Friday, May 9, 2014

The Pictures..In Random Order!

Because I'm just too lazy to put them in order.
Hadap je lah, jangan banyak songeh.


 Our last night in Kuching. This was at Top Spot. Me, Teha, Mommy, Danish (Olive's son) and Eysha.

Our boat ride to Kg Boyan tempat Mira Cake House & terubuk masin. Am not in the picture sebab aku jadi fotographer.

The delicious, infamous Laksa Sarawak. Had it twice while in Kuching. Besar macam ni with loads of shrimps cuma RM4.50. Yep, I'm serious! That's the price. Berbaloi baloi! This was at Ramai Cafe, stall Laksa Kak Ani.

Me & Olive a.k.a Puteri Zafrina. My ex-colleague who now resides at Kuching. Lama kami tak jumpa, more than 3 years. So good to see her again. banyak dia tolong aku while in Kuching...siap hantar ke airport lagi on the day we left. Thank you, Puteri for all you help..appreciate it very much!

At top Spot. yang aku ingat hari tu aku order Steamed Snapper with garlic soy sauce, mixed veggies, Udang Goreng Tepung & Sambal Sotong. Paling kecewa with the udang...sebab jadinya macam jemput jemput lah pulak. fail disitu. Too bad aku lupa snap gambar, if not you would understand what I meant..hehe!

At the Cat Statue yang sangat femes ittew...wajib tau ambik gambar kat sini. kalau tak macam tak disahkan kehadiran di Kuching. Haha!

Teha & me. First time datang breakfast kat Ramai Cafe ni..and first time aku makan Laksa Sarawak Kak Ani. Teha makan nasi goreng apa ntah...sedap la jugak, tapi bagi aku Laksa tu lagi win!

Eysha & Mommy. Dah kenapa si Eysha buat aksi ala2 cakaran kucing tu? Mentang mentang di Kuching, mencakar la kau ya? This was also at Cafe Ramai.

At the Cat Statue. Actually, this was the first time we went to the Statue (mommy & Eysha excluded) dibawa oleh kawan si Teha. Seksaited punya pasal malam pun kami bantai bergambar.

Eysha & Danish. Like a bawse kat Top Spot budak berdua ni. Kami biarkan je lah diorang main around the area. Tak kacau orang pun. Main syok sendiri, selagi terkawal kita kasi chance..hehe!

Puan Puteri Zafrina :)

Mommy & Teha. Again, kerana aku jadi tukang ambik gambar maka gambar aku seciput je. Tsk!

Ini gambar dekat Boulevard rasanya...first day kat Kuching. Mommy & Teha belum sampai jadi aku & Eysha jalan jalan dulu (thanks to Olive).

There you see it! Ramai Cafe. Tak try pun Mee Kolok Kak Sita tu. Gerai Laksa Kak Ani is the next stall on the left. Yang pakai tudung cokelat tu lah Kak Ani :)

Yang ni gambar kat airport T2 before departure (BKI/KCH). Me & Eysha minum teh tarik panas. Tu muka excited sebenarnya..kejap2 tanya bila mau masuk dalam plane.

Teha, Eysha & Mommy at the Cat Statue. Nak suruh Eysha ambik gambar solo kat Statue ni, tak nak dia! Takut kot, sebab behind the rocks that they sat on tu sebenarnya macam kolam. Aku rasa dia takut jatuh dalam air, tu pasal dia tak mau bergambar sorang.

My beautiful mommy on her 55th Birthday (15 April). Ini la gerai di bawah hotel. If u notice on the right tu sebenarnya macam ruang makan and dalam tu ada banyak lagi gerai tapi non halal la..ada yang halal I think dalam 3 gerai je kot and kat luar ni pun ada 4 gerai yang halal (one of them is an indian stall selling roti canai. Sedap tau roti canai dia, garing & cukup rasa).

Pisang Cheese at RJ Ayam Penyet, Satok. Rupanya RJ ni ada dua; satu kat Satok and lagi satu kat bandar. The nearest to us is at Satok so nak tak nak settle je lah kat situ.

Mommy & Teha at the Statue

Aiskrim Gula Apong. Dalam bekas besar ni harganya RM6. Ke...RM4? Tak ingat pulak...hehe. tapi kalau dalam gelas polysterine tu harganya RM2. Damn..nampak gambar ni teringin pulaaaaaak!

Ni dia tempatnya. Jangan tertipu ye..nampak macam kosong kan? Tapi ini cuma kat luar. Try masuk dalam tengok, sikit punya panjang barisan just to get the ice cream. First time try kami menunggu dalam 15 minit kot baru dapat. 2nd time pergi adalah dalam 20 minit macam tu.

Me & Mommy. Masa ni mommy dah bising2 kepanasan. lepas gambar, berlari mencari tempat teduh..haha!

Eysha at the hotel. First day di Kuching, berehat before keluar exploring the city sementara menunggu ketibaan mommy & Teha.

At Sarawak Plaza. While mommy & Teha sibuk memilih baju for the kids, I caught Eysha posing syok sendiri depan cermin. Silap pandang gambar ni nampak macam twins yang sedang main2 kan? Padahal mirror reflection je..eheh!

Tadaaaaaa.....The Mi Kolok at Madam Tang's, Plaza Merdeka Food Court. Harga dalam RM6.50 or RM7.50 lebih kurang. A bit pricey kalau makan kat food court. Standard la kan, sewa mahal kot. Tapi still berbaloi sebab sedap.

Ko apahal Danish...asal bergambar, buat muka pulak! Apa apa je lah, asalkan bahagia kan? haha!

Teha & Mommy at Top Spot. Err..tetiba aku takde idea nak letak caption apa lagi.

Sebenarnya ada lagi gambar tapi belum transfer sebab ada kat phone Blackberry (yang sekarang dipakai oleh adik aku). Nanti aku dapat balik phone tu baru boleh transfer gambar yang selebihnya.

Dah update ye Encik Alizam. Kang ada gambar lain tu aku updatelah lagi. Hew hew hew!

2 comments:

  1. Mcm teringin lg ke kuching... plus dgn monopod ni kan. Hew hew hew.

    ReplyDelete
  2. Jom la after raya...how? U want?

    ReplyDelete