Thursday, March 20, 2014

Sedap Katanya...

Tadi pagi aku menumpang adik.
On the way ke tempat kerja tu terbit idea nak cari tempat beli breakfast yang best.
So si adik cakap ada satu tempat jual nasi lemak sedap.
Jadi singgah lah membeli.
Tapi sebelum tu buat detour dulu ke gerai mi sebelah Pasar Sembulan.
Sebab aku teringin makan mi pulak secara tiba tiba.
Maaflah memang tak boleh di tolong perangai yang satu ni.
Dah kata tangki besar, selera haruslah besar..ngeh ngeh ngeh.

Sampai di gerai, aku nampaklah nasi lemak yang dimaksudkan.
Murah jer pun, seringgit sebungkus (read: Tanpa telur and kacang)
Aku beli tiga, one for me, 2 for adik.
Oleh kerana aku dah beli mi, maka aku simpan si nasi lemak untuk lunch.
From the packing, memang nampak menarik dengan sambal merah menyala.
Huish...menjejes ailioq nengoknye..sabor je la tahan nepsu sampai lunch time.

Baru sat ni aku makan. Dengan harapan tinggi menggunung ye, sebab sedap katanya kan...
Tapi saat aku suap nasi tu ke mulut...agak kekecewaan Kak Ton disitu.
Nasi tu memang dah sedap & cukup rasa. TAPI sambal adalah manisssssss.
Potong kenepsuan ai terhadapnya...sedeh ai tau!
Tapi takpelah..dah beli nak buat camne.
Kita habiskan aje daripada membazir.
Walaupun mukaku berkerut2 bila rasa manis itu melalui tekak, ku gagahkan jua.
Confirm aku tak beli lagi dah lepas ni.

Sori takde gambar yang senonoh sebab aku lupa snap before makan. Kau hadap jelah gambor tak cukup sifat ni ye.
Setakat ni aku belum jumpa mana mana gerai yang boleh celen kesedapan nasi lemak mak aku.
Semua mak mak ni memang terror masak kan?
If ko tanya soalan 'Who's the best cook in  the world' almost 95% akan jawab mak dia paling terror masak.

Isnin lalu mak aku masak nasi lemak for dinner.
Sedap tu jangan cakap, memang terpaling sedap sampai bertambah nasi.
And aku makan lagi sekali at 11pm. Masa tu telur rebus dah habis tapi akak kau ni gegeh merebus telur semata mata kerana nak ulang makan.

Oh mother! Your nasi lemak is the best!


Jadi pelajarannya hari ini ya anak anak, manusia mempunyai citarasa yang berbeza beza.
Apa yang sedap bagi kau tak semestinya sedap bagi aku.
Apa yang cantik bagi aku mungkin buruk di pandangan mata kau.
Begitulah sebaliknya.

Paham ke tak paham?
Aku pun tak berapa nak paham sebab aku rasa dah termelalut banyak dah ni.
Aaah...lantaklah! Asal ada entry, sudehhhhhhh...hew hew hew!
#villagepeople

2 comments:

  1. sambalnya lemak manis lah kiranya yea... hik hik hik..

    ReplyDelete
  2. Manis saje, lemaknya takdok (merujuk kepada sambal).
    Tapi nasinya memang lemak cukup rasalah.

    ReplyDelete