Monday, August 18, 2014

Hujung Minggu

Selagi belum habis bulan Syawal, selagi itu jemputan ke rumah terbuka masih di terima.
Lebih lebih lagi during weekends, sampai bertindih jadual memenuhi undangan.
Takpelah, rezeki jangan di tolak..musuh jangan di cari
Mana yang sempat kita singgah..tak sempat utuskan salam maaf ajelah ye kaedahnya..hehe!
Bukan apa, kadang tu atas kesilapan sendiri atau pun ada halangan yang tak dapat di elakkan.
Terpaksa tarik diri dari acara. Harap tuan rumah tak berkecil hati :)
*Ada sebab aku susun ayat macam ni. Nak tau kenapa, sila baca sampai habis..hohoho!*

Sabtu lepas aku mencemar duli hadir ke majlis rumah terbuka ex-colleague masa kerja kat Borneo Paradise dulu, Si Nafsarah atau lebih femes dengan panggilan Didie.
Open house merangkap birthday celebration untuk anak2 buahnya.
Aku dah berjanji dengan Mala nak pegi sekali. Tapi last minute si Mala ada hal..kena ambik kuih for tahlil.
Jadi aku decide untuk pegi terus je ke rumah Didie.

On the way tu perut aku yang tak beradap adalah berbunyi bunyi kelaparan.
Ikutkan hati nak je aku singgah kat tamu Putatan isi perut.
Tapi memandangkan jarak antara tamu dan rumah si Didie tak sampai 5 minit perjalanan, aku teruskan melangkah menuju destinasi.

Sampai je aku tak tunggu lama. Terus atur langkah menuju ke meja makan.
Terbuntang buntang mata aku tengok lauk yang menarik belaka.
Ada paceri nenas, ikan masin sambal, rebung tumis dengan udang kering, ayam kari, nasi impit, kuah satay..soto dan laksa sarawak.
First round aku ambik soto dulu. Licin ku bedal kerana kelaparan.
Si Mala pulak tak sampai lagi...jadi kita bedal kuih dulu sementara menunggu ketibaan beliau.
Tapi oleh kerana perut masih lapar, cukupkah makan kuih saja?
Of course tidak laa...hehehe..
Second round, sebenarnya aku nak makan nasi tapi belum di refill so settle dengan nasi impit kuah kacang and sayur rebung dulu.

Tak lama tu aku nampak nasi dah ada.
Wajiblah kan ada round ke 3 pulak. Kali ni aku ambik nasi, kari ayam and again, rebung.
Jangan risau..walaupun 3 round aku mencekik tapi semuanya adalah portion yang sedikit.
Bukanlah macam orang rakus, sekali mencekik nasi segunung walaupun aku bersize almari 3 pintu.
No no no..I tak macam tu ye. I is berhemah tau! *flip shawls*
Tengah aku makan (round 3) si Mala pun sampai.

Banyak yang kami ceritakan (read: gossipkan).
Maklumlah lama tak anyam ketupat. 
Ikutkan boleh je cerita through social network.
Tapi feel sembang2 di fb/whatsaap/wechat tu lain sikit.
Dia punya thrill macam tak menangkap sangat.
Lagi best bila berdepan kan. Nampak facial expression..ekekeke!

Sedap bersembang, tetiba si Didie hilang dari pandangan.
Sekali dia muncul dengan dua mangkuk laksa sarawak air tangan dirinya sendiri untuk aku dan Mala.
Dah orang hidang, takkan tak makan ye tak?
Maka secara rasminya, 4 round aku mentekedarah kat rumah Didie.

Yang aku bedal hari tu. Tidak termasuk kek dan kuih raya serta minuman. Hehehe...


Us: Didie, Mala and me. Oh, Didie sedang mengandung 4 bulan, anak ke 2. Tak lama si Leecha dapat adik dah. Aku pun mengandung jugak...mengandung lemak! Miahahahha! Ok x kelakar. *Bunyi cengkerik*

And then semalam (18.08.2014, Ahad) perancangannya ke rumak Macik Salmah kat Sabindo and lepas tu aku ke rumah si Muharsafa.
Kiranya semalam aku ada 2 jemputanlah nak dihadiri.
Dekat jam 12 lebih kurang kami bertolak dari rumah.
Sampai kat rumah cik Salmah, elok nenek & aunty aku pun dah ada.
Masuk tu aku relax dulu..makan biskut sebelum serbu meja.
Lagipun aku tengah dukung si Kenji. Niat nak bagi mak aku makan dulu.
Tapi cik Salmah baik  hati, dia takeover Kenji dari aku supaya aku boleh makan sekali.
Elok pulak si Kenji nak dengan cik Salmah. Miracle di situ, sebab selalunya dia pilih orang tau.
Mungkin dia ingat cik Salmah tu mak aku, that's why dia bertata tertib sikit.
Kalau dia perasan yang dukung tu orang lain, memang meraung jugak.

Menarik lauk yang disediakan.
Ada Ayam kicap, Ikan Goreng, Sambal Belacan, Bambangan, Sayur Campur, Sup Tulang...
Tapi mata aku nampak sejenis lauk je kat atas meja tu.
Sejenis lauk yang buat aku tak pandang lauk2 yang lain.
Sejenis lauk yang buat mata aku bersinar sinar.
Tak lain tak bukan, UDANG!
Hoiiihhh..aku kalau dah nampak lauk ni..serius tak layan lauk lain dah.
Tiga kali tambah udang (nasi pun tambah tapi sikit je).
Aku rasa kalau dihitung adalah dalam 2 pinggan udang aku bedal kat rumah cik Salmah.
Itu pun macam nak lagi tapi perut dah sendat separuh mati sampai nak bernafas pun susah.

Balik dari rumah cik Salmah, aku dah berkira kira nak ke rumah Muharsafa lepas solat zuhur.
Tapi after zuhur tu aku rasa lain macam.
Pening and macam terhuyung hayang sikit. Rasa macam mabuk mabuk.
Berat kepala toksah cakap. Berdiri macam nak tumbang.
Perut bergelora rasa nak muntah (gastrik pun nak jugak menyelit..isk!)
Takut pun ada jugak tapi aku gagahkan diri lawan.
Aku bawak baring..try lelapkan mata kejap.

Dalam pada tu aku teringat pernah juga mengalami benda yang sama beberapa tahun dulu.
Sah la..tak lain tak bukan aku dah terover dose makan udang.
Aku rasa yang dulu lagi teruk kot...
Sampai rasa berpusing. Apa taknya, masa tu aku makan udang sekilo sorang.
Lepas makan x lama aku rasa kepala goyang2.
Macam orang khayal pun ye jugak.
Kali ni ada kurang sikit cuma aku tak larat nak jalan.
Gi klinik, sedas injection aku kena.
Terus aku whatsapp Muharsafa. Inform tak dapat pegi rumah dia.
Haaa..inilah yang aku maksudkan dalam mukadimah aku tadi.
Kadang terpaksa tarik diri bila ada halangan.
Aku harap dia & kawan kawan yang lain tak kecik hati.
Sebab dalam whatsapp awalnya aku dah janji nak datang  tapi apakan daya...


Jom layan gambar pulak:-

Noni, Nana, Grandma, Mommy and tuan rumah, Makcik Salmah

Aku paksa ambik gambar sekali lagi sebab diorang tak senyum (kecuali Noni). Tengok, kan lawa senyumna tu....hehehe!

My plate. 1st Round. Nampak sikit udang kan. Lepas ni aku top up lagi dan lagi sampai perut ketat seketatnya.


Akibat tamak, merasalah penderitaan akibat overdose udang. Terdampar bak dugong bunting di lautan pasifik. Padan muka aku!
Tertidur dalam sejam lebih. Dapat rehat kejap dah bersyukur aku rasa.
Buka mata je terbau harum cempedak goreng.
Ohmaigaaawd! How like this? I kenot tahan!
Seperti magic pening dan mabuk hilang, perut pun tak bergelora.
Oleh kerana dah rasa ok, aku pun menghadap cempedak goreng dengan selamba.
Heavennyaaaaa...tapi aku tak makan banyak, 3 ketul je.
Insaf sikit la kaedahnya tu. Kalau tak insaf berketul ketul aku telan.

Nampak gambar diorang beraya di rumah Muharsafa, jealous jugak aku.
Yelah..bukan senang nak berkumpul dengan kawan2 at the same time kan.
Memandangkan aku dah terlepas peluang semalam, harap next week takde halangan untuk beraya di rumah Imhar.
And aku harap lebih ramai yang dapat hadir.

Itu je cerita aku hari ni. Kalau rajin aku hapdet lagi.

2 comments:

  1. Menyampah tau... byk peluang tambah lemak.

    ReplyDelete
  2. Rilek brader...peluang masih ada. Nanti kita potluck pulak ye..

    ReplyDelete