Thursday, July 3, 2014

Hari ke 4 Ramadhan

Menu sahur dah bagitau dalam entry sebelumnya.
Jadi moh le kite teruskan ke entry berbuka pula.
Apa yang aku ingat terhidang atas meja semalam:-

Kurma Yusuf Taiyoob *mesti bisik macam dalam iklan ok*
Mee goreng
Nasi goreng
Ayam kicap
Sayur kacang + tauhu pok
Fishcake goreng
Air sirap/oren/sarsi
**Menu diatas di masak / di sediakan oleh mommy

Mihun goreng (untuk aku, RM2.00)
Roti John Lamb (RM7.00)
Popiah (RM2.00)
Kochung (RM2.00)
Pulut panggang (RM2.00)
Pau ayam (RM3.00)
Paru sambal kering (RM5.00)
Total kemusnahan dompet : RM23.00
**Ini semua aku beli di bazar Lintasan Deasoka

Kek Coklat/Kek Chocolate Cheese & Kek span Cheese - di sponsor oleh my aunt bongsu.

Masa berbuka aku makan popiah seketul, pulut panggang seketul, roti john sepotong and mihun satu tapau + fishcake goreng. Air sirap segelas giant jangan dilupa. Oh ye, belasah 3 keping kek coklat jugak..hehehe!
Dan makan sepinggan nasi goreng + sambal paru + ayam kicap at 1020pm. Lepas tu buat air oren segelas giant lagi. Rasanya tahun ni berat naik di bulan puasa, bukannya turun macam selalu. Ahh..lantaklah.

Sebenarnya aku nak beli rendang daging kat satu gerai tu. tapi pusing pusing tak jumpa pulak dah. Cuti kot semalam. Ada je gerai lain jual rendang daging tapi tak nampak appetizing like the one yang aku nak beli. Takpelah..hari ni aku try cari lagi. Hopefully diorang berniaga hari ni.

Oh gambar memang takde. Padahal siap susun lauk & kuih semua tu cantik cantik atas meja konon nak snap. Sekali nan ado uols! Tetiba malas pulak. Merasalah tiada gambar makanan kali ini.

Hujung minggu plan nak buat karipap banyak banyak kasi frozen. Jadi kalau teringin boleh di goreng anytime. Bencilah kalau beli karipap kat bazar (or anywhere, to be exact). Mesti ada je yang tak kena. Kulit keras, tebal, kenyal macam tayar kereta pun ada. Belum lagi intinya yang memang tak menepati citarasa langsung. Selalunya manis atau terlebih kari atau kari tu rasa mentah. AND yang paling menjadi pantang aku is karipap inti kari keledek. I not loike very much! Memang la takde salahnya inti kari keledek. Ramai je yang suka or tak kisah kan. Tapi I is kisah sebab aku tak suka dan tak boleh terima. Bila beli karipap memang aku tanya intinya dulu. If kari keledek, sori naik lori aku tak akan beli. Anyway pernah je tertipu, bila tanya katanya kari kentang..rupanya keledek. Terus rasa nak amukan puaka! Yang meniaga ni pun tolong la jangan menipu, tak berkat tau rezeki tu kalau menipu pasal nak kasi jualan ko laku. Eh, kemain panjang lagi aku membebel padahal nak citer pasal buat karipap je..hahaha!

Monday pulak kalau jadi nak panggil my nenek and aunties berbuka kat rumah, Insya Allah.
Aku ambik cuti kot hari tu, masak memasak serah padaku. Biar mommy rehat :)
Tapi ini baru perancangan. Nanti aku hapdet kalau jadi ye.

Pagi tadi aku hampir hampir tak nak bangun sahur.
Mata ni melekat lekat macam tak nak buka langsung.
Ikut hati teguk air je dah la. Tapi aku takut peristiwa 1st day ramadhan ari tu berulang.
Ada yang melepek seharian kang...sengsara weyh! Taknak aku macam tu.
So bangunlah juga. Lauk lebihan ayam kicap & sayur semalam ada lagi so panaskan aje.
And buat telur dadar. Aku makan nasi sikit (percayalah memang sikit bebenor nasi aku ambik) and telur dadar sekeping then ambik sayur & kuah sikit. Makan sambil mata separuh tertutup. Haa...ko mampu makan sahur macam aku? Miahahahha! Lepas tu minum air segelas.

*Tips: Aku terbaca satu artikel..katanya baca surah Al Kautsar dulu sebelum minum air di waktu sahur, Insya Allah tak rasa haus sangat. Aku praktik tadi pagi dan alhamdulillah sampai sekarang tak rasa haus berbanding hari hari sebelumnya.

Hari ni rasa nak beli lagi Roti John Lamb tu. Mahal sikit but berbaloi rasanya sebab dia macam besar dan panjang dari roti john biasa. Cukup untuk weols malah berlebih lagi tau. Dan sedap, of course la kan...kalau tak sedap memang tak dan aku nak beli lagi.

Eh dah lah. Terbayang bayang pulak si roti john depan mata. Baik aku stop sekarang. Cegah sebelum parah kaedahnya.

Babai!

No comments:

Post a Comment