Tuesday, May 6, 2014

Update Sikit Buat Syarat...

Assalamualaikum...

Seperti yang dah aku jelaskan dalam entry sebelum ini, aku baru balik dari Kuching setelah berada selama 2 minggu di sana atas urusan rasmi.
Urusan rasmi apakah yang membuatkan aku terbang ke Cat City itu?
Hmm...ikut hati memang nak bagitau tapi somehow masih berat lagi untuk aku luahkan disini.
Tunggulah bila semuanya okay, akan aku ceritakan.
Sebelum itu uols baca je lah apa yang ada ye..sebab gambar2 belum aku transfer lagi.

However entry kali ni aku buat semacam rumusan of our trip.
Kami pergi berempat; me, my mom, my sister Teha & my niece NurFaeysha.
My niece ni dibawa last minute after my mom consider yang kami akan berlama lamaan di Kuching.
Eysha ni manja dengan my mom. Tidur pun mau sama sama.
Kalau tak bawak kang kerinduan pulak si budak kecik.
(Walaupun aku tau sebenarnya my mom yg akan rindu lebih..hew hew hew)
So bawak lah sekali.

The Flight
Me & Eysha naik Air Asia (due to some stupid reason) at 8am, arrive KCH at 0915 lbh kurang.
Mom & Teha naik MAS at 745pm. Sampai Kuching around 930pm.

The Hotel
Hung Hung Inn, 2 star accommodations located nearby Hospital Umum Kuching.
Memang urusan rasmi pun kat Hospital, so this hotel saja yang paling dekat.
Kami ambik Twin Room RM95 per night. We stayed there from 13/04 - 26/04.
Overall, ok lah. Cuma dah nama pun budget hotel, so faham2 sudah.

The 'Urusan Rasmi'
Appointment sepatutnya on Monday, 14/04 but due to beberapa perkara terpaksa tunda ke next day.
15/04, 1st appointment. half day juga di Hospital.
2nd appointment pula sepatutnya on Friday 18/04 tapi oleh kerana Public Holiday (Good Friday), tunda lagi ke next Monday 21/04.
21/04, 2nd appointment. Sepatutnya sekejap je tapi machine pulak rosak. Another half day spent at the Hospital.
3rd appointment on 25/04 went smoothly though it was longer than I expected. In the end, alhamdulillah semua berjalan lancar.

The Jalan Jalan
On the 1st day tu kan kerana aku sampai awal, sempatlah jugak merayau ke Plaza Merdeka, The Springs & Boulevard for groceries shopping. And beli seluar seketul sebab aku yang bijaksana ni tak bawak baju spare barang sehelai pun. Semua aku simpan dalam luggage. Luggage bag aku pulak mommy & Teha bawak kemudian.

Other places yang aku ingat kami pergi was India Street, City One - mommy sempat buat cermin mata kat sini, Wisma Satok, Wisma Saberkas, area Kubah Ria, Seberang (Kg Boyan), Sarawak Plaza, Cat Statue.
Tapi paling kerap pegi Plaza Merdeka & India Street and Wisma Satok. Oh, ada pergi Waterfront juga..hehe!

Yang aku perasan kat Kuching ni, tak ramai orang menerjah shopping malls during weekdays. Weekends meriah sikit but still kurang compared to KK/KL.

Paling best India Street sebab boleh beli baju & beg murah murah. Ada satu kedai tu handbags dia harga RM30 hengget je! Cantik cantik & kualiti bagus. menyesal aku tak rembat sebijik. Memang dah pasang niat tapi everytime nak beli tu mesti terlupa. Takpelah, takde rejeki nak buat camner kan.

Kitorang pegi Seberang naik bot menuju ke Kg Boyan. Kat Kg Boyan ni la ada Mira Kek Lapis yang famous tu. And ikan terubuk masin. Anyways aku rasa kalau by road pun boleh sampai kat Boyan ni, if I'm not wrong melalui Petra Jaya. But we choose the boat, saja la ambik pengalaman. Besides, ka mi bawak si Eysha sekali kan so it is a good experience for her. Enjoy je budak kecik tu.

The Foods
Dah namanya kat Sarawak so wajiblah makan Laksa Sarawak kan.
I had the laksa Sarawak at Ramai Cafe. Twice! Sedap sangat! However mommy tak suka. Katanya bau kuah laksa tu macam colok cina. Wateverlah mommy, your lost!
And then merasa juga mi kolok. Seingat aku 3 kali aku makan mi kolok sepanjang kat Kuching.
First time kat area Kubah Ria. Boleh laa..tak suka sangat. Kali kedua, tapau kat gerai bawah hotel. Pun boleh laaaa. Third time aku makan mi kolok kat Plaza Merdeka food court. Order kat Madam Tang's. Whoa...yang ini seriously sedap. Suruh mommy rasa, dia tak mau. Tak suka juga katanya. Hmm..apa apa je lah mommy. Your lost, again! Hehehe...
Kitorang tak banyak makan kat luar sebenarnya sebab aku bawa multi cooker and beli beras.
So most of the time aku masak nasi and beli lauk samada kat gerai bawah hotel atau kantin hospital.
Ada sekali tu dah bosan makan lauk beli, aku masak sup ayam + sayur. Licin jugak weols bedal.

One more thing yang aku rasa korang kena cuba kalau ada kat Kuching ni is Aiskrim Gula Apong.
Gerai aiskrim ni ada kat area Open Air, rasanya next or behind Elektra House.
Jangan terkejut if korang kena beratur panjang semata mata nak dapatkan aiskrim ni ye.
Aku pun kena beratur dalam 20 minit baru sampai turn.
Basically it's just a vanilla/pandan/chocolate ice cream tabur kacang or cornflakes pastu siram dengan gula apong (or gula melaka as we know it).
Rasa dia just nice sebab aiskrim tu tak manis, tapi bila dah siram gula apong tu kira ngamlah sebab gula apong tu kan manis. Kalau kau minat aiskrim memang tak cukup sekali. Kalau tak minat, sekali sekala pun boleh kot...hehe!

Transportations
Teksi kat Kuching is tad expensive. For a 5 minutes journey minimum pun ko akan kena dalam RM12.
Kira macam sekali jalan dah confirm kena RM12 - RM18 gitu.
Adalah dinasihatkan untuk menyewa kereta kalau ko ada banyak tempat nak pegi.
We are fortunate to have friends over in Kuching, kalau tak memang habis banyak ke teksi.
Nak naik bas, confirm tak reti! Well, actually ada je bas tapi nak menapak ke bus stop tu yang berfikir seploh kali. Mommy dah la tak dan nak jalan jauh jadi kami memang takde option selain teksi atau mengharapkan our friends to drive us around. Ada jugak la yang weols pakai kereta & drive around Kuching..sesat barat jangan cakaplah, tapi tu nanti I story kat entry lain.

Oklah dah penat aku menaip.
Sori kalau entry ni macam tak bagi full details..memang dah tak larat aku mengingat satu persatu.
Next entry mana yang ingat aku selitkanlah ye.
Kalau takde tu ko halalkanlah. Al maklum Kak Ton dah berumur, sel sel otak dah kurang nak berhubung.
But one thing for sure entry akan datang akan ku upload gambar gambar yang ada.
Jangan pulak ko muntah menengoknya ya!

1 comment:

  1. kat KK yg ramai ujung minggu bukan local yea but PTI.

    ReplyDelete