Monday, August 17, 2015

Sakitnya Tuh Disini (Di Pinggang Aku Daaaaa)

As usual kalau weekends aje aku mesti transform jadi bibik.
Kemas mengemas, masak memasak memang serah padaku kaedahnya.
Dari pagi kelentang kelentung srang sreng masak, boleh tahan dapur berkecah.
Al maklum dapur kecik sekangkang beruk mat yeh.
Siap masak, mengemaslah aku.
Terbongkok bongkok mengatur periuk kuali.
Elok aku nak berdiri, tetiba sakit menangkap kat belakang pinggang.
Hoih dia punya sakit tu rasa macam nak putus dua badan aku.
Nak jerit tak keluar suara kau tahu?
Tapi kejap ajelah sakit melampau..lepas aku bertenang for a few minutes, kurang sakit dah but still berdenyut. Nak berdiri kena slow motion. Berjalan pun kena one step at a time.

Dah jadi macam tu, tak dapatlah aku kemas dapur macam selalu. Buat ala kadar asal jangan sepah sangat sudeh.
Selalunya siap mop sapu dua tiga round baru puas hati.
Ni injured, menyapu pun aku tak larat.
Hampir2 nak solat duduk but ajaibnya bila aku try rukuk, ok pulak. So solat je macam biasa.

After Zuhur mommy sapukan minyak Anugerah kat pinggang. Alhamdulillah pagi ni ada kurang. Ingatkan nak MC dah kalau masih sakit.
Sekarang dah makin kurang sakitnya so aku continue sapu minyak Anugerah.
Hopefully by tomorrow jedi even better, insya Allah.

Baheklah..aku nak tido. Esok kena awal.bangun, prepare bekal.
Faham2 je kalau dah tengah bulan ni..semua sengkek. Bawak bekal jimat belanja. Tak gitu? Hehehe...

See u later, pipols!

Saturday, August 15, 2015

Naik

Post syawal, seperti yang aku jangka memang berat aku naik.
Timbang dua hari lepas dah naik 2 kilo.
Kawal makan pun tetap naik ya!
Al maklum menghampiri 4 series, metabolism makin kurang berfungsi.

Rasa nak mula balik no rice diet.
Memang aku akui keberkesanannya.
Boleh nampak perubahan tu.
Ikutkan aku nak start awal...raya ke 4 hari tu dah nak mula kononnya.
Takde makna okeh.
Sedap je aku bedal nasi berlauk rendang, kari and so forth.
Gagal disitu.

Then mula puasa enam.
Ni pun kononnya nak straight buat 6 hari terus.
Hampeh jugak. Rompong di sana sini puasa 6 aku.
Dugaan sungguh! Salah sendiri jugakkan, selalu kalah dengan nepsu.
Mudah mudahan tahun depan aku lebih istiqamah hendaknya, insya Allah.

So..niat terbaru ni kononnya start minggu depan aku nak try fibre diet pulak.
Breakfast as usual, cuma lunch and dinner tu makan sayuran and oat masak.
Less sugar, more water. Selalu aku minum dalam 2.5 to 3 litres per day. Nak kasi up sikit ke 4ltr kalau boleh.

Apa2 pun, ini baru planning.
Macam tak tau aku ni plan kemain banyak tapi yang berjalan boleh kira sebelah tangan.
Hope aku stick to this one sebab aku betul2 nak loose some weight for health reason. Dapat turun 10-20kg lagi pun dah okay.

Doakan semoga aku sukses ye...thanks uols!

See u later, pipols!

Monday, August 10, 2015

Puasa 6- Day 2

*Entry ni sebenarnya dah terjeruk dalam draft. Aku lupa nak publish*

Hoih..orang dah habis buat puasa enam (agaknya), aku baru terhegeh hegeh.
Nak adjust masa tu agak payah sikit. Maklumlah jemputan sana sini, lepas tu terlajak bangun lagi.
Terpaksa buat in between days.

Semalam baru hari ke 2 aku puasa sunat Syawal.
Pagi mommy bangunkan aku sahur. Terkebil2 jugak la kejap.
Selak tudung dulang ada lagi baki ayam semur.
Itulah rezeki sahur aku, alhamdulillah.
Lepas tu buat mineral coffee segelas, then makan ubat HB.

Sebelum pegi keja aku gurau je cakap dengan mommy, nak mi goreng untuk sungkai.
Mi goreng spesel la kengkonon sebab aku rikues tak nak bubuh telur, tak nak kicap banyak.
Nak pedas kaw kaw berdenting.
Tapi main cakap je, tak expect apa pun.
Kalau digorengkan telur mata dengan kicap pun syukur dah.
But then bila sampai rumah, selak tudung dulang...memang mi goreng yang terhidang.
Tepat macam description yang aku nak.
Tak happy kau macam tu?
Rasa nak lompat bintang doplohjuta kali tahu?

Oklah dah abis idea aku nak mengarang perenggan seterusnya.

See you later, pipols!

Tuesday, August 4, 2015

Pelangkahan

Ini cerita minggu lepas, tapi baru ada masa nak menghapdet.

My sister have been engaged for almost a year.
So last Thursday was the day of 'hantar berian' (duit hantaran and cincin langkah bendul).
Actually me and my other sister dah cakap tak perlu bagi pun cincin tu but pihak lelaki insist nak bagi jugak.
Baiklah kalau macam tu kita terima saja.
Orang memberi kita merasa kekdahnya khen. Hehe.


Serious aku tak tau size jari sendiri.
Bila dia whatsapp tanya baru kelam kelibut gugel cara cari size cincin secara manual.
Tu pun ntah berapa kali salah.
Finally hentam je bagi size 21.
Nasib baik muat albeit I think its one size bigger. 

Tadaaa...inilah dia cincin pelangkahan/langkah bendul itu. I loike very much!

Nasib baik diorang pilih cincin white gold.
Adik aku tau kot aku ni kalau emas kuning tu agak kureng sikit. Bukan tak suka tapi maybe belum sampai minat mendalam dengan emas kuning.
Perhaps when I hit 4 series maybe aku gila kumpul emas kuning pulak..who knows kan?

Okay, so menurut perbincangan..adik aku insya Allah kahwin next year February.
Cuma tarikh belum finalize sebab pihak lelaki kena selaraskan jadual dulu.
Her future mom in law ni kerja kat Jeddah and cuma dapat pulang 2 kali setahun.
What makes it tricky was, on their side actually nak buat dua majlis; my future bro in law and adiknya sekali.
But diorang tak nak buat serentak.
That's why kena susun atur plannya sebaik mungkin.
Takpelah..itu boleh bincang later.

For now, belum ada sebarang persiapan dibuat. 
Awal lagi kot. Relax and chill dulu.
Apa pun aku harap semuanya berjalan lancar.

Apa progress karang aku hapdetlah ye.

See you, pipols!


Tuesday, July 28, 2015

Puasa 6-Day 1

Assalamualaikum..hai apa khabar?
Semoga semua sihat walafiat hendaknya, Insya Allah.
I okay je..sihat alhamdulillah.
Sakit2 sikit tu biasalah kan.
Maklumlah musim raya..musim melantak tak hengat.
Common lah kalau setakat cherry berry tu. Eheheh...

Hari ni aku baru start puasa 6. Patutnya start semalam but ubat aku dah habis.
Yelah..aku kan high blood, ubat kena makan ikut time.
So tadi lagi aku sahur dengan lauk semalam. Perangatkan aje kaedahnya.
Ikan goreng, sayur lemak rebung and sambal goreng.
Lepas tu minum mineral coffee secawan.
Alhamdulillah sampai sekarang rasa okay je.
Lapar haus sikit la..tak seteruk puasa ramadhan.
Mudah mudahan dipermudahkan Allah.

Ok nak sampai rumah dah. Nanti I hapdet lauk berbuka pulak ye.

See u pipols!

Saturday, July 25, 2015

Tertekannya Hakuuu!!!

Why oh why la si samsung note 1 karat aku ni x compatible bila aku download Dubsmash???

Taulah henfon purba tapi jangan buat I macam ni plisss...
Penat aku google habis habisan trick nak surpass the incompatibility issue.
Dapat download, sekalinya parse error pulak!
Tech.Savvy.Failed.

Bencilah!

Friday, July 24, 2015

Aku Yang Tidak Di Sukai Orang, Yang Tua Dan Tidak Perfect

Just a short note.

Kau kata takde orang suka aku.
Ok fine...maybe you are right.
Kisah ke aku kalau orang tak suka? Memang tak la.
Yang kau, confident sangat ke orang suka kau?
Ada je yang bercakap, sampai pulak suara2 halus tu di telinga aku.



Kau kata aku tua.
Memang la. Dah masuk 37 tahun pun kan.
Not gonna deny that.
Tapi kau lupa agaknya yang kau pun akan tua jugak nanti (Insya Allah kalau diizinkan)
Merasa jugak kau apa yang aku rasa.

Bangga sangat dengan diri kau yang kononnya 'perfect' tu.
Ya...memang kau perfect.
Perfect dalam hal self denial.
Perfect dalam hal mencari kesalahan orang.
Perfect dalam hal buta dengan kesalahan sendiri.
Oh memang flawless. Aku bagi 5 bintang!

Aku sudah malas mau ambil pusing pasal kau punya cakap2 (read: umpat2) pasal aku.

Seriously, aku penat mau ambil tau dan tidak teringin pun mau tau.
Sebab itu setiap kali ada perkataan atau perbuatan kau/kamu yang meyakitkan hati aku, aku maafkan saja.
Honestly. Biar sesakit mana sekalipun.
Kalau aku tidak maafkan, susah kamu nanti.

Eh..kamu fahamkah maksudnya tu?
Mun faham, bisai nya urang. Mun indak, sendiri mau ingatlah.