi dalam clear tu aku tetap trip F1, pecut sampai gas station. 




Slow down pun pasal nak snap gambar ni hah.
Lepas snap, teruskan pecutan selaju mungkin.
Selamat jugak aku sampai stesen minyak...hew3x.

Eh dah la....entry tak bermotif namanya ni.
Asal ada hapdet.


Kau pun gigih baca kan? Nasib kau lah baca cerita merapu dari aku.


Laters, pipols!

Monday, September 28, 2015

Our Eid Adha

Selalunya kalau raya haji, rumah weols akan jadi pusat tumpuan for our big family.
It has been going on for years.
Tapi tahun ni ntah apa angin Bubu aku, dia pulak nak jadi host.
Weols okay je..tak kisah mana2 pun sebab dah tentu aku yang bukak pencak kat dapur.
And memandangkan aku masterchef *ahem* maka henfon aku pun tak berenti masuk whatsapp dari family group tanya menu, bahan2 masakan, keperluan dapur,..etc..etc..
Saboooorrrrr je lah.

Anyways....
Berangkutlah kami anak beranak ke apartment Bubu di country heights, sampai dalam jam 830pm.
Aku expect, kalau tak semua pun dalam 50% dah siap preparation.
So aku tinggal continue buat sikit2 and terus masak. Siap awal, boleh rest awal.
Tapi nampaknya aku berangan lebih. Yang siap cuma ayam goreng untuk di masak merah.
Bawang, halia, serai, lengkuas, lada kering semua belum blend.
Daging & tulang belum di potong & cuci.
Urut dada sekejap aku. Nasib baik dah biasa kerja express, jadi takde hal sangat bab ni.
And nasib baik jugak wife cousin aku ada jadi assistant.
So aku blend semua bawang2, halia, lada kering, lepas tu aku mintak tolong mak aku potong daging & tulang. Then wife cousin aku, Bibi pulak cuci daging & tulang tu.

Dah siap prepare bahan2, aku & Bibi clearkan kawasan dapur.
Maklumlah rumah apartment dapur dia memang kecik bebenor.
Kena guna strategi nak cepatkan kerja.
Opss..lupa nak bagitau. Menu raya weols adalah:-

Nasi minyak
Ayam masak merah
Sup tulang
Kari kambing
Rendang daging
Paceri nenas
Acar masak

Semua aku masak kecuali Paceri (mom) and Acar (Macik Ro)


Sempat Bubu ambik gambar diorang sedang busy potong sayur untuk acar. Time ni aku baru on the way kot.

Dah siap clear dapur, aku naikkan periuk untuk masak sup tulang dulu. 
Tau je lah sup tulang ni kena masak berjam jam baru dagingnya lembut.
Dah tu senang, takyah kau takut hangus ke apa. Tengok2 sekali sekala, tambah air kalau kurang and tambah garam/perasa. Settle.
Then kat dapur kedua aku masak rendang daging. Ni pun senang jugak sebab ko campak je semua dalam kuali, gaul2 sekali sekala sampai masak. Cuma towards the end tu kena jaga la jangan hangus.

In between prepping and cooking, ada pulak request from my uncle.
Nak mintak buatkan roti pakistan pulak.
Tak sampai hati nak tolak, aku buat la jugak barang 1/2 kilo.
Uli tepung and bulat2 kan adunan, lepas tu simpan tepi.
Esok pagi after masak nasi minyak baru bakar roti.

Sementara menunggu sup and rendang masak, aku naikkan kuali ke dapur ketiga untuk start masak kari kambing.
Confident je aku mula2 tu nak masak sekaligus 15kg kambing dalam satu kuali.
Memang boleh sebenarnya tapi kederat nak menggaul tu yang tak cukup.
Memula aku dan Bibi try jugak tapi gaul punya gaul sampai macam nak putus napas rasanya.
Gila berat. Then aku decide kaut half of it and masak later, tinggal the other half dalam kuali.
Barulah lancar. Lesson learnt. Lain kali tak buat dah...walaupun kuali muat tapi kederat kena fikirkan jugak.

Bila sup and rendang dah masak, kambing 1st round pun elok masak.
So aku pun continue masak kari kambing 2nd round and start masak ayam masak merah.
Sambil masak sambil mengemas, cuci & lap apa yang patut.
Masa ni pulak Maciroh & Bibi nak balik rumah. 



Kari kambing 1st round, rendang & sup tulang.

Tau tak, kari kambing aku yang 2nd round masak tu liat sikit dari yang 1st round.
Sebab aku dah penat & ngantuk gila babeng dah...maka aku tak tunggu daging dia empuk.
Lantaklah, asal boleh makan kaedahnya..hew hew hew!
Tapi takdelah liat sangat...cuma kalau aku tunggu lagi dalam 15 minutes confirm lembut.
Siap masak, Bubu suruh aku mandi and rehat. Biar dia pulak continue mengemas.
Waaah pucuk dicita ulam mendatang, terus aku mandi, solat & off to dreamland.
Masa ni dah dekat jam 4 pagi. Jam 530 kena bangun masak nasi minyak lagi.
So tidur pun ala2 ayam aje lah.

Tepat 530 mommy gerak aku. Solat jap, then masak nasi minyak.
Lepas tu, aku start canai & bakar roti pakistan. Dapatlah 15 keping. 
Ngam2 aku siap bakar roti Uncle aku pun sampai with my cousin.
Diorang datang awal sebab kena balik Labuan ikut feri jam 11.
Sementara diorang kecoh2 melayan Uncle aku makan, aku ambik kesempatan mandi dulu.

After a while, Uncle aku pun balik. Perut dah lapar so aku tak buang masa. Sappedek time!
1st round aku makan nasi minyak and ayam masak merah.
Makan sambil terpejam pejam mata kesedapan...hehehehe...
Matikla puji masakan sendiri. Tapi memang sedap okeh! Bertambah nasi!
Makanya lepas makan, aku telah transform menjadi seekor dugong yang terdampar:- 


Macam mana tak gemuk abadi kalau lepas makan terus tidur...mbahahah!

Dapat lena dalam sejam dua gitu, jadiklah.
Tapi kan...celik mata je perut pun lapar balik.
Camno tu? Terpaksalah aku makan lagi sekali...hehehehe
Kali ni dengan kari kambing pula. Ambik dua keping aje.
Vavavaaaaa....sekali lagi mata terpejam pejam menikmati kesedapan makanan.
Ikut hati nak aje aku ratah kambing tu. Nasib baik sedar diri, kalau tak...ish, tak sanggup nak cakap.
Eh, masa aku tengah tidur family members yang lain pun sampai.
Aku bangun diorang tengah makan.
Haaa...nampak diorang makan tu yang aku makan sekali.

Tak lama lepas weols menjamu selera, family in-laws Bubu pun sampai.
Actually diorang celebrate birthday untuk cousin aku Nunur (anak Bubu), my sister Teha and cousin Nunur from  her dad's side baby Sherly (aku main tembak je nama baby tu).
Kembang von von I tau, masakan I di puji sepenuhnya oleh family inlaws Bubu.
Sedap diorang bilang, especially sup tulang yang diorang pulun sampai bermangkuk mangkuk.
Alhamdulillah....hehe.

After family in laws bubu balik, aku sempat napping kejap dalam sejam gitu.
Tak lama sebab mommy gerak aku nak balik pulak.
So off we go at around 4pm macam tu.
Bubu pun napping masa kami balik.
Yelah penat dia tolong aku mengemas dari jam 230am tak berenti sampai tamu pulang.
Kami dah balik pun ada lagi tamu dia datang.
Sampai ke malam kalau tak silap.

Aku pulak, sampai rumah je tukar baju and bawak mommy pergi groceries shopping.
Replenish apa yang habis kat rumah.
Awal tidur kot aku malam tu dalam jam 9 dah berdengkur.
Itu pun dua kali mommy kejutkan sebab aku tidur duduk..hahahha!
Ngantuk sangat sampai tak sedar dunia.
Nasib baik tak miss subuh..phew!

Begitulah cerita Raya Haji weols.
Walaupun penat tapi best je sebab berkumpul satu family.

Eh dah la aku nak solat Asar dulu.
Nanti aku rajin, aku hapdet lagi ye.


Laters, pipols!

Wednesday, September 9, 2015

When I was 12 Y.O

Heard the topic di radio pagi tadi masa otw nak gi keje.
Macam2 la cerita flashback pasal umur 12 tahun.
Ada yang tuang sekolah, ada yang dah gatal nak bercinta tapi kena reject pasal orang yang dia minat suka kat orang lain, ada yang hari2 pegi kelas tambahan.
Eh, banyaklah! Mostly memang buat aku terflashback juga kehidupan aku masa berumur 12 tahun.
So meh aku citersikit time aku umur 12 tahun, point by point. Mana yang aku ingat lah ye.

*Umur 12 tahun aku pindah balik ke KK after tinggal & bersekolah kat kampung selama setahun.

*Tinggal kat Jalan Muhibbah.

*Drama alih suara yang femes is Moero Attack - sure yang sezaman dengan aku mesti ingat punyalah! Tiap2 petang lepas tengok Moero Attack, aku and gang2 depan rumah (Marine Quarters depan rumah aku je) mesti main volleyball sambil perasan terror. Masing2 nak jadi Chun (watak utama Moero Attack).

*Minat tegar dengan NKOTB. Lepas tu perasan jadi girlfriend Joey Mc Intyre (puiiii...malunya aku!) But yeah this is my confession hahahahahah!

*Also minat gila dengan Black Masked Rider (Suria Perkasa Hitam).

*Crush dengan my Class Monitor.

*First time dapat main video game. Aku ingat lagi game tu nama ATARI and joystick dia pelik sikit. Ada satu je button warna merah and one straight handle to control the movement. Game yang paling aku suka is Antartica.

*Takde feel apa pun time exam UPSR. Dapat result, lulus, kira okaylah tu (my result was 2A2B. Boleh laa bagi budak yang malas macam aku ni kan?).

*Bercita cita nak jadi lawyer. Tapi yang dapat jadi loyar buruk je lah. Mueheheheheh!

Dah..ini je yang mampu aku ingat.
Kalau tetiba muncul lagi memory dalam kepala aku, kita sambung buat part 2 pulak ye.
And oh, good luck to those yang seat for UPSR. Dah mula semalam kot..or monday?
Tak kisah lah...yang penting bila jawab soalan korang kena bertenang, tarik nafas, baca doa banyak2. Insya Allah you can do it.
Mak bapak budak jangan pulak over ye..sebab kalau korang over anak2 jadi takut. Ye la..takut kalau tak dapat capai expectations mak bapak. Kesian jat budak2 stress pulak nanti terus gigil and tak fokus.

Eh membebel lebih2 pulak aku.
Ok bye!

P/s Later, pipols!







Tuesday, September 8, 2015

Oh My Tummy!

Kena serang sakit perut and chery berry since petang tadi.
Apa aje laa yang aku makan tadi?

Breakfast: mi goreng + fishcake n cili padi
Lunch : Mihun Tomyam Udang

Aku syak the culprit is fishcake n cilipadi tu. Sebab mi aku goreng sendiri. Fishcake n cilipadi tapau kat luar.
Sebab masa aku makan rasa cilipadi tu semacam je...but lapar punya pasal aku bedal jugak.
Nepsu punya pasal, hah..merasa lah ulang alik ke tandas.

Sampai rumah, telan chi kit teck aun.
Lega sikit. Now rest kat peraduan.
Nak buat house chores memang tak larat. Tu hah, dua bakul besar kain menggunung nak dilipat pun aku buat2 x nampak. Esok kalau aku dah kebah dari sakit ni akan ku bereskan semuanya.

Eh..rajin pulak aku hapdet hari ni kan?
Alah kita layan sementara angin kus2 masih ada. Dah malas nanti makan hari/minggu baru berhapdet.

Later, pipols!

The Explanation. Literally Speaking.

Rasanya semalam cerita aku tergantung.
Maybe ada yang baca tapi tak paham kemerepekan aku tu kan.
Ok let me try to explain.

Dia macam ni. Aku selalu involved dengan relationship yang agak mencabar.
It's either long distance ataupun yang based on lies.
Long distance aku tak kisah sangat.
It's the lies yang aku tak tahan.
Pernah je aku stay in a LDR almost beberapa tahun.
Walaupun tak ke mana akhirnya, at least tak sakit sangat kalau dia menipu sebab tak nampak depan mata.

Maybe it's a gift or a curse, I don't know which one but one way or another I can smell if something fishy is going on.
Dan dengan kuasa Allah jugak satu persatu benda yang tak betul akan terbentang depan mata aku.
Tak payah orang report, tak payah rumours and so forth.

Recently the same cycle almost happened.
Bezanya, aku dah tahu yang it won't work or go far from the beginning but hey, no harm trying kan?
Try punya try, end up sama jugak.
Yang buat aku extra bengang, dah tau ending memang hampeh but still aku pursue jugak dah kenapa?
Tu yang aku cakap, sendiri cari pasal.

Anyways...aku dah okay now.
Honestly if korang nampak aku memang takkan tahu what happened.
Sebab aku buat biasa je walaupun dalam hati geram and sakit gila.
As I said before (and I'm gonna say it again), move on.

That's the best option. Susah? Yes it's true.
Tapi apa kau dapat dengan menangis berhari hari?
Buang masa okeh!

Dah. Jom sambung buat kerja.

Later, pipols!

Monday, September 7, 2015

Tahinya Perasaan Ini

Tahu tak macam mana rasanya bila:-

Boleh lihat, tapi tak boleh sentuh...
Nak capai tapi tak sampai...
Dekat tapi jauh...

Haih..sakit hati bukan main, tahu?
Macam di rodok rodok belati.
Tapi sendiri cari pasal, nak tak nak kena terima hakikat walau sakit tu rasanya macam nak mati.

This is exactly why aku agak reluctant to be invovled in a relationship.
Aku tak suka la...almost everytime benda yang sama terjadi.
When I thought I went one step further, aku terpaksa retreat two steps backward.
Ada saja 'kejadian' yang buat aku terpaksa ambil keputusan berundur.

Takpelah. Things happened for a reason.
Move on macam biasa.
Nak mope around and depressed over a spilt milk pun tak guna.
Yeah it hurts so bad. Aku memang rasa sedih tapi aku bukan jenis yang sedih berkurun over a bad break up.
For a few days I do feel the pain and shits but after that just chin up la kan.

Oh well...que sera sera.
Just pray for the best and have faith.

Later, pipols!

Monday, August 17, 2015

Sakitnya Tuh Disini (Di Pinggang Aku Daaaaa)

As usual kalau weekends aje aku mesti transform jadi bibik.
Kemas mengemas, masak memasak memang serah padaku kaedahnya.
Dari pagi kelentang kelentung srang sreng masak, boleh tahan dapur berkecah.
Al maklum dapur kecik sekangkang beruk mat yeh.
Siap masak, mengemaslah aku.
Terbongkok bongkok mengatur periuk kuali.
Elok aku nak berdiri, tetiba sakit menangkap kat belakang pinggang.
Hoih dia punya sakit tu rasa macam nak putus dua badan aku.
Nak jerit tak keluar suara kau tahu?
Tapi kejap ajelah sakit melampau..lepas aku bertenang for a few minutes, kurang sakit dah but still berdenyut. Nak berdiri kena slow motion. Berjalan pun kena one step at a time.

Dah jadi macam tu, tak dapatlah aku kemas dapur macam selalu. Buat ala kadar asal jangan sepah sangat sudeh.
Selalunya siap mop sapu dua tiga round baru puas hati.
Ni injured, menyapu pun aku tak larat.
Hampir2 nak solat duduk but ajaibnya bila aku try rukuk, ok pulak. So solat je macam biasa.

After Zuhur mommy sapukan minyak Anugerah kat pinggang. Alhamdulillah pagi ni ada kurang. Ingatkan nak MC dah kalau masih sakit.
Sekarang dah makin kurang sakitnya so aku continue sapu minyak Anugerah.
Hopefully by tomorrow jedi even better, insya Allah.

Baheklah..aku nak tido. Esok kena awal.bangun, prepare bekal.
Faham2 je kalau dah tengah bulan ni..semua sengkek. Bawak bekal jimat belanja. Tak gitu? Hehehe...

See u later, pipols!

Saturday, August 15, 2015

Naik

Post syawal, seperti yang aku jangka memang berat aku naik.
Timbang dua hari lepas dah naik 2 kilo.
Kawal makan pun tetap naik ya!
Al maklum menghampiri 4 series, metabolism makin kurang berfungsi.

Rasa nak mula balik no rice diet.
Memang aku akui keberkesanannya.
Boleh nampak perubahan tu.
Ikutkan aku nak start awal...raya ke 4 hari tu dah nak mula kononnya.
Takde makna okeh.
Sedap je aku bedal nasi berlauk rendang, kari and so forth.
Gagal disitu.

Then mula puasa enam.
Ni pun kononnya nak straight buat 6 hari terus.
Hampeh jugak. Rompong di sana sini puasa 6 aku.
Dugaan sungguh! Salah sendiri jugakkan, selalu kalah dengan nepsu.
Mudah mudahan tahun depan aku lebih istiqamah hendaknya, insya Allah.

So..niat terbaru ni kononnya start minggu depan aku nak try fibre diet pulak.
Breakfast as usual, cuma lunch and dinner tu makan sayuran and oat masak.
Less sugar, more water. Selalu aku minum dalam 2.5 to 3 litres per day. Nak kasi up sikit ke 4ltr kalau boleh.

Apa2 pun, ini baru planning.
Macam tak tau aku ni plan kemain banyak tapi yang berjalan boleh kira sebelah tangan.
Hope aku stick to this one sebab aku betul2 nak loose some weight for health reason. Dapat turun 10-20kg lagi pun dah okay.

Doakan semoga aku sukses ye...thanks uols!

See u later, pipols!

Monday, August 10, 2015

Puasa 6- Day 2

*Entry ni sebenarnya dah terjeruk dalam draft. Aku lupa nak publish*

Hoih..orang dah habis buat puasa enam (agaknya), aku baru terhegeh hegeh.
Nak adjust masa tu agak payah sikit. Maklumlah jemputan sana sini, lepas tu terlajak bangun lagi.
Terpaksa buat in between days.

Semalam baru hari ke 2 aku puasa sunat Syawal.
Pagi mommy bangunkan aku sahur. Terkebil2 jugak la kejap.
Selak tudung dulang ada lagi baki ayam semur.
Itulah rezeki sahur aku, alhamdulillah.
Lepas tu buat mineral coffee segelas, then makan ubat HB.

Sebelum pegi keja aku gurau je cakap dengan mommy, nak mi goreng untuk sungkai.
Mi goreng spesel la kengkonon sebab aku rikues tak nak bubuh telur, tak nak kicap banyak.
Nak pedas kaw kaw berdenting.
Tapi main cakap je, tak expect apa pun.
Kalau digorengkan telur mata dengan kicap pun syukur dah.
But then bila sampai rumah, selak tudung dulang...memang mi goreng yang terhidang.
Tepat macam description yang aku nak.
Tak happy kau macam tu?
Rasa nak lompat bintang doplohjuta kali tahu?

Oklah dah abis idea aku nak mengarang perenggan seterusnya.

See you later, pipols!