Wednesday, September 10, 2014

Cerita Gaji (Lagi)

Percaya atau tidak, gaji masih belum dapat lagi.
Aku...speechless dengan keadaan macam ni.
Ok aku faham memang company ada masalah sikit (?)
Tapi yang aku tak faham, kenapakah boss aku ni bangang sangat pemikirannya.
Manakan tidak, sepatutnya boleh je gaji semalam sebab ada payment masuk (by cheque).
And menurut accounts, duit dalam bank pun dah cukup kalau nak takat bayar gaji.
Tapi bila refer kat bos, dia suruh bayar sewa kedai dulu.
Untuk gaji, sila tunggu cek clear lagi 3 hari.
Bahabi sangat!!!

Kenapa mesti kami yang dah 'kekeringan' ni pulak kena tunggu?
Tuan kedai tu baik kot...kalau nego suruh dia tunggu sampai Jumaat confirm boleh.
Dah lama sewa kat sini (since the 80's) mustahil la kalau tak boleh bawak bincang sikit pun.
Kebodohan apakah ini bos? Rasa macam nak hempuk muka dia pakai kerusi.
Ekspresi muka aku jangan kau tanya. Puaka niyang rapik pun lari lintang pukang kalau nampak.

Mommy pun dah bising suruh aku tagih sampai dapat.
Masalahnya memang pun hari hari aku tanya pasal gaji tapi jawapannya tetap sama.
Sampai aku cakap kat dia 'Kalau tiada duit tambang saya x dapat turun kerja'
Si badigol so'od tu diam je. Tak taulah kalau tak dengar atau buat buat pekak.
Kalau buat buat pekak, harap kau pekak terus seumur hidup.

Kalau diikutkan memang selesa kerja disini cuma masalah gaji tu yang buat aku tak sanggup dah.
Dah berlarutan sampai 3 bulan lebih asyik macam ni. Syukur masa raya hari tu aku dapat mintak gaji awal.
Yang si accounts tetaplah lambat. Nasib je aku bleum dapat offer kerja lain.
Kalau ada offer, terus selamat tinggal ku ucapkan..
 
Uols tolong doakan iols ye...mekaseh!

1 comment:

  1. Akhirnya dpt baca jugak... hurmmmmm faham sgt klu pasal duit ni. Tambah lg kita yg sememangnya KAYA dgn senyuman ni. Klu aku kat tmpt ko... wajib lah x dpt dtg tros. Tambang aje dah lemayan.

    ReplyDelete