Thursday, November 14, 2013

Jalan Jalan KL


Assalamualaikum...

Agak lama menyepi dari blog kan? 
Eleh, macam korang kisah sangat aku update ke tak.
Ahhh...lantaklah. Aku pun tak kisah....kah kah kah!

This entry berkisar tentang me & my sisters trip to KL on 9 - 12 November lalu. 
Just four of us. Short trip je pun. Saja melawat ibu negara Malaysiaku tercinta. 
Lagi pun tiket murah, jadi moh le kite jalan jalan...hehe!

My bag is packed, I'm ready to go. Nampak kecil beg ni tapi segala macam aku sumbat dalam tu. Baju & tudung pun terlebih bawa, pakainya cuma beberapa helai aje.

Actually kami sampai awal coz one of my sister (Teha) ikut flight yang slightly earlier than ours so sampai T2 dalam jam 130pm.
Teha's flight scheduled to depart at 245pm, kami pula at 345pm. Selang sejam.
Apa apa hal pun haruslah cari sappedek dulu kan.
So weols pun terjah la KFC. Sorry nan ado pictures sebab lapar gilbabs.
Aku pun hairan apasal boleh lapar lagi walhal sudah makan pun di rumah.
Aku siap masak kurma daging and sayur apa ntah. Lupa sudah.

Siap makan di KFC, Teha turun ke boarding hall. 
Yang kami sambung lagi lepak di Asian Cafe (not sure if the name is right).
Minum je la. Kalau makan lagi, melampau rakus namanya kan.
Lepas tu terus ke boarding hall.
Actually masa masuk boarding tu ada insiden lucu.
Tapi malas pulak aku mengulas disini. Lain kali sajalah ye...itu pun kalau aku rajin :D

Boarding Hall, Terminal 2 LCCT Kota Kinabalu.

Dalam flight aku bertekad konon tak nak order apa apa. 
Kononnnnnn je lah kan. Setelah dipengaruh oleh Ija, order jugak.
Dasar perut tangki besar tak dapat di tolong.
Jadi kami order ini:-


Kamal's Mamak Fried Mee. Menu baru katanya. Pedas tu dah ok, cuma masin ya rabbi! Perah limau pun masih masin. Tak sesuai langsung dengan harga sepuluh hengget!

**Ira order Tuna Wrap. Dia makan satu, yang satu aku ngap dalam bas in the way to KL Sentral. Oh, mee goreng tu aku share dengan Ija**

Sampai LCCT, Teha suda menunggu di arrival hall. 
Rupanya dia pun baru sampai sebab flight delayed a bit.
Terus keluar cari bas ke KL Sentral.
Sampai KL Sentral lebih kurang jam 730pm, terus cari teksi menuju hotel.
We booked our stay at V'La Garden Jalan Pudu.
Dekat je dengan Bukit Bintang.

First impression aku (about the hotel area), agak scary tempatnya.
Maybe because of the ongoing MRT project membuatkan surroundingnya nampak begitu.
Check-in, tengok bilik...ok lah. Kami ambik triple room. 1 queen, 1 single. 
Ada TV flat screen yang comel, rasanya 14 inch. 
Yang aku x berkenan, tiada cermin dalam bilik tu. Cuma ada dalam tandas je.
And soket cuma satu! Terpaksa beli extension semata mata untuk charge handphone.
Kalau tidak memang berebut.
However, it's a budget hotel pun kan...what do you expect. Terima je lah.
Bersyukur ada tempat tidur..hehe. And syukur tandasnya bersih *phew!*
Tapi akak tak kosser nak ambik gambar. Malas......
If korang nak tau sangat, sila google V'La Garden Hotel.

Malam tu weols makan kat gerai Bonser. Matik la nama gangster sangat kan..haha!
Order Nasi Goreng Pattaya Seafood (me), Mee Goreng Seafood (Teha), Nasi Goreng Cili Padi (Ija), Sup Daging, Kailan Goreng..aku tak ingat si Ira order apa. 
Minuman pun aku tak ingat apa yang kami order.
Tapi sedap dan berbaloi lah makan di situ.
Again, malas mengambil gambar. Bateri henfon pun ala2 hidup segan mati tak mau.

Lepas tu berjalan menyusur Jalan Alor menuju ke Pavillion.
Bukan untuk shopping ye, tapi semata mata untuk membeli Aunty Anne's Pretzel.
Padahal kalau beli di Sungei Wang pun boleh.
Saja memenatkan kaki. Tsk.
Then from Pavi  terus balik hotel. 
End of Day 1.

 View from our hotel room. Good morning KL!

Day 2, kami bangun awal just because nak membeli breakfast nasi lemak yang sedap.
Yes, aku rasa di KL nasi lemak dia banyak variety berbanding KK. 
Jarang jumpa orang jual nasi lemak dengan varieties of lauk sambal di KK.
Jadi alangkan ada di KL kita terjah sama dia.
Tapi aku tak ikut pun diorang. Aku stay and bersiap awal.
Maklumlah kalau aku bersiap boleh tahan lama.
So takpa, biar diorang je pegi beli. I just kirim duit and pesan apa aku nak.

 Tuuuuu dia! Breakfast with style kata ko! 

After semua orang dah siap, kami menuju ke KLCC. Naik Monorail then sambung naik LRT. 
Sampai di station terus masuk KLCC. Tapi, agak hairan sebab senyap sunyi je.

Ira: Kita di mana suda ni?
Me & Ija: KLCC la! (dengan penuh confident)
Ira: ooh...

Tapi dalam hati ni ada rasa pelik, sebab lain rupa kedai kedai dalam bangunan ni.
Macam tengah renovation pun ada. 
Naik dari satu tingkat je satu tingkat, pusing balik area yang sama jugak.
Masing2 buat spekulasi.
Maybe salah entrance, kena masuk another entrance kot.
Ye la sebab macam renovation gitu kan..
So keluar lah kami. And guess what? Suria KLCC is actually seberang jalan!
Yang kami masuk tu sebenarnya AK Avenue! *tepuk dahi berkali kali*
Paaatut la lain macam kedai kedainya. Aaaaaaaaaaa!!!
Gelak2 je kami menuju KLCC.
Ingatkan kebodohan ini berakhir di situ. Oh nooooo...ada lagi! Nanti kita cerita.

Masuk KLCC, masing masing kehausan. 
Cari La Cucur, pun boleh terpusing2. 
Tapi akhirnya jumpa juga. Legaaa...boleh duduk minum :)

Minum & makan light light di La Cucur. Kuih Kaswi/Kusui dia sedap la. I loike! Yang lain tu biasa biasa je.

Masuk Mark & Spencer tapi bukan cari baju, tapi cari biskut2 yang on sale. 
Maklumlah kalau M & S lelong biskut gila murah! But no luck hari tu tiada pula.
Kehampaan lalu kelaur dari KLCC.
Next destination is Masjid India. Decide nak naik LRT.
Elok je sampai LRT station, kami ternampak sesuatu.
Rupanya entrance ke KLCC adalah bertentangan dengan entrance yang kami masuk awal tadi!
Apakah ertinya ini??? Adakah di sesatkan oleh *tuttttt*??
Mistik sungguh. (Ye la mistik, padahal sah sah kebodohan sendiri)

 Ija membuat aksi tepuk dahi sempena kebodohan di hari minggu

Dalam LRT on the way to Masjid India

Niat di hati ke masjid india tu ada dua: beli tudung and beli 'cucuk cucuk' or kebab or apa apalah snacks yang ada. Last June we went there banyak bersepah sana sini.
On the way to Sogo tu...banyak kan macam food truck/gerai2 jual snacks.
So berhajat lah kiranya. Tapi sekali lagi kehampaan.
Rupanya Saturday je meriah sebab pasar malam. Kalau Ahad tak jual.
Haish..takpe lah bukan rezeki. But dapat juga beli tudung, serkup and brooch.
And kain ela kiriman my aunty.

Then naik teksi dari Sogo ke Berjaya Times Square. 
Masa ni aku dah laparrrrrrr...ye la it's almost 2pm kot.
Menangis lelemaks di badan.
Tapi diorang ni kerek..cakap tak lapar la apa la..
So turun ke basement makan bubur, you tiao and pertama kali aku merasa savoury Tau Foo Fah. Itu pun pasal Ija salah order.

Lupa ambik gambar awal, sudah gaul gaul baru ingat snap pic. Ada udang kering, seaweed, daun sup, daun bawang and sambal yang pedas tapi sedap. Boleh laa dimakan buat snack tapi tidak sampai teringat ingat *pendapat aku*

Aku tak ingat if ada beli apa apa di Times Square on this day. 
Yang aku ingat, kami balik hotel rehat sekejap & lepas tu ke Sungei Wang.
Oleh kerana aku masih kelaparan (manakan tidak, makan tau foo fah tu saja alas perut), maka aku paksa diorang makan juga. Kali ni kami ke Q Bistro (dulu nama dia Hajris).

Telur Sotong Goreng - SEDAP!

Mihun Goreng & Ayam Goreng - SEDAP JUGA!

Kerana lapar aku mampu snap dua gambar ni saja.
Ija makan Nasi Kandar. Yang aku ingat lauk dia kari ikan tenggiri. Lain aku tak ingat dah.
Ira makan murtabak daging. Teha, aku tak ingat dia makan ke tak...haha!
Minum sirap limau & honey lemon. Over manis aku rasa.
Oh, terkejut weols nampak murtabak daging tu di hidang dengan bawang cincang bersirap ros! Is it normally served that way? Konfius di situ.

Round2 Sungei Wang, singgah Giant beli barang sikit then terus balik hotel. 
Malam tu cadangnya nak tengok wayang Highland Towers kat Times Square.
Bersiaplah weols. Sekali lagi HAMPA sebab show jam 820pm fully booked!
Apalah nasib...asyik kehampaan je the whole day. 
Dah tak jadi tengok wayang tu, divert ke Subway pulekkkkk...

 I had these! Steak & Cheese with Onions, Lettuce, Capsicum & BBQ Sauce. Yumsss!
Dang it, nampak ni macam teringin lagi. Bila laaa Subway buka di KK ni. I waaaaaannnntttttttttttttt!!!

Lepas tu menyopping sikit. I cannot remember nama kedai but it's a big shoplot. 
Beli baju satu helai, ten ringgit only. 
Diorang pun merembat baju & seluar.
After that balik hotel. End of Day 2.

Day 3, sama jugak tapau nasi lemak and aku tak ikut.
Hari ni weols ke Kenanga Wholesale Centre.
Aku beli baju untuk Ajib & anak2 buah aku di sini.
Cuma baju untuk Baby Simba aku decide beli later kat Sungei Wang.
And sempat juga beli satu baju di sini. 
Siap membeli belah di Kenanga, aku sudah gigil gigil parkinson kelaparan.
So decide untuk ke Times Square lagi. 
This time aku paksa diorang makan di Food Court.
Lain pulak sistemnya...kena beli card, then swipe2 di dalam tu. 
Ada balance nanti refund. Apa apa je lah ye.

Perut lapar tak boleh tahan, aku makan nasi campur.
Ira & Teha makan nasi ayam. Ija pun makan nasi campur + Yong Tau Foo semangkuk.
Berjemaah kami mengerjakan Yong Tau Foo tu.
Okay laa...boleh tahan. 
Kerana lapar, sotong & paru yang macam getah tu pun aku bedal sampai habis.
Eh, almost habis..ada baki sikit.

Muka ceria selepas kenyang. Excuse the pic quality. Pakai flash terus muka putih 'cahaya keimanan'

Siap shopping sikit sikit di Times Square, balik ke hotel. 
Malam tu plan lain lain sebab Ija and her friend nak meet up & tengok wayang. 
Mula mula ke Sungei Wang dulu sebab nak beli baju Baby Simba.
Alhamdulillah, jumpa juga. Then kami split. Ija terus ke Times Square. 
Me, Ira & Teha beli jajan, then singgah Restoran Ali Mama at Plaza Berjaya tapau dinner.

 Keropok ikan, fishballs & sau mai goreng

 My mihun goreng seafood yang ermmm....x syedap! Boleh tak aku jumpa 2 ulas bawang putih yang tak masak langsung dalam tu! And bawang putih cincang dia pun x masak! You can taste thw raw garlic in the food. Aku suka je garlic tapi kalau dah terlebih lebih tu memang hilang kesedapannya. AND the udang is not fresh at all. Mahal pun ye jugak tapi sangat tak berbaloi. Aku makan dalam 5 suap je kot. Anyways, Teha's Mee Goreng Seafood tasted okay, though.

Lepak di bilik hotel melayan cerita apa ntah.
Sambil packing barang. Esok nak balik dah.
Tak lama tu Ija kol bagitau dia tapau burger.
Oh gumbira! Haruslah kan, sebab mihun yang aku tapau earlier tu sangat menghampakan.
Ija sampai ja terus serbu burger.

 Burger yang sedap tapi ada sos...I is not loike sos in a burger so ada unsur kehampaan di situ. Anyways habis juga.

Layan cerita Pendekar Bujang Lapuk sekejap..then tidur dengan jayanya.
End of Day 3.

Day 4. Final day in KL. Same routine, they went to tapau breakfast and aku cuma kirim. 
Kali ni aku tukar selera, makan mihun + ayam goreng pula.
Oh I loike veru much..kena dengan selera aku mihun dia. 
They bought extra packet tapi aku tak makan. Sepeket cukup.
Sementara menunggu check out time, buat final checking barang barang semua.
Then golek golek atas katil menghabiskan masa.
Bergerak dalam jam 1145 macam tu, check out & menuju ke Sungai Wang.
Aku lapar, and paksa diorang semua  ke Q Bistro for lunch...heheheheh.

Teh Tarik Ping yang sangat sedap! 

 Ini saya punya. Naan Cheese, Dhal & kari kambing. Naan tu almost habis, tapi kari kambing masih banyak. Jadi aku order lagi nasi, makan dengan kari tu. Gila ketat perut! Tapi sedap!

Bila sudah kenyang baru muka ata sinyummmm. Shawl itu baru beli di Masjid India :)

Tapau Auntie Anne's Pretzel untuk mama :)

 Dalam bas menuju LCCT

Sampai di LCCT masing masing mencari port untuk charge HP.
Mula mula ke Mc D. Tapi suis yang available only di luar. 
Sudah la panas membahang kalau duduk di luar tu.
Bertahan sekejap je la, then pindah ke Marry Brown.
Puas cari suis. Jumpa juga tapi alangkah geramnya bila suis tak berfungsi.
Siap makan terus menuju ke ruangan sebelum check in tu.
Nampak tiang yang ada suis....bersyukur terus!
Ceppat cepat charge phone, then sampai masa terus masuk boarding hall.

Sanggup menjadi penunggu trolley gara2 mau charge HP.

Adalah menjadi satu kewajipan kalau datang KL mesti beli varieties of buns and bread ini:-

Must buy!

Kalau tak beli macam tak lengkap trip ke KL. Tapi hari tu tak banyak pilihan. 
Maybe belum re-stock so angkut apa yang ada.

Flight balik adalah delayed for about half an hour kalau tak silap.
Itu pun tiada announcement langsung! Dalam kapal baru apologize. 
If bagi complimentary drinks ke apa ok jugak kan.
Hangin je passengers menunggu lama. Pfffft!

Landed around 820pm mcm tu. 
Ajui ambik kami di airport. Sampai rumah terus serbu anak2 buah yang dirindui.
Tapi lepas tu aku serbu nasi. Lapar dowh, dalam flight minum milo n makan muffin half je.
Then kasi pass baju tudung seluar for them.
Mandi, kemas apa yang patut then tidur.

Begitulah adanya kisah percutian kami.
Sekian, terima kasih.


Macam karangan cuti sekolah jer...isk!
Aaah...pedulik! Yang penting sudah update.

2 comments:

  1. tak habis baca lagi ni... tapi mmg kat semenanjung martabak jawa dia hidang dgn something like bawang dan sirap... sedap gak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku cuba juga, tapi still kenot terima lah. Pelik rasa sirap ros makan dgn murtabak.

      Delete