Monday, March 10, 2014

Pray For MH370. Allahu Rabbi...

Sedih bila mengenangkan nasib mereka yang berada dalam flight MH370.
Langsung tiada khabar berita setelah 48 jam berlalu.
Buat aku terfikir: Sedangkan kita terkesan dengan berita ini, apatah lagi saudara mara passengers dalam flight MH370.
Pasti sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan berdebar debar.

Sepanjang tempoh 48jam ini juga terlalu banyak spekulasi dan statement tidak rasmi yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak, mendahului pihak berwajib yang layak memberikan kenyataan rasmi.

Tidak tahukah akibat daripada perbuatan mereka itu, banyak hati yang akan terhiris?
Seolah olah mempermainkan perasaan keluarga mangsa2 terbabit.
Berulang kali diingatkan agar jangan buat kenyataan ikut suka hati, namun sedihnya bila membaca timeline social media, spekulasi masih merajai takhta.

Tolonglah bijak sikit. Tak minta banyak, sikit pun bolehlah.
Kalau kau dapat info yang tidak sahih, jangan pandai pandai update status di media sosial.
Langkah terbaik adalah tunggu pengumuman/kenyataan dari pihak berwajib.
Semua orang nak tahu update terkini. So kenalah SABAR.
Apa apa pun, aku pasti keluarga mangsa akan diberitahu terlebih dahulu sebelum orang ramai.
So jangan jadikan alasan 'keluarga mangsa perlu tahu' untuk kau sebarkan berita yang tak pasti betulnya.

Lagi satu yang aku tak boleh terima.
Apakah relevannya kejadian MH370 ni dikaitkan dengan politik?
Those setan2 politik ambik kesempatan untuk bash each other, untuk apa sebenarnya?
At moment like this, bukankah sepatutnya kita semua berdoa mohon agar semua passengers selamat?
How unfortunate it is when you morons used this tragedy as a platform to spread hatred (tak kira kau kerajaan atau pembangkang, dua dua pihak pun ada setan politik masing masing).
Kau lupakah yang semua ini terjadi kerana kekuasaan Allah?
SHAME ON YOU! 




Aku cuma mampu berdoa kepada yang maha Esa agar segalanya dipermudahkan.
Baik kepada mangsa, keluarga mangsa mahupun petugas Search & Rescue.
Doaku agar segalanya berjalan dengan lancar.




'Hasbunallah wa ni'mal wakil...jagalah mereka ya Allah, sebagaimana kau menjaga Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Semoga semuanya berjalan dengan lancar"

Aamin ya rabbal alamin....


P/S Yes, entry agak formal dan emosi. Jom kita doakan yang terbaik buat mangsa.

2 comments:

  1. Replies
    1. I know right! But sad to say, to this date masih ada orang yang sangat berotak lembu (or shud I just be blunt and say berotak khinzir) still posting/updating nonsense. Diorang ingat senang kot nak buat Search & Rescue ni. Why don't they volunteer and try joining the S&R team? Baru rasa how difficult it is.

      Delete