Thursday, October 17, 2013

Ini Tidak Adil, Tidak Adil Bagiku!

We had an emergency meeting this morning. 
Tapi untuk menghuraikan intipatinya aku kena bagi mukadimah dulu.
Begini ceritanya...*tarik nafas*

Office aku ni cuma ada satu big boss (Ms L), satu manager (Ms K), satu accounts (Ms C) dan dua kuli (aku & dan MariMar)

Yang pegang kunci office adalah Ms C & si MariMar.
Kemungkinan Ms L & Ms K pun ada kunci, aku tak pasti..
Tapi yang aku pasti, aku tiada kunci office.

Masalah office ni, is waktu bukanya selalu terlajak.
Supposed to open at 8am but selalunya buka dalam jam 840am macam tu.
Kalau awal tu kira rare case laa..
Aku admit, aku bukan selalu awal. 830am baru sampai (kadang terlajak juga 845am, depends on city bus..hehe)
Bila aku sampai dan office belum buka, terpaksa aku menunggu. Sebab aku tiada kunci office.

Baiklah, mukadimah dah abis, mari masuk ke intipati cerita.

Herrmmm herrmmm *clearkan tekak*

Tadi pagi seperti biasa aku sampai dalam jam 820am lebih kurang (ok maybe 830am) mcm tu.
Jenguk ofis, as usual...belum buka lagi.
So baik aku tapau breakfast dulu.
On the way tu Ms K call...tanya aku di mana
Of koz aku cakap di luar (nota: Aku tak pegang kunci ofis)
Terus meroyan si Ms K sebab aku x masuk ofis lagi!
Ada orang tunggu nak ambik passport & visa approval, dah marah sebab ofis tak buka lagi katanya.
Aku jawab la bukan aku yang pegang kunci ofis. Kena tunggu Ms C sampai baru ofis boleh buka.
Terus dia off call. Sentap lettew!

Aku biarkan je. Malas nak layan.
Tak lama tu Ms L pulak call tanya aku kat mana and again, aku explain benda yang sama.
Guess what? She was surprised kenapa aku tiada kunci office.
Ms C sepatutnya dah bagi aku kunci last week. Tapi sampai sekarang harammm nak ada.
Rupanya selama ni diorang ingat aku ada kunci.
Sigh. Whatever lah. Again, aku malas melayan.
Then Ms C pun sampai, buka office.
As usual aku teruskan kerja aku. Switch on komputer semua.
Jam 930am Ms L sampai. Masa ni ok lagi masih situasi biasa.
Jam 1000am Ms K sampai. Aura dia sudah lain macam.

Mula lah Ms K bom aku dan Ms C sebab lambat masuk office.
Yang si Ms C pun tak kurang hebat melawan.
Aku diam jer..jadi pemerhati.
Makin lama makin hangat, sampai Ms C nangis2
Habis hal hal lama pun keluar jugak.
Sekali Ms K tetap juga mengaitkan aku.
Macam dia tak percaya aku takde kunci office.
Sentap I tau! nasib amarah ni masih boleh di kawal.
Aku cuma jawab memang aku takde kunci pun. Setahu aku yang ada cuma Ms C & MariMar.
That's it. Aku tak bersuara dah lepas tu tapi Ms K & Ms C masih berbalas cakap.

Lepas tu Ms L masuk campur untuk meredakan ketegangan.
Dia buat emergency meeting.
Masing masing diberi peluang bercakap.
So berbincanglah kami.

Yang jadi tidak adilnya, Ms K tetap juga mahu menyalahkan aku sebab lambat.
Ya, memang lambat kalau ikut jadual sebenar TAPI if aku awal pun office ni tetap juga buka dalam jam 845am, dan AKU TIADA KUNCI OFFICE!!!!!!
Ni yang buat aku menyampah kalau spesis manusia tak paham bahasa.
Hampir aku hilang sabar, tapi Ms L menyelamatkan keadaan.
Dia cakap 'Ms K, how do you expect her to be in the office if she don't have the key? Even if she's early she still have to wait until Ms C or MariMar came and open the door'
Nasib baik ada bos memahami. Kalau tidak, sia sia aku jadi kurang ajar dengan orang yang lebih tua.
Bila kena sound macam tu barulah si Ms K drop the subject.

Kesimpulannya, aku akan di beri kunci office yang sepatutnya dapat dari last week lagi.
Tapi sampai sekarang belum ada...jadi kita tunggu dan lihat bila aku dapat kunci tu.

Haih, not a good way to start a day.

Semoga the rest of the day akan jadi lebih baik dari pagi tadi dan harapnya kesabaran aku dapat di kekalkan.



Amin Ya Rabb...



2 comments:

  1. standing ovation for ms k! fantastic moron.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x mengingatkan yang dia tu dah senja, memang kurang ajar jugak aku jadinya...*petik tasbih*

      Delete