Tuesday, April 5, 2016

Mimpi Pelik Pelik

Assalamualaikum...

Okay aku tau dah berhabuk habuk belog ni tanpa sebarang hapdet.
Macam ni la kalau aku dah kemalasan, hapa pun tak boleh.
Redha je lah ye...hehehe!

Tapi hari ni aku nak membebel sikit.
Jangan risau bukan nak mengumpat atau meluahkan perasaan ala kak seri siantan, tapi nak cakap pasal mimpi.
These few days aku adalah bermimpi benda yang agak pelik...
Aku tak berapa nak sukalah sebab bila bangun tu feelingnya tu terbawa bawa seharian.
To be honest aku bukan orang yang kisah sangat pasal mimpi2 ni.
Takde maknanya aku nak meng-google tafsir mimpi ke apa..memang tak laa.
Sebab aku malas kalau terbaca tafsir yang bukan2 terus jiwa kacau kang, aku jugak yang susah.

Tak nak mukadimah panjang sangat, meh aku citerkan apa mimpi aku tu.

Mimpi 1:-
Aku mimpi ada ular tersepit kat bahagian ekor di pintu bilik aku. Nampak macam dah mati tapi masih gerak2 lagi. Aku tak pasti ular jenir apa tapi yang pasti memang jenis ular berbisa. Macam tedung tu. Or maybe viper...I don't know. Tapi boleh pulak dalam mimpi tu aku cakap, ni mesti tak lama lagi aku kena pinang sebab aku mimpi ular. Bangang tak dalam mimpi pun aku tau yang aku sedang mimpi...hahah!
Pendek je sebab aku tak ingat sangat mimpi yang ni...dah beberapa hari lalu so memori I dah kureng.

Mimpi 2:-
Baru je semalam. Kali ni panjang sikit sebab fresh lagi dalam ingatan..hehe. Dalam mimpi tu ada aku, peminat aku zaman sekolah dulu, my mom and my brother. Kengkonon peminat aku ni ada kat rumah, dia demam. Siap ada kool fever lagi tampal kat dahi. Macam mana dia boleh ada kat rumah pun aku tak tau, tetiba je. Dalam cerita mimpi tu konon aku ni ada skandal ngan dia tapi dia dah kawin ada anak bini (in real life pun memang dia dah kawin ada anak bini). So my mom macam tak berkenan laa sebab orang dah berbini aku masih nak skandal lagi. Tetiba tukar scene, boleh pulak aku tido sekatil dengan si peminat ni, siap peluk2 kau! Aku macam nak tak nak je konon tapi sebab dia sakit aku kesian so biar je lah. Time weols peluk2 tu dengar suara mak aku membebel marah tapi aku purak2 tido. Bila aku takde respon adik aku batu apikan mak aku suruh marah lagi kuat dari tadi tapi aku tetap berpurak2 tido. 'Sudah tau tu laki orang masih jugak kau x sedar diri...aku x suka kau kacau laki orang!' Haaa macam tu la mak aku petirkan aku dalam mimpi tu. Tetiba scene bertukar lagi, aku nampak jam dah pukul 730 kelam kabut bangun & skandal aku nak mandi and pegi keja. Lepas tu aku bingung, eh aku ni dah kawin ke dengan dia? Apasal kitorang tido sekatil? Apa dah jadi? Lepas tu alarm berbunyi lantas aku terjaga dari mimpi yang gila itu...hahahah! Eh, clarification ya..aku takde skandal dengan sesiapa yang bujang mahupun yang dah berbini..cerita diatas merupakan mimpi semata mata. Kena bagitau sebab nanti ada mulut2 puaka buat cerita dongeng kata aku macam tu macam ni so sila take note ya!

Benci tau mimpi macam ni. Buat hati I x keruan je. Dah la si peminat ada dlm grup wasap sekolah, tak pasal2 bila baca whatsapp dia pagi tadi aku tetiba termalu pulak. Padahal cakap pasal benda remeh temeh je kot...ish, bodoh!

Korang pernah ke mimpi pelik macam aku?


Ok dah itu je nak cakap.

Later, pipols!

No comments:

Post a Comment