Wednesday, August 27, 2014

Macam la..tapi bukan semuanya betul 100%

Nampak Che Mat Gebu post benda ni dalam FB.
Nampak menarik, then aku pun share kat timeline aku.
Sebab aku anak sulung :)

Dari point 1-13, ada yang tepat...ada yg kurang tepat.
mari ku ulas satu persatu mana yang ngam and x ngam itu ye..


1- Yes. Aku memang degil tapi belum kategori degil nak mampus lagi ya. Boleh kompromi, bukan ikut kepala hotak aku sorang je tau.

2- Opkosssss..muka aku nampak sombong sebab aku jarang senyum. Gilo apo nak senyum sokmo 24jam? Kosser haku! Tapi tang cute tu aku tak nafikan..hew hew hew!

3- Manja...cuma dengan mak & family aku kot. Dgn orang yang aku x kenal, buang tebiat namanya nak manja2 tak tentu pasal.

4- Ini aku setuju sangat. Hati tisu dowh! Percaya tak, aku tak pernah tengok program 'Bersamamu'? Bukan pasal apa, aku tak nak meraung depan TV. Huhuhu...

5- Sweet macam madu? Tidak la kali. Pemarah macam singa, betul sekali!. Manja macam kucing? Sila baca no 3.

6- Sangat benar pernyataan ini. Tapi pandai juga xda mood and tarik muka kalau sedang jiwa kacau.

7- Another statement yang sangat betul. Mau warm up dulu sebelum berkepoh kepoh-an :P

8- Errr...jatuh hati light2 maybe kot. Tidaklah sampai cinta mati. Ahaks!

9- Mungkin ya, mungkin tidak. Bergantung pada keadaan dan penerimaan orang sekeliling.

10- Ada masa pendam, ada masa terus fire macam machine gun. But yes most of the time pendam je lah.

11- Really? Mudah mudahan banyak berbakti, Insya Allah...

12- In total agreement with this one.

13- Only on certain circumstances yang memerlukan aku transform menjadi naga. Bukan 24 jam asyik cari pasal okeh!



There you have it, ladies and gentlemen.
Penjelasan terhadap statement mengenai anak sulung, ke 3, ke 4 dan ke 6.
Well, at least menurut aku sebagai anak sulung lah.
Lain orang lain pulak pendapatnya, ye tak?
So, yeah...ikut perception and anggapan masing masing.

Ok itu je. Nak buat closing pun lama aku termenung cari ayat yang sesuai.
Jammed otak aku.

Dah la.

1 comment:

  1. Entah lah nak kata boleh diterima pakai atau tidak susah jugak nak cakap memandangkan weol pun anak sulung khen... hampir semua org boleh dikategorikan mcm di atas kalau diikutkan... mungkin beza darjah sangat teruk dan tak teruknyer... waallahualam... *gitu tutup dah ceramah*

    ReplyDelete