Monday, November 4, 2013

Aktiviti 3 Hari

Hola!

Agak malas mengupdate.
Marilah kita membuat entry secara rawak.
Bermula dengan cerita hari Jumaat (petang).

Baca twitter. Nampak tweet viruspadu, dia ada di KK.
Entah apa angin aku, terasa nak bagi dia try bambangan.
Bambangan ni lebih kurang macam mangga la tapi lebih masam dari mangga.
Selalu dijeruk dengan garam and parutan biji bambangan tu sendiri.
Then boleh la buat sambal (ala2 sambal mangga) ataupun campur dengan ikan rebus/singgang.

Bambangan yang sudah di jeruk. Gambar ambik dari Google.

Dah wassap2 dgn VP nak hantar jeruk bambangan terus ke hotel tempat dia menginap tapi agak kurang bernasib baik sebab a) puas round tamu petang tu tapi bayang bambangan tidak kelihatan, dan b) kereta tak free. Apa nak buat, terpaksa delay lagi sehari.

Sabtu pagi, cuti Deepavali so mama bercadang nak balik kampung. Kebetulan on that day, uncle aunty aku semua buat upacara rosary & sembahyang for my late grandma (my mom is a convert). Alang alang tu baiklah semua berkumpul. So paginya aku bawa mama ke tamu beli lauk pauk sikit and jeruk bambangan yang aku niat nak bagi VP tu. Alhamdulillah misi berhasil.

Send mom to kampung around 10am macam tu. Mula mula aku plan nak stay kat rumah je sebab nak cuci tandas yang dah macam hapa tah rupa dia. Kalau aku tak cuci memang foreverlah tandas tu serupa *(&^@^%@#*&!@*%&. #truestory. Tapi macam tak best pulak dok rumah sorang so ikutlah jugak. But aku tak tidur kat kampung sebab malam dah ada plan dengan Alizam & Suzie.

Sampai rumah je aku kemas mana yang patut dan terus siap2. Cun2 nak solat maghrib Alizam & Suzie pun sampai. Si Alizam sempay snappy2 lagi kat luar rumah aku. And time aku solat tu boleh dengar sayup2 lagu hindi berkumandang. Sah, mesti dia pasang channel Zee. Menyempat lagi tau mamat sorang ni! Oh, sebenarnya weols nak tengok wayang and dinner afterwards. Di belanja sepenuhnya oleh En. Alizam :)

 Mr Alizam

Bergerak sekitar 615pm dari rumah aku, tak sangka pulak traffic congested dengan teruknya. Dah la beli tiket show jam 645pm, takut lambat. Stress si Suzie drive all the way. Aku dah bebel bebel dalam kereta, takut tak sempat beli jajan. And yes..memang tak sempat pun sebab by the time sampai Suria Sabah dah almost 655pm so terus menuju panggung.

We watched this. Overall ok la. Cuma aku tak tengok yang first movie tu so agak lost sikit. However, not really my cup of tea.

Usai menonton, Suzie pulak nak singgah kat Filipino market. Ada 'sesuatu yang istimewa' dia nak beli. Apakah itu? Sorry, tuan punya badan tak izinkan kami reveal bendanya. 'Ini rahsia kita bertiga' kata Cik Suzie. Baiklah, kami menurut perintah. #pegangamanah. Tapi sebelum itu, kami ke Promenade Hotel dulu untuk menyampaikan sebekas jeruk bambangan untuk Viruspadu a.k.a Jemah. Berdebar juga aku sebab pertama kali jumpa blogger femes. So aku text dia, bagitau aku dah sampai lobby. Tak lama tu dia pun turun dengan En Badang (husband dia la), Nisa & Anoi (anak2 dia). Terkagum kagum juga aku bila jumpa VP ni face to face. Pertama, sebab dia cantik sangat! Muka flawless gitu. And dia tinggi. And suara dia sangat lembut. And dia adalah kurus okeh! Memang kalau tengok gambar di blog nampak macam tembam, padahal nan ado. Gambar tu tipu belaka. Kurus je aku tengok. Cerita lebih kurang, sebab Alizam & Suzie tengah pusing2 cari parking. Paling menyedihkan, satu gambar dengan VP pun takde sebab bateri hp aku dua2 dah kong. Menunggu si Alizam tolong ambik, tak masuk2 pula ke dalam hotel jadi aku lupakan je hasrat nal bergambar :'(. Ada jugak VP ajak ngeteh di cafe Promenade but I is segan sangat jadi aku tolak dengan baik..hehe.

Lepas tu kami menuju ke Medan Selera Putatan. Lama jugak plan nak makan char kuay teow di sini (aku la pakat promote tempat ni kat Alizam..hehe) akhirnya dapat juga last Saturday. Eh, actually dah makan sekali dengan mama on Thursday night. Memang sedaaaaaap! 

Me & Suzie

Char Kuay Teow Besar Special. Lapan hengget noks...tapi berbali baloi!

Nak tahu cerita? Rupanya on Saturday tu adalah birthday si Alizam! Selama ni aku mati mati ingatkan yang birthday dia on December sebab dia yang bagi tau. Kong ajo punya Alizam..tipah tertipu you! By the way, gambar gambar bermula dari muka Alizam tu aku cilok dari blog dia. Baca sini perihal dia men'trick' aku and Suzie on his birthday.

Sunday me & my sisters ke kampung semula. Asalnya nak ambik mama tapi si mama extend tidur di kampung sampai esok (Tuesday). Memandangkan Isnin tak cuti kami terpaksa balik petang tu jugak. Oh, sedihnya tak dapat tidur di kampung..tsk!

On the way balik rumah tu asyik teringat spaghetti. Terus singgah beli bahan bahan and projek spaghetti for dinner semalam.

Tadaaaaa....my creamy spaghetti. Resepi nanti aku upload di blog masak memasak.

Ada peristiwa sentap menyentap semalam tapi takde mood aku nak cerita pasal apa. Nanti la kalau aku rasa nak meluahkan. Buat masa ni, biarkan dulu. Biarkan aku membawa hati yang lara. Kemain bahasa aku kan. Bak kata Alizam, muka balada tapi hati dangdut. Isk, macam tak kena je kan. Lantaklah, sukati aku tulis apa pun. Ada ku kisah? 

Takat ni je dulu ye..ewah kemain lagi 'takat ini' padahal berjela dah aku meraban dalam entry kali ni. Nasib la siapa yang baca. Kah kah kah kah kah.....









2 comments: