Thursday, July 2, 2015

Compilation. Sort of.

Tak taulah nak cakap macam mana dah ni.
Tahap kesibukan kat office yang aku rasa sangat melampau.
Sampai ada masa aku rasa nak menangis. Seriously!
Kalau tangan ni ada lebih dari sepasang memang semua aku pakai.
Menaip, menulis, mengelip, sambut phone, photocopy, fax, email, bla ba bla bla bla...
Tension hoih!
Darah jangan cakaplah, mendidih sentiasa. Kalau cek BP gamaknya dah kena admit aku kat sepital (nauzubillah).

Anyways.....
Dah masuk 15 hari puasa kan?
Kejap je dah half ramadhan.
Lagu raya pun dah start berkumandang kat sana sini.
Infact ada some places yang dah pasang lagu raya sebelum puasa lagi.
No, I'm not complaining. Suka je. Baru meriah terasa..ye dok?

Owh, menu sahur sungkai pun lama terabai kan?
Last aku update masa ramadhan day 7 kot.
Ok takpe moh kite update mana yang aku ingat.

Day 8 aku buka posa kat luar dengan adik.
Buffet kat The Glass Grill Suria Sabah.
Takde plan pun, main ad hoc aje sebab aku balik lambat.
Kebetulan supir aku (adik jugak) tak dapat ambik.
So kena naik bas. Aku dah agak mesti tak sempat berbuka kat rumah sebab by the time aku keluar office pun dah jam 545pm.
Check whatsapp, ada pulak adik aku update diorang kat Suria.
Terus aku kol nak join. So ke sanalah aku.
Sampai suria memang 2, 3 minit lagi nak sungkai.
Aku ambik serba sikit.
Popiah, pasta salad and kerabu. Ambik air anggur.
Elok aku duduk, dah azan maghrib. Alhamdulillah.

Takde aku ambik gambar...tak kosser (asyik la tak kosser aku ni kan).
Tapi food spread was okay. Aku nampak adik aku ambik macam2.
Ikan bakar, briyani, tandoori, cake, kuih2..
And aku bangun gak ambik bubur lambuk and ketam.
Mabeles lah bubur lambuk dia. Sedap!
Ketam...aku tak suka sos dia manis.
Oh, aku ambik jugak sweet and sour fish.
Last year aku penah makan sweet sour fish The Glass ni. Memang terbaik!
This time pun sama jugak rasa dia. Ahkak bagi cap jempol.

Sahur untuk day 9 aku tak ingat.
Sungkai apatah lagi.
Day 10 pun sama. So kita skip ajelah ye. Hehehe...
 Eh chop...sungkai day 10 ingat kot.
Mak aku masak kuay teow goreng.
Aku beli kuih2, Laksam and ikan bakar kat bazar.

Sahur day 11, tak ingat.
Tapi sungkai aku ingat..sebab aku yang masak.
So menunya:-
Mihun Putih
Kari Ayam Pekat no santan
Sup ikan tenggiri (sebab mak aku tak nak makan kari)
Sayur campur

Isnin, 12 Ramadhan.
Sahur kalau tak silap ayam kicap and sayur campur.
Tapi aku tak selera nak makan nasi.
Jadi aku steam veggie frozen pau, bedal 3 biji.
Macam melampau kan sampai 3 biji aku telan.
Hakikatnya pau tu kecik sejemput, jadi 3 biji tu kira macam sebiji pau saiz biasa.
Minum air 3 gelas...done.

Sungkainya pula, mak aku masak nasi ayam.
Terbaikkkkkkkk! Sampai licin seperiuk penuh nasi.
Mak aku pun dapat rasa sikit je. Kesian. Terpaksa dia top up dengan nasi putih.
Malam tu adik aku datang bawak oxtail lagi.
Tapi kitorang tak makan pun that night.
Simpan for next day punya sahur.
Aku tak selera nak makan nasi so aku masak megi royale spicy korean beef.
Eh..itu ke namanya? Aaah..lantak!
Sedap tu memang sedap but tak mampu aku habiskan. End up makan separuh, separuh lagi aku bagi si Ajib suruh habiskan.
Dia kalau megi ni memang favourite. Kejap je licin.

And for sungkai, we had:-
Ayam kicap
Mi goreng ayam
Sayur campur.
Oxtail assam pedas balance sahur.
Aku makan nasi sesenduk and oxtail seketul.
Lepas tu ambik mee sesenduk.
Togok air sejuk sampai kembung...huehuehuehueh...
Konon dah kenyang la kan.
Tapi takde makna pun. Sebab kenyang air ni kejap je tahannya.
By 10pm elok aku duduk tengok tv sambil menyuap sepiring mi goreng ayam.
Mih mih mih mih mih!

Elok jugak aku makan lewat sebab ko nak tau kenapa?
Miss sahur uols! Bukan aku sorang ye, satu rumah terbangun jam 5 pagi.
Nak buat apa lagi, terus ambik wudhuk & solat aje le.
Haih..tiap tahun mesti ada adegan ni tau.
Amazingly tak pulak rasa lapar or haus melampau semalam.
Agaknya dah set kat kepala kan..kena tahan and relax sebab takde sahur.
So sampai ke sungkai aku rasa okay and tetap bertenaga, alhamdulillah.
Oh, semalam aku berbuka kat luar dengan kawan aku.
Kat Olde Station City Mall. Dah lama aku tak ke sana.
Makan simple je. Aku order teh tarik ping, pulut panggang 2 ketul and Fried Glass noodle.
Kawan aku minum teh bunga and nasi goreng ikan masin.

Kat rumah pulak menunya:-
Kari ikan
Ayam goreng
Ikan goreng
Pasta Goreng

Day 15 Ramadhan, for sahur tadi pagi senang je.
Main perangat kari ikan semalam, and ada lebihan pasta goreng.
Aku tak larat nak makan. Mata melekat lekat sebab tido lewat sikit semalam.
Aku makan pasta goreng tu dalam 3 sudu makan je kot.
Kunyah makanan sambil mata maintain pejam. Haaa ko mampu?
Ahkak mampu dik. Bedal aje asalkan sahur kaedahnya.

Okaylah, penat dah jejari gumuks ni mengetuk keyboard.
Kalau rajin nanti ada le hapdet. Tengok keadaan ye.

See you, pipols!

No comments:

Post a Comment