Monday, September 8, 2014

Kalau Sudah Nekad, Mesti Jadi Punya!

Lanjutan daripada cerita entry sebelum ini.
Until today kami masih belum terima gaji.
Si polan menjanjikan hari Jumaat lalu, tapi haram nak ada!

Bosan la dengan alasan basi kau.
Asyik kasi harapan pelesu je tau!
Sakit hati toksah cakap memang bagai di siat siat.
Eishhhh bengang gila aku!

Oleh kerana bengang dan menyampah gaji di tunggu tak jugak ada, aku nekad.
Hari Sabtu lalu aku ponteng kerja. Aku sms bos je cakap aku tak masuk ofis.
Tak bagi sebab pun. Pedulik hapa aku.
Nak juga bagi alasan gastrik ke apa kan...tapi takut betul betul terkena.
So lantak la kau disitu. Daripada aku masuk ofis tapi takde hasil, baik aku bersuka ria dengan family.
Piknik kat beach sambil berselfie. At least hati aku tak sakit tunggu buah tak gugur.

Actually piknik ni dah di plan after my uncle keluar dari hospital.
Nak ajak dia santai santai kat beach.
Ye lah..dia kan baru recover. Sedang elok bawak dia bagi happy sikit.
Janjinya jam 10 jumpa kat beach.
Tapi kita hanya merancang...
Weols bermula agak lewat. Mommy dah macam lipas kudung ke hulu hilir sambil mulut dia pot pet pot pet takut lambat. Bila aku suruh dia slow down, kena tempik pulak.
Jadi aku diam je sambil meneruskan kerja kerja memasak. Kalau aku pun kelam kabut nanti tambah stress.

Aunty aku pulak whatsapp kata diorang lambat, jam 1045 baru gerak dari Papar.
Terus aku tarik nafas lega. Sempatlah kiranya aku mengemas apa yang patut.
Cuma adik adik aku bergerak awal sikit sebab nak set up BBQ pit and cop tempat.
Pendek cerita aku dah bersiap bagai, diorang masih belum sampai. Phew~!
Aku tak ingat pukul berapa kami bergerak..rasanya almost 11am jugak la kot.

Excited dah ni nak ke pantai. But then again, kita hanya merancang.
Belum pun keluar simpang, hujan dah turun.
Tapi kami teruskan jugak la menuju destinasi.
However nasib tak menyebelahi, dah sampai beach pun hujan tak stop.

Akhirnya weols patah balik ke rumah.
Yang dah awal ke pantai pun kelam kabut pack barang and berdesup balik.

Plan gagal, tapi makan tetap makan walaupun kat rumah kami yang sekangkang monyet besarnya.
Yang penting berkumpul dengan family :)

Eskrim Malaysia perisa kopi, jagung, bandung, teh o dan milo. Paling laku nih. Aku bedal 3 eskrim milo. Syedapnyeeeee!

Mommy & uncle sibuk bercerita. Sempat lagi mommy goreng kuih cempedak buat hidangan.

Bakal menjadi ahli keluarga tak lama lagi. Presenting Muhammad, tunang si Irut. Bakal adik ipar yang di dera memBBQ ayam.

Uncle GM (yang baru keluar hospital), Uncle Edwin, Grandpa, Mamijilin & Cheling

Kita berpiknik dalam rumah pun bolehlah ye?

Tengah sedap makan tu, cuaca mula beransur baik. Terus membara balik semangat nak ke pantai.
Tak putus asa sungguh tau...lagipun kesian kat bebudak dah excited nak mandi laut *alasan*
Packing balik makanan dengan kepantasan seumpama Gaban tukar costume.
Zap zup zap, terus jalan.
Oh, Uncle GM tak join sebab...entah aku pun tak tau. Ada plan lain kot.
Tapi his daughter join sekali.

Tapi aku drop diorang kat beach aje, sebab aku ada plan lain.
Yang tu kita cerita kat entry yang akan datang, okay!
Sementara tu korang layan gambar gambar dulu.
FYI some of the pics taken while I was away. I mean attending other event and ada gambar yg diambil dari kamera hp orang lain jadi kualiti adalah berbeza beza.


Sakai monopod part 1

Sakai monopod part 2

Sakai monopod part 3

Pakcik Abu yang gigih memanggap chicken wings. Besi tempat letak chicken wings tu tertinggal di rumah. Nasib baik ada rotisserie stick, masak jugak ayam ayam itu.

Sempat si Cheling posing ala retis majalah Mangga.

Wajah disinari cahaya keimanan *sila muntah beramai ramai*

Sakai monopod berterusan. Mengapakah si Irut terkangkang dia sana? Jawpannya hanya dia yang tahu.

Me & MamaJilin..dan Syifa yang langsung tak nak layan kamera. Cisss!

See? Masih bo layan. Pegedah kau Syifa!

Ayumi & Alyssa. Pun posing ala majalah Mangga juga. Versi tepian pantai.

My beloved grandpapa. Pakai sunnies you! Ko ada?

Pics taken by my brother through his Samseng Es Lima.
Aku balik dari event tepat jam 5, so sempat lagi join kejap.
Makan sikit, ambik gambar..tengok2 dah nak masuk maghrib.
Packing semua terus balik ke rumah masing masing.

Bila berkumpul dengan family macam ni, tak ingat langsung pasal gaji yang tak dibayar lagi.
Happy je rasa macam takde problem langsung.
Walhal kepala hotak berserabut dengan macam macam benda.
Now bila ada kat ofis aku asyik rasa nak menaga sakti peringkat tertinggi.
Tinggal tunggu suis di ketik, memang terfire jugaklah nanti.

Ada harapankah kesabaran aku ni bertahan?

No comments:

Post a Comment