Tuesday, August 5, 2014

Syawal 2014

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri uols!
Dah 8 Syawal baru aku terhegeh hegeh mengupdate.
Gasaklah..daripada aku biarkan blog ni bersawang baik update apa yang boleh.
Jom baca isi kandungan yang tak seberapa ini. Hew hew hew...

Kita start dari sehari sebelum raya lah ye...
Actually on raya eve tu aku baru kebah dari demam.
Ye..aku terkena sakit package 3 in 1 : demam, batuk & selsema.
Infact sekarang ni pun batuk masih bersisa tapi light2 aje.
4 days before raya aku start sakit. Punyalah aku berdoa bagai nak rak mintak sembuh sebelum raya.
Alhamdulillah demam ok on raya eve. Batuk selsema still ada tapi aku boleh tahan.
Ye la kalau aku demam siapa pulak nak berkuntau siapkan all the foods nanti.

Siang tu weols masih kat rumah. Kemas and siapkan apa yang patut.
After Isyak baru bertolak ke Indah Permai.
*Iklan kejap* Alhamdulillah aku diberi rezeki berpuasa penuh tahun ni :)
Syukur sangat. Last year rumpang 4 hari puasa aku. *Iklan tamat*
Sampai IP aku terus ke dapur nak prepare bahan bahan untuk masak memasak.
Bawang halia lengkuas serai kacang lada kering semua kena blend awal supaya senang kerja aku.
Part ni aku tak risau sangat sebab ada assistant yang buat.
Tapi terkejut besar aku bila daging and ayam masih macam batu!
Yang paling manang, tu ayam masih lagi dalam freezer! Aaaaaarrrggghhhh! *Tarik2 rambut sambil lari lintang pukang menuju dinding*
Terus aku stress. Bukan apa, aku takut lambat masak je.
Tak pasal pasal kang tetamu datang aku masih tunggang langgang di dapur. I don't want like that! Huhu...

Mujur la dalam stress stress tu otak aku jalan.
Aku terus operasi rendam daging and ayam (yeee...daging and ayam tak di rendam pun ok!)
Pakai air suam2 panas sikit. sambil tu tumis perut untuk masak lemak cili api.
Nasib baik perut ni dah siap rebus n potong. Jadi aku masak mana yang dah ready dulu.
Sambil2 tu aku salin2 air rendaman. Dalam hati aku tak berhenti berdoa supaya cepat la defrost.
Sampai luka2 tangan aku tau terkena tulang ayam sebab dalam menyalin air tu aku try juga buka ketul2 ayam satu persatu.
Syukur alhamdulillah Allah Taala permudahkan kerja aku...tak sampai 2 jam ayam & daging elok defrosted.
Lega disitu. Aku pun teruskan acara masak memasak sampai jam 7 pagi (start jam 12 tgh malam).

Inilah hasil usaha selama 7 jam berhempas pulas di dapur:


From top left: Perut masak lemak cili api (masa ambik gambar belum letak santan), paceri nenas, daging kuah satay dan daging berempah.

Nasi Minyak and ayam masak apa entah, aku pun tak tau tajuknya but the recipe was originally from my late aunt, Allahyarhamah Zaiton Guriaman (Al Fatihah for her)

Aku tak ikut sembahyang raya tahun ni. Jadi lepas mandi and bersiap, sempat aku melelapkan mata barang setengah jam. Terbangun sebab ada mesage WeChat masuk. Then takleh tido dah. Terus keluar and bercamwhore sementara menunggu waktu nak bersalam salaman.

Me and Kenji yang bermuka menyampah bila aku ajak berselfie. Agaknya dalam hati dia mengeji ngeji aku kan...pigilah kau Kenji! *tetiba*

Team purple. Kecuali Aunty Cil yang berbaju kelabu.

Noni, Me, Mama, Aunty Cil, Maci Ro (duduk) and Aunty Mahani

On day 1 ramai juga tetamu. After diorang balik weols sefamily berhabis camwhoring.
Banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas aku upload. Nanti aku masukkan lagi. Keep checking ok!
From IP, kami ke rumah one of our cousin at Taman Khidmat.
Tak lama pun di sana, less than an hour lepas tu terus berdesup balik.
Aku yang mengantuk mau mampus ni berangan mau landing terus once sampai rumah tapi memang nan adooo la kan.
Harus la continue mengemas itu ini, salin lauk yang di tapau, sapu & mop rumah..etc etc...
At last dekat jam 12 juga baru tidur. Gila penat uiii...Allah Taala saja yang tau.

On 2nd day of raya dah plan nak ke rumah Macelen (my mom's youngest sister) at Kg Brunei, Kimanis.
Ramai2 dengan cousins sebelah my mom. FYI my mom & her youngest sister saja yang convert ke Muslim, adik beradik diorang yang lain masih lagi Pagan or Christian, termasuk my grandpa (mom's dad).
Aku dah kelaparan..maklum belum makan dari pagi.Eh wait...ada pulak aku makan nasi and daging berempah...haha! And masakkan mommy nasi goreng :P
Well, sampai rumah Macelen pun dah dekat jam 2 petang gara gara traffic congested around Kinarut area.
Sakit kaki aku menekan pedal. Walaupun kereta auto tapi kalau jalan dah macam siput nazak penat jugak kaki asyik tertekan tekan brek & minyak.

Family besar saya. From left: Ijah, Kenji, Mama Jilin, Grandpa, Mommy, Me, Chew Ling, Macelen, Kutit, Irut, Faye Wong, Sarah, Che Che

Wefie seround!

Lepas mengenyangkan perut, kami singgah kejap di kampung. Tak jauh pun dari rumah Macelen, less than 10 minutes away. Rezeki kami..ada buah tarap kesukaan! Apa lagi berebut rebut makan!

Ini la dia buah Tarap yang hanya ada di Borneo. Lemak manis sedap terbaikkkk! Bijinya pun boleh dimakan, goreng tanpa minyak mepas tu kupas the outer skin..rangup sedap lemak kalah rasa kacang!

Tak cukup dengan tarap, grandpa kasi buka durian dua biji. Fuh, terbaik gila lah durian kampung ni! Cukup rasa manis lemak. Sekali makan macam cannot stoplah!

That's my grandpa, Mr Chin Shui Lee @ Kulit Chin Tiong

Terpejam pejam mata menikmati kesedapan durian kampung

Selesai makan buah, kami pun bertolak balik. Mommy sempat tapau buah belunu seplastik besar. Ini buah lagi bikin gila! Even more delicious daripada mangga tau. Tapi awas, kalau terhiris biji belunu habis satu badan berbiji biji. Kenapa macam tu, aku pun tak tau. Mommy pernah kena sekali (seingat aku). Teruk juga biji tu macam allergic pun ada tapi besar besar macam kaligata

On the way balik pun satu hal juga. Traffic jammed lagi! Kali ni rasanya lagi teruk dari yang di Kinarut. Starting from Petronas SOGT sampai ke roundabout before Papar sudah congested. As soon as sampai di round about aku terus ikut jalan Papar Lama. kalau ikut jalan baru alamatnya malam baru sampai rumah.

Kau tengok la tu punya bersusun kereta. Jauuuuuuuuh ke depan dia punya jammed. Stress ahkak dik non!

Sampai rumah dalam jam 6 petang kalau tak silap.
Terus keluarkan lauk untuk dimasak.
Ada kawan kawan adik aku datang beraya so aku buat asam pedas ikan tenggiri and ayam sambal.
Masak pun kelam kabut sebab ada janji nak keluar makan steamboat dengan cousins2 sekalian.
Ada ambik gambar tapi again, malas nak upload. kalau nak tengok, sila jenguk blog ni balik at later times kay! Kot2 la aku rajin mengupload kan..hew3x!

Raya ke 3..pagi pegi pasar beli lauk pauk serba sikit.
Tengah hari tak buat apa sangat..rest je charge battery.
Petang beli barang2 sikit untuk open house weols Raya ke 5.
Ada jemputan ke rumah Bubu (dad's sister) sebelah malam.
Dia request mommy masak telur sambal and ikan rebus kunyit pedas pedas. And sambal belacan.
Aku nak buat potato salad tapi tak jadi sebab takde celery. So kensel disitu.
At bubu's house dia serve nasi ayam, ayam kicap, mi goreng and wedges with cheese.
Aku makan mi goreng and wedges sikit..and dua tiga suap nasi ayam.
Tak boleh makan banyak sebab aku minum banyak air kot...haus gila!
And di rumah Bubu juga aku sempat 'shopping' baju and bag.
Sebakul besar aku bawa balik baju...hehehe.. I Loike! Thanks Bubu!

Raya ke 4...siang takde ke mana mana.
Petang before solat asar tu mommy dapat call from someone.
Katanya bapak kepada boifren adikk aku si Irut.
Nak datang merisik and bertunang, cadangannya 6 Syawal.
Mommy dah panik sebab tak buat persiapan apa pun.
Aku cakap, takpelah..buat ringkas je. Takyah nak grand2 sangat pun boleh.
Actually dia panik sebab weols ni kekurangan wakil lelaki.
Maklumlah, uncle aku belah my dad tinggal sorang je.
Bincang punya bincang, akhirnya uncle aku cakap buatlah on Friday juga.
Sekalikan dengan open house tu sebab Saturday dia dah nak balik Labuan.
Feri awal jam 8. Nak lambatkan lagi, tak boleh pulak sebab abang boifren adik aku ni kena balik KL on Sunday.
Nampak tak kalutnya kat situ? So the best day is Friday.
Alhamdulillah pihak lelaki pun setuju.
Memula cakap sampai after Solat Jumaat.
But then kena tangguh lagi ke petang sikit sebab ada masalah yang tak dapat di elakkan kat kampung diorang.Weols okay aje. Tetamu pun elok sampai after Jumaat.
Aku masak nasi minyak, ayam masak merah, paru masak sambal and kari daging.
Plan asal patutnya masak daging rendang tapi macam2 bahan yang kurang.
Terus tukar menu. Nak tahu tak while cooking the kari daging, boleh pulak aku tertidur!
Nasib baik si Ajib kejutkan aku, kalau tak merasa laa kari rentung dalam kuali! Phewww! *lap peluh*

Akhirnya rombongan lelaki sampai dalam jam 3 la macam tu kalau aku tak silap.
Cara adik aku bertunang ni simple je. Takde tukar hantaran bagai. just sarung cincin.
Bincang pasal mas kahwin dan hantaran, settle.
Tarikh nikah bincang kemudian.
See..weols tak suka kasi complicated benda yang boleh di bawak berunding.
Lagi pun rasanya hal hal tarikh ni semua eloklah tanya dengan yang punya badan.
Diorang yang nak kahwin, so biar diorang yang tentukan.
Cuma mommy and family semua cakap kalau boleh jangan lama sangat.
Aku rasa dalam tahun depan kahwinlah diorang, Insya Allah...
Pasal langkah bendul..me & my other sister tak mintak apa pun.
Kalau ringan hati nak bagi, bagilah. Kalau tak pun tak jadi hal.
Simple as that, takyah berangan diva mendemand macam macam.

Ira's future mother in law menyarungkan cincin pertunangan


Cium tangan bakal mak mertua. Amboi mommy kemain senyum lebar sampai hilang mata. Happy lettew! Yang sebelah mommy tu my garandma from my dad's side. His step mom, actually. The only grandma yang kami ada sekarang ni.

Dengan ini sah sudah si Irut menjadi tunangan orang. Happy Engagement Day, Nurhiradha and Mohammad!

Raya ke 6, ada jemputan ke rumah my late Babaji punya adik.
Inilah pertama kali aku mencemar duli beraya di sana.
Selama ni aku agak recluse sikit..suka memerap di rumah daripada beraya ke rumah sedara mara.
Tapi kali ni sudah di pesan agar semua sanak sedara, cucu cicit mesti hadhir.
Aunty2 aku pun semua pergi jadi kalau aku tak ikut macam keji lah pulak kan.

Salam salam lebih kurang..terus disuruh menuju ke buffet table.
Menarik jugak menu tapi semuanya berasaskan kari...hmmm...
Hmmm konon..ko tengok apa aku ambik:-

Briyani, nasi putih, ayam seketul, kambing berketul ketul, satay 4 cucuk. Acar sejemput. Habis ok!
Lepas makan, ambik teh tarik segelas. Licin jugak aku kerjakan. Haha!
Tetiba nenek aku cakap pegi ke open house Aunty Sanah.
Aunty Sanah ni actually anak sedara nenek aku.
Dia buat open house kat apartment baru dia.
Haiyooo..why la tak bagitau awal awal. Kalau aku tau takde aku makan secara meriah tadi.
Anyways, gerak ke rumah Aunty Sanah aku ikut Maciroh.
Jalan agak sesak but we managed to arrive dalam 30 minutes gitulah lebih kurang.

Sampai je aku serbu air dulu. Lepas tu baru ambik makanan.
Tapi aku ambik sejenis je lauk. Sebab aku memang suka gila dengan lauk ni.
Lauk lain aku tak pandang langsung dah.

Tadaaaa...inilah dia kegilaan aku. Udang! Ko masak la apa cara sekalipun udang ni tetap aku bedal.
Aku ambik udang tu banyak kali tau. Lepas tu perut sendat sampai bernafas pun macam dugong.
Cepat cepat cari tempat landing yang selesa. End up aku masuk bilik orang, golek2 atas katil sambil beraircond. Bukan aku sorang ye dalam bilik tu, aunty2 aku pun join sekali..haha!

Dah lega sikit aku keluar and continue makan fruit salad tapi sesuap dua je lah.
Tak lama lepas tu kami pun balik. Sampai rumah, solat then apa lagi...semua buat taik mata.
Bangun dalam jam 5, solat asar lepas tu mommy bawak ke tamu beli barang sikit.
Nak masakkan my grandpa rendang daging (sebab tak jadi masak on Friday tu kan).
Sambil tu aku rembat kuay teow. Dah muak makan lauk pauk berempah ni, so aku buat kuay teow je for dinner. But ada jugak la masak lauk..aku buat sup ikan tenggiri sikit, kot2 la ada sesiapa yang tak berkenan makan kuay teow kan.



Bahan2 koay teow goreng style aku: Sotong, udang, fishball, sawi, daun sup, daun bawang. Sori gambar kuay teow yang dah masak takde. Ntah kenapa aku tak ingat nak ambik gambar.

Aku ingatkan tak habis kuay teow ni. Rupanya licin jugak. Well, bukan la licin habis, ada tinggal barang sesudu makan lagi. Sape la yang last makan koay teow tu, alang2 tak habiskan.Ish ish ish...

Sunday, rutin pagi macam biasa. Masak lauk pauk biasa jugak.
Aku buat gulai ikan masin + terung & nenas and sambal udang.
Sayur sawi tumis dengan timun.
Lepas tu goreng nasi.

Malamnya pulak, keluarga sis-in-law aku pulak datang beraya.
Aku masak daging rendang dan goreng mi.
Sis in law beli sayap ayam bakar.
Tengok2 gulai ikan masin masih banyak..so aku panaskan aje.
Elok aku siap kemaskan dapur, tamu pun sampai.
Sembang lebih kurang, aku mintak diri nak mandi & solat.
Ikutkan hati nak je aku landing terus kat katil..penat weh!
Tapi tak elok la kan. Kena jugak keluar layan sembang kejap.
Diorang pun tak lama sangat sebab sampai pun dah agak lewat.
So let's layan. Takde gambar on this day ye, kemalasan & kepenatan mengatasi segalanya.

After tamu balik, aku rasa macam dah nak tumbang akibat penat + mengantuk.
Cepat2 kemas, sapu..lepas tu bentang tilam. Ye..aku tidur kat luar depan TV. My comfort zone.
Cecah je kepala kat bantal..terus hilang pandangan dan pendengaran aku.
Total black out. Kaw2 punya tidur. Sedikit pun aku tak terbangun sampai pukul 5 pagi.
Mujur tak terlepas solat subuh.

Now that the holiday is over, rutin pun perlahan lahan balik ke asal.
Walaupun rasa nak sambung cuti tu membara bara, apakan daya kena kerja jugak.
And rasanya weekends ni ada lagi kot open house yang kena pergi.
We'll see lah ye..kalau ada jemputan Insya Allah weols cuba datang.

Baeklah rasanya dah banyak aku membebel kat sini.
Jejari gemuk ni dah kepenatan mengetuk keyboard.
Ada satu lagi entry yang aku simpan dalam draft...kalau rajin malam ni aku update.
Kalau takde malam ni esok lah ye.

Tata!

2 comments:

  1. Cerita seminggu raya sekali harung buat dalam satu entry..mana x panjang. Ikutkan banyak gambar tp malas aku mengupload. Maybe nanti2 aku selit la.

    ReplyDelete