Wednesday, September 10, 2014

Oh Happy Days!

Baiklah...lupakan seketika royanan Kak Ton tentang gaji yang tak kunjung tiba.
Mari I story cerita yang lebih ceria.

Ingat tak hari tu aku kat entry ni aku ada cakap yang aku attend event lain in the middle of my family picnic?
Sebenarnya aku pegi main bowling uols!
Main dengan geng2 sekolah rendah dolu.
Kalau ikut hati aku tak nak pegi tapi dah janji terlebih awal dengan diorang.
Yang plan family picnic ni plannya dibuat kemudian.
Tak sedap pulak bila dah beria ia nak pegi tiba tiba kensel kan..

So after aku drop off  adik adik aku kat beach, aku terus ke CP.
Janji jam 2, tapi pushed off dari rumah dah dalam 230pm.
Tawaf kar parking lot CP je dah berapa lama.
Lupa pulak aku hari tu hari Sabtu. Memang hazabullah sikit parking kalau weekends.
Pusing punya pusing, akhirnya dapat jugak parking kat tingkat 6. Sujud syukur noks!

Sampai kat Bowling Centre diorang dah nak habis main 2nd round.
So aku kira nak join the next round, tapi kebetulan si Duraina dah tak larat nak baling bola.
And saiz kasut dia pun sama dengan aku, jadi tak payah aku bercatwalk ke kaunter carik kasut.
Selamat di situ. Aku continue dengan nama dia je.

Takde pulak aku ambik gambar kat sini.
Tak teringat nak bercamwhore mahu pun sakai monopod.
Hati dah eksaited nak baling bola..hehehe.

Dah lama aku tak main boling ni, makan tahun jugak.


Dapat strike dua kali aje sepanjang dua round. Itu pun fluke shot.

Dalam ramai2 tu, si Hassim sorang je yang terror kot.
Banyak strike dowh! Ada yang double strike lagi..kelas!
Weols yang lain, semua main belasah.
Biar bola ke longkang, kita tetap redah!
Apa pun it was fun. Kena lagi hati aku sedang mendidih, bila jumpa kengkawan yang happening, aku pun happy.

Tapi aky takde ambik gambar langsung.
Gambar yang ada ni pun aku curik dari kiriman di whatsapp.
Again, from various phones so kualiti gambar adalah berbeza.

Lina, Marziani, Aku, Zaziah, Hassim & Asmir

Marziani, Zaziah, Duraina, Lina, Asmir & aku. Si Hassim tetap nak enterframe.

Hassin (x habis2 enterframe la dia ni), Asmir, Aku, Zaizah, Marziani & Duraina

Shahzam, Hassim (ada jugak dia ni), Asmir, Duraina & Zaziah

Ini je gambar yang aku sempat cilok.
Ko tengok la si Hassim tu suka bebenor menyelit.
Macam terlebih dos gembira pulak aku tengok dia hari tu.
Apa apa lah Sim, asal kau gumbira ye...

Game ended lebih kurang jam 5 gitu. Cadangannya nak turun minum & lepak kejap.
Tapi masing2 dah ada komitment lain. So tinggal aku, Lina & adik dia Afiq and Asmir & anaknya.
Turun bawah menuju Mc D tapi dah baris order tu dapat whatsapp gambar family aku kat pantai.
Mak aih, jeles gila aku! Ini tak boleh jadi..harus aku nak ke sana secepat mungkin.
So aku bagitau Asmir aku kena gerak..tak jadi nak join minum.
Kebetulan dia nak cari CD anak dia so weols kensel plan.
Cuma masa tu aku dah tak teringatkan si Lina sebab pusing2 tak nampak...
Aku terus je naik ke parking. Ops, sebelum tu sempat lagi aku tapau Double Cheese Burger meal..heheh..
Dalam kereta baru nampak whatsapp si Lina...
Rupanya dia sibuk carik weols tak jumpa.
Sorilah Lina, I have to go sebab kejelesan menengok family aku bersuka ria di beach.
So aku whatsapp dia explain that I have to go.
Nasib baik semua okay je..phew~!

Hokaylah..Kak Ton dah kering idea ni.
Sekering poket dan dompet Kak Ton tika dan saat ini.
Jadi Kak Ton mintak diri dulu lah ye..
Moga ketemu lagi di entri yang akan datang.

Daaaaaaaa....*lambai ratu yang kecewa*

2 comments:

  1. Si Hassim ni suke sgt bergambar gamaknya yea... ada je muker dia x miss dlm gambar.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa kena sawan gambar kot. Asal orang sua hp nak bergambar tetiba dia muncul dari pelbagai arah...hew3x

    ReplyDelete