Thursday, June 18, 2015

Ahlan Ya Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum uols!

Nampaknya entry Bali aku sampai setakat day 1 & 2 aje lah. Day 3 dah ada dalam draft, tapi aku macam malas la nak update...boleh gitu?
Takpa. Angin rajin datang, aku hapdet lah. Otherwise, korang faham2 sendiri.

Okay...hari ini officially 1st Ramadhan.
Truth be told, aku adalah excited.
Suka la kan sebab kalau dah ramadhan, tak lama lagi syawal pulak.
I like the feeling.
And everytime aku mesti teringat kemeriahan puasa n raya time budak2 dulu.
Lain bebenor feelnya dengan zaman sekarang.
Macam langit dengan bumi.
Rasanya if aku listkan perbandingan puasa dulu dan sekarang, boleh buat cerpen kot.
Takpa..itu kita cerita kemudian.

Tahun ni alhamdulillah aku okay on 1st day of Ramadhan berbanding tahun lalu.
Kalau yg baca blog ni lama tau la macam mana terseksa aku last year.
Tetiba tak sihat pulak kan.
Nasib baik kuat semangat, gagahkan jugak puasa.
Harapnya sepanjang ramadhan ni takde masalah, Insya Allah...

Baiklah...aku sebenarnya nak cerita pasal menu sahur and sungkai.
Tahun lalu aku ada buat but halfway kot...tak ingat sudah.
So this year nak rajin buat balik.

For sahur adik2 aku request nak sup ayam.
Untuk sungkai pulak tadi mommy masak:-

Ikan berlada
Ayam goreng berkuah
Stir fry tauhu

Simple je. Cukup la untuk kami, alhamdulillah.
Kuih2 takdok..sebab tak sempat singgah bazar.
Sampai rumah tadi pun memang cun2 nak berbuka.

Gambar? Kosser aku nak snap.
Lapar katanya...mana nak ingat tu semua.
Tengoklah esok lusa kot rajin, aku tepek la segambar dua.

Dah la..nak tido. Kang terlajak waktu, air pun tak sempat minum. Alamat melepek sepanjang hari.

P/s Jangan lupa niat puasa ye.

No comments:

Post a Comment